1 - Elak Sardin Roll Daripada Berminyak
Pernah x buat sardin roll, lepas kita goreng roti tu berminyak2 pulak. Hai terbantut nak makan...
Cara mengatasinya sebelum nak gulung roti dgn sardin, sosej atau apa2 intilah. Roti itu mestilah dikukus sekejap, agak2 lembut. Angkat dan boleh digelek dengan penggelek. Pastu letaklah apa2 pun inti nak letak...goreng...Insyallah roti yang digoreng tidak akan berminyak....Ada faham ke adik manis...hihihi
2 - Masalah Kek Melekat Di Sekeliling Loyang
Jika anda membuat kek keju (cheese cake) dan terlupa nak mengeluarkan dari loyang ketika suam dan membiarkan sehingga kek itu sejuk anda akan mengalami masalah kek akan terkopak disebelah tepi loyang. Untuk mengatasi masalah itu panaskan pisau diatas api sekejap dan lalukan pisau itu ditepi-tepi loyang itu, insyallah bahagian tepi kek akan terkeluar dengan mudahnya. Petua ini juga terpakai untuk kek yang suka melekat-lekat di tepi loyang dan susah untuk dikeluarkan...
3 - Tips Menggunakan Acuan Biskut
Bila kali pertama menggunakan acuan tart, acuan biskut kapal atau apa-apa acuan yang digemari...Jangan terus digunakan, gerenti dough biskut akan melekat didalam acuan anda.. Terlebih dahulu basuh acuan-acuan tersebut dan lapkan hingga kering.. Untuk mengelakkan biskut melekat apabila siap dibakar...Letakkan majerin dikeliling dalam acuan. Bakar sekejap didalam oven dalam 15 minit....Keluarkan acuan, sejukkan dan bolehlah digunakan untuk membuat biskut kegemaran anda. Insyallah biskut akan mudah keluar dari acuan..
4 - Meranggupkan biskut (apa-apa jenis biskut)
Setelah kita membuat dough utk biskut kegemaran kita, bungkuskan dgn plastik lekap dan diletakkan didalam peti ais(kadang2 aku gunakan bekas kedap udara aje), biarkan selama 1-2 jam, setelah itu keluarkan dan barulah dibentuk ikut kesukaan kita. Pasti biskut menjadi lebih ranggup dan yummy..
Untuk merangupkan biskut tart, selain menyimpan doh biskut didalam peti ais selama 1 -2 jam,kita boleh letakkan sedikit minyak sapi di dalam adunan tart kita dan digaul bersama butter. Insyallah biskut tart kita akan menjadi lebih rangup dan gebu....
5 - Memekatkan Soup Dengan Telur (Putih Telur)
Setelah lengkap semua bahan dimasukkan ke dalam soup, biarkan soup mendidih seketika kemudian matikan api...Pecahkan telur di dalam mangkuk (seeloknya gunakan putih telur)..perlahan-lahan tuangkan putih telur tadi ke dalam soup yang masih panas didalam periuk..tuang sedikit demi sedikit dan secepatnya kacau gunakan senduk...Tekstur putih telur akan menjadi seperti bertali(macam sup sharks fin chinese style) dan sup tentulah akan sedikit pekat....
6 - Cara Membahagikan Kek Kepada Dua Atau Lebih Bahagian
Bagi mereka yang pertama kali ingin membahagikan kek mengikut layer dgn tujuan untuk meletakkan inti, icing, fresh cream dan sebagainya..Petua ini insyaallah akan dapat membantu anda..Selain menggunakan pisau khas pemotong kek, kita juga boleh gunakan BENANG atau TALI TANGSI (of cause kena basuh dulu, lap dan jgn lupa keringkan)..Pegang benang menggunakan tangan kanan dan kiri, tegangkan sedikit dan mula memotong di bahagian yang anda kehendaki..tangan kiri dan kanan mesti digerakkan bersama-sama..Tadaa! kek telah terpotong dgn cantik kan? :) boleh lah start letak topping yang anda inginkan..
7 - Cara Untuk Mendapatkan Kek Yang Cantik Dan Gebu
Untuk mendapatkan kek yang cantik dan gebu, selepas adunan dituang ke dalam loyang....hendaklah kita hentak-hentakkan loyang sebanyak 3 kali. Tujuannya untuk membuang sisa-sisa angin/bubble yang ada dalam adunan kek tadi..Insyallah kek yang siap akan jadi gebu sekali (tapi ingat kalau dihentak sekalipun tapi suhu oven terlalu tinggi pun takan menjadi...ingat tu... : )
8 - Cara Mengeluarkan Crust Tart Dengan Mudah
Jika anda ada masalah untuk mengeluarkan crust tart daripada acuan, di sini Zie kongsikan cara yg paling efektif untuk memudahkan anda melakukannya..setelah crust siap dibakar, biarkan hingga ia betul2 sejuk pada suhu bilik..kemudian, terbalikkan acuan tersebut dan dgn mudah tanpa perlu mengetuk acuan..crust tart akan keluar dgn sendirinya..
9 - Cara untuk menyimpan biskut supaya tahan lama
Taburkan sedikit gula kedalam balang tempat simpanan biskut. Kemudian barulah masukkan biskut anda kedalamnya. Ini akan mengelakkan biskut berbau hapak dan tahan lama.
10 - Cara untuk mencantikkan permukaan biskut
Campurkan sedikit esen vanila kedalam telur putih atau telur kuning. Sapukan diatas biskut, kemudian dibakar seperti biasa. Pastinya biskut akan lebih cantik, licin dan menarik bila siap dibakar.
11 - Cara untuk menggelakkan beras daripada bubuk dan Kutu beras
- Masukkan beberapa ulas bawang putih tanpa dikupas kulitnya kedalam tong beras
- Masukkan beberapa helai daun limau dan daun nangka ke dalam tong beras agar beras tahan lebih lama
- Masukkan beberapa pelepah daun belimbing yang di bersihkan dan dikeringkan
- Masukkan 6 tangkai lada kering ke dalam tong beras
12 - Cara Memasak nasi yang telah termentah
- Letakkan secawan air sejuk di tengah-tengah nasi mentah. Tutup periuk dan masak dengan api perlahan hingga wap air keluar. Ini menandakan nasi itu telah masak semula
- Masukkan sedikit air dan secubit garam diatas penutup nasi dengan api perlahan. Biarkan beberapa minit
- Masukkan nasi kedalam periuk kukus yang telah dialas dengan daun pisang atau daun pandan. Kukus hingga masak
13 - Cara mengatasi nasi yang dimasak terlebih lembik
- Letakkan beberapa helai suratkhabar diatas periuk nasi. Kemudian tutup dengan tudung periuk. Kecilkan api dan tunggu hingga air kering
- Hiriskan sebiji kentang yang telah dihiris kulitnya. Masukkan ke dalam nasi yang lembik tadi. Biarkan selama 5 minit dan angkat
- Masukkan roti bantal ke dalam nasi lembik itu. Jumlahnya bergantung kepada berapa lembik nasi itu.
14 - Cara Menghilangkan bau hangit pada nasi
- Letakkan beberapa tangkai lada kering diatas periuk nasi itu. Dengan itu nasi tidak akan berbau
- Letakkan sekeping roti atau sehelai daun sirih di dalam periuk nasi sebaik sahaja nasi telah kering. Angkat apabila telah kering
- Ambil semangkuk air dan letakkan di tengah-tengah periuk nasi.Tutup periuk nasi dan angkat apabila baunya telah hilang
- Tutup periuk nasi dengan daun pisang
- Ambil daun pandan dan letakkan di dalam mangkuk dan letak atas nasi yang hangit itu
- Cuci dan masukkan kulit bawang ke dalam periuk nasi itu
15 - Cara Menggelakkan nasi menjadi cepat basi
- Masukkan 2 atau 3 kuntum bunga cengkih dan secubit garam ke dalam nasi yang ditanak
- Basuh beras hingga beras kelihatan putih. Masukkan air dan boleh ditanak seperti biasa
16 - Cara Menggebukan Dan Melembutkan Tekstur Nasi Lemak
Kadang-kadang kita teringin nak makan nasi lemak yang bertekstur lembut dan gebuss....hihihi. Macamana erk (Johor style lagi) Mengikut petua tinggalan maktuaku...beras hendaklah dicuci sebanyak 3 kali, kali ke 3 selepas membuang air basuhan, biarkan beras yang masih basah untuk 1 jam. Kemudian barulah ditambah santan dan masukkan bahan tumisan darat, Insyaallah nasi lemak yang dimasak akan menjadi lebih lembut dan gebuss. Kalau ada kelapangan aku akan kongsi resepi nasi lemak resepi keluargaku....
17 - Cara mengempukkan dan melembutkan ayam tua aka ayam pencen
Nak makan apa harini, apakata masak ayam tua/pencen..pasti sedap...alamak camana nak bagi di empuk cepat? kalau x empuk alamatnya makan ayam springlah...hehehe Jangan risau petua hari ini macamana nak empukkan/lembutkan ayam tua..
- Potong ayam kecil-kecil, kemudian rebuskan dengan air kelapa, direbus hingga air kelapa mengering sedikit. Ayam akan lembut dan lebih sedap sebab dah menyerap air kelapa tadi. 1 ekor Ayam Tua = air kelapa dari 3 biji kelapa.
- Kisarkan sepotong buah nenas sehingga halus. Kemudian perapkan dengan ayam tua yang sudah dipotong selama 15 minit. Selepas itu, barulah dibersihkan ayam tersebut dan masak seperti biasa. Carik-carikkan daun pisang abu. Kemudian masukkan dalam masakan ayam tua anda
18 - Cara mengempukkan dan melembutkan daging(lembu,kerbau,kambing dan sewaktu dgnnya
Mmmm sedapnya daging tu...tapi bila dimakan, alamak liatnya...macamana nak bagi daging lembut dan senang dimakan...Haa.. ini petuanya
- Perap daging yang telah dipotong dengan sedikit cuka selama 10 - 15 minit. Selepas itu toskan air hingga kering. Ketika memasak perlahankan api ketika kuah sdang mengelegak. Hasilnya, daging lebih cepat empuk dan enak.
- Masukkan beberapa helai daun nangka ke dalam rebusan daging. Hasilnya daging akan cepat empuk
- Masukkan beberapa tangkai daun betik ke dalam rebusan daging. Boleh juga dimasukkan sebiji betik muda ke dalam masakan daging anda
- Atau masukkan sudu steel anda bersama-sama ketika memasak daging. Sekiranya dah masukkan sudu daging tak empuk2, ini bermakna anda telah terbeli sudu steel yang palsu...hihihi gurau aj
19 - Cara Menghilangkan Bau Hanyir Ikan
Menu ikan air tawar atau ikan sungai memang sedap tapi masalah pulak bila masak baunya kuat dan berlendir lagi. Cara-cara mengatasi masalah ini ialah dengan mengambil sehelai daun pisang, garam kasar dan asam keping. Daun pisang dicarik-carik dan dicampur dengan garam kasar dan asam keping lalu diramas bersama-sama ikan air tawar atau ikan sungai. Biarkan seketika dan dibasuh seperti biasa. Bukan sahaja ikan tidak akan berbau hanyir malah apabila dimasak akan menjadi lebih sedap lagi..
20 - Cara Membersihkan Ayam atau Ikan
- Setelah membersihkan ayam/ikan, gaul ayam atau ikan dengan tepung untuk menggelakkan lendir-lendir terperangkap dibadan ayam atau ikan. Biarkan dalam 10 minit baru dibasuh dengan air biasa
- Ayam/ikan di bersihkan seperti biasa. Sediakan semangkuk air yang diperahkan limau kasturi dalam 4 biji. Masukkan ayam tadi dan biar perap sekejap. Ayam/ikan bukan sahaja bersih, tidak berbau tetapi daging ayam/ikan akan lebih sedap lagi.
21 - Cara Mengelakkan Ayam atau Ikan yang digoreng melekat dikuali
Taburkan sedikit garam dalam minyak yang panas. Kemudian masukkan ayam atau ikan atau apa2 barang gorengan. Insyallah bahan gorengan tidak akan melekat dikuali. Jangan lupa masukkan sedikit perahan limau agar bahan gorengan lebih cepat garing.
22 - Cara agar taugeh tahan lebih lama dan tetap segar
Bila dah dekat nak puasa ni mesti macam-macam resepi kena gunakan taugeh..cara agar taugeh tahan lama dan tetap segar
- Ambil sebiji limau nipis dibelah tiga. Masukkan ke dalam taugeh yang direndam di dalam air. Pastikan airnya ditukar setiap hari
- Masukkan taugeh ke dalam bekas berisi air ang menutupi keseluruhan taugeh, kemudian masukkan beberapa keping asam gelugor ke dalam bekas rendaman. Selepas itu boleh disimpan di dalam peti sejuk
- Rebus air sehingga mendidih dan sejukkan. Apabila sudah sejuk rendamkan taugeh tadi di dalamnya dan disimpan di dalam peti sejuk
- Atau tidak perlu rendam didalam air hanya perlu buang ekornya dan simpan didalam peti sejuk sahaja
23 - Cara Merangupkan bawang goreng
Bagaimana untuk merangupkan bawang goreng yang banyak digunakan untuk menyedapkan masakan dan sebagai hiasan diatas makanan. Ramai menghadapi masalah untuk mendapatkan bawang goreng yang ranggup tetapi sekarang bukan masalah lagi..Bawang kecil dikupas dan dibersihkan, dihiris nipis2...lebih nipis lebih sedap lagi. setelah dihiris ambil sedikit majerin dan digaul bersama dengan bawang yang dihiris tadi. Biarkan sekejap kemudian barulah digoreng didalam minyak yang banyak dan panas.
24 - Cara mempercepatkan puding membeku
Open house nak buat puding tetapi tetapi puding lambat nak beku :
Caranya masukkan loyang yang akan digunakan ke dalam peti sejuk di tempat beku (bahagian frozen). Biarkan selama 20 hingga 30 minit. Kemudian keluarkan. Tuangkan adunan ke dalam loyang tadi dan masukkan semula ke dalam peti sejuk(bahagian chiller aje). Hasilnya anda tidak perlu tunggu menunggu lama untuk menikmatinya.