semua ini sudah ketentuan Allah.. ucapan takziah buat semua keluarga dan anak kapal pesawat Air Asia QZ8501 yang telah disahkan mengalami nahas kecelakaan..semoga keluarga mangsa tabah dan sabar menghadapinya... salam takziah untuk yang bukan beragama islam dan al-fatihah untuk yang beragama islam..
Pages
▼
Wednesday, 31 December 2014
Salam Takziah Untuk Air Asia QZ8501
semua ini sudah ketentuan Allah.. ucapan takziah buat semua keluarga dan anak kapal pesawat Air Asia QZ8501 yang telah disahkan mengalami nahas kecelakaan..semoga keluarga mangsa tabah dan sabar menghadapinya... salam takziah untuk yang bukan beragama islam dan al-fatihah untuk yang beragama islam..
Tuesday, 30 December 2014
Ujian Atau Musibah Satu Proses Penyucian Jiwa
Hidup kita di muka bumi ini sering dilanda ujian, dugaan dan musibah. Selalu kita dengar nasihat dari teman-teman dan sesiapa jua yang menggalakkan kita bersabar, seperti ungkapan ini:
Bersabarlah, ini ujian dari Allah, ada hikmah di sebaliknya....."
Bagaimanakah biasanya penerimaan kita tatkala mendengar ungkapan ini? Apakah reaksi atau pun respons dari diri kita sendiri apabila kita ditimpa musibah dan ujian? rata-rata masyarakat sekarang, sama ada yang memberikan nasihat, atau yang menerima nasihat, tidak memahami konsep ungkapan tersebut dari persepsi yang positif.
Malah ada yang memandang negatif atau pun meluat, apabila dinasihati supaya bersabar dengan musibah yang melanda. Secara tak langsung, kita sebenarnya menyalahkan takdir ataupun lebih tepat lagi telah bersangka buruk dengan Allah.
Hikmah apa? apa hikmahnya? Nak bersabar macam mana lagi. Aku dah tak ada kesabaran lagi dalam diri aku ini!! Kenapa aku ditakdirkan untuk melalui perkara ini. Aku tak sanggup untuk menderita lagi......dan seterusnya
Firman Allah dalam Hadis Qudsi : Barang siapa yang bersangka buruk pada Ku, nescaya Aku akan mengikuti sangkaan-sangkaan buruk hambaKu itu.
Mengapakah Allah amat melarang kita dari bersangka buruk (negative thinking) padaNya dalam apa keadaan sekalipun? Walaupun sedang ditimpa musibah?
APAKAH ITU MUSIBAH
Kita telah mempelajari bahawa fikiran negatif akan menarik frekuensi tenaga negatif kepada kita, dengan bentuk pandangan yang kita pancarkan tadi. Firman Allah dalam Hadis Qudsi tadi telah membuktikan Hukum ini. Tetapi bagaimanakah untuk tetap bersangka baik walaupun kita sedang mengalami satu situasi yang kita rasakan amat sulit untuk kita bersabar dan bersangka baik?
Di sini, amat penting untuk kita memahami dari persepsi positif tentang sesuatu musibah yang melanda. Kita ambil contoh:
Senario pertama
Seorang lelaki yang mengalami sakit pada dadanya. Dia kemudiannya datang berjumpa doktor untuk meminta rawatan dan pertolongan. Setelah diperiksa, maka dia disahkan mengalami kerosakan pada jantung dan perlu dibedah. Ketika dibedah, doktor akan melakukan perkara-perkara yang kita nampak seperti kejam contohnya, membelah dada pesakit, darah yang memercik keluar, dan segalanya yang amat mengerikan. Tetapi mengapa kita membenarkan perkara ini berlaku tanpa ada rasa marah pada doktor itu? Mengapa kita boleh bersabar menunggu hingga pembedahan selesai, sehingga luka-luka tersebut sembuh, dan akhirnya jantung pesakit itu berjaya diubati, malah pesakit itu berterima kasih pada doktor tersebut. Ini adalah kerana kita faham, bahawa doktor tersebut bukan berlaku kejam atau sengaja hendak menyeksa pesakit tersebut. Sebaliknya doktor itu bertujuan untuk merawat dan menolong pesakit itu, tetapi terpaksa melalui proses pembedahan yang menyakitkan.
Senario kedua
Kereta anda telah cukup tempoh untuk digantikan timing belt. Anda ke bengkel kereta untuk menggantikan timing belt yang baru. Mekanik akan membuka dan membawa turun ejin kereta anda dan ketika ini kereta anda yang amat anda sayangi kelihatan tak ubah seperti himpunan besi buruk yang berselerak, ketika mekanik sedang melakukan proses memasang timing belt itu. Tetapi anda tidak merasa marah atau runsing kerana anda tahu, selepas segalanya selesai, kereta anda akan kembali seperti keadaan asal. Anda juga sanggup menunggu kereta anda disiapkan dengan sabar. Semua ini adalah kerana anda memahami apa yang berlaku.
Cuba kita renungkan sejenak, dalam kehidupan kita , kebanyakan perkara atau benda yang ingin kita menambahbaik (upgrade) atau ingin dibaiki, pasti akan melalui proses yang membabitkan keadaan tidak selesa/berselerak/bersepah atau buruk, ketika proses upgrade tadi dijalankan. Tak kira apa jua senarionya, seperti membetulkan sistem paip didalam rumah, membaikpulih jam tangan, rumah, komputer dan sebagainya. Tetapi apa yang kita tahu, sebaik sahaja proses membaikpulih ini selesai, segalanya akan menjadi lebih baik dan lebih produktif. Seperti komputer yang telah diupgradekan, ditukar rem dan lain-lain, ianya akan berfungsi lebih laju dan efisien.
Maka begitu jugalah dengan sesuatu musibah yang melanda diri kita. Bukankan kita semua selalu mendengar dan bersetuju dengan ungkapan ini:
"Yang baik itu dari Allah, yang khilaf itu dari kelemahan manusia sendiri...."
Benar! Allah hanya memberikan yang terbaik sahaja pada semua hamba-hambaNya. Maka cubalah kita ubah pandangan kita terhadap apa jua musibah yang melanda diri kita kepada 'proses pembaikan/perawatan' dari Allah supaya diri manusia itu bersedia untuk menerima kebaikan yang ingin diberikan Allah pada manusia itu, kerana, mungkin sekiranya tanpa melalui suatu proses pembaikan/perawatan hamba tersebut tidak dapat/tidak bersedia untuk menerima pemberian yang ingin diberikan kepadanya.. Maka kerana itulah, kita selalu mendengar ungkapan :
Apabila Allah ingin memberikan kebaikan pada hamba-hambanya, Dia akan mulakan dengan musibah.
Maka sekarang kita lebih nampak dan faham apakah sebenarnya musibah itu, dan faham apakah yang dimaksudkan dengan 'ada hikmah di sebaliknya'.
Sebenarnya, apabila dilanda musibah, kita perlu memahami/ beranggapan bahawa apa yang kita doakan telah dimakbulkan Allah maka kerana itulah, proses pembaikan/rawatan ini melanda kita, kerana sesuatu yang kita doakan/hajatkan selama ini telah dimakbulkan. Bukan sahaja dalam kes penyakit, musibah boleh juga dalam bentuk kegawatan ekonomi, masalah rumah tangga, masalah anak-anak, kerjaya dan sebagainya. Selidikilah dan renung-renungkanlah, apakah yang kita pernah doakan dan apakah sebenarnya sedang kita lalui dalam apa jua masalah hidup yang melanda kita.
Seperti diterangkan pula dalam hadits sahabat Abu Hurairoh bahwa Nabi Saw bersabda, “Tiada apapun yang menimpa seorang Mukmin berupa bencana dan menderita kesusahan, kecuali semua itu menjadi sebab untuk menghilangkan dosa-dosanya.” (hari Bukhori dan Muslim). Sahabat Ibnu Mas’ud juga meriwayatkan dari hadits lain, ia menyebut, Bahwasanya tiada seorang muslim pun yang tertimpa kerosakan dan penyakit, atau bencana yang lebih ringan lagi, kecuali Allah Ta’ala akan menggugurkan dosa dosanya, bagaikan gugurnya daun dari dahan pohon.”
Ummul Mukminin Sayidatina Aisyah ra. meriwayatkan pula sabda junjungan Rosulullah Saw,
“Barangsiapa diuji dengan beberapa kesulitan, dan ia dapat mengatasi kesulitan itu dengan ketabahan dan menerimanya dengan ikhlas, tertulis baginya di sisi Allah dengan derajat yang mulia dan dihapus dosa dosanya.”
Seorang Muslim yang soleh tidak boleh mengira dan berprasangka bahawa Allah tidak memperhatikan lagi dirinya. Karena perkiraan seperti ini adalah pandangan yang sempit dan dangkal. Seorang Muslim memandang Allah tidak semata mata dari segi pemberian Allah yang jelas dan dirasakan dengan alam jasmani, akan tetapi ia harus melihat pemberian Allah dari sisi yang lain yang tidak dapat dilihat dan dinyatakan dengan mata kepala.
Seorang hamba hendaklah dapat merasakan pemberian Allah sebagai anugerah, maka ia pun harus dapat merasakan percubaan dari Allah itu juga suatu anugerah kasih sayang dari Allah Swt. Hikmahnya seorang hamba dalam keadaan kesusahan, atau sedang tertimpa bencana, ia akan bertambah dekat kepada Allah Swt. Dengan dekatnya si hamba kepada-Nya, maka akan berlimpahlah kasih sayang kepada si hamba. Itulah anugerah yang tak ada taranya. Orang yang keimanannya tebal, akan menerima setiap bencana, selain sebagai ujian atas keimanan, termasuk Allah menunjukkan kasih sayang dan rahmat-Nya kepada si hamba, sebagai bukti Allah adalah Robbun (pengasuh, pendidik) bagi alam semesta dan seluruh makhluk-Nya. Nabi Muhammad Saw dalam hal ini bersabda, “Allah Ta’ala menguji seorang hamba dengan bencana. Apabila si hamba sabar menerima, maka ia termasuk pilihan. Apabila ia ridho menerima, maka ia termasuk orang istimewa.”
Antara tindakan yang boleh kita lakukan setiap kali merasakan kita dilanda musibah.
1. Kita diajarkan untuk mengucapkan kalimah: Innalillahiwainnailaihirrojiuun
...dari Allah ia datang, kepada Allah ia kembali....Ucapkanlah, dan berdoalah semoga musibah itu sebentar sahaja dan berdoa memohon kekuatan dalam menghadapinya. Ini diajarkan sendiri oleh Allah kepada kita. Mengapa kita tidak mahu mengamalkannya? Sama seperti amalan membaca Bismillah sebelum makan.
2. Rasulullah S.A.W bersabda : Bersalawatlah padaku dipermulaan musibah itu adalah sangat baik sekira kamu mengetahui.
Rasulullah menyarankan supaya bersalawat padanya ketika saat permulaan mengalami apajua musibah/ masalah. Bersalawat keatas Nabi adalah bermaksud mendoakan kesejahteraan Nabi seperti: Allahumma solli ala saidina muhammadinnabiyyil umiyyi
Mengapakah mendoakan kesejahteraan Nabi, sedangkan kita yang dilanda masalah? Ramai yang tidak menyedari akan khasiat daripada mendoakan Nabi S.A.W.Sabda Nabi S.A.W : Sesiapa yang bersalawat kepada ku (mendoakan kesejahteraanku) sekali (1), maka Allah akan memberikan kesejahteraaan kepada sesiapa yang bersalawat tadi sebanyak sepuluh (10) kali. Lihatlah betapa besarnya fadhilat bersalawat ini. Nabi S.A.W adalah kekasih Allah. diturunkan kebumi ini sebagai rahmatallilalamin (rahmat buat sekalian alam). Maka mendoakan untuk orang sangat dikasihi Allah, Allah akan membalas sepuluh kali ganda pada orang berdoa tadi.Maka selalulah kita bersalawat dengan ikhlas, tak kira diwaktu senang atau pun susah. Tak perlu tunggu hingga menerima musibah untuk bersalawat.
3. Bersangka baik dengan Allah (HusnulDzon/Positive Thinking) kepada Allah. Kenalilah Allah yang kita sembah itu dengan persepsi yang betul dan benar dengan mempelajari dan menghayati sifat-sifatNya yang telah diajarkan kepada manusia. Juga dari 99 nama Allah, kita dapat belajar sifat Allah. Sekiranya kita melihat seorang gadis yang cantik rupawan, acapkali kita terpanggil untuk melihat gadis itu sekali lagi, kerana apa? kita terpegun dengan kejelitaan wajah gadis itu. Maka cuba kita fahami bahawa Yang Menciptakan gadis tersebut tentulah lebih Indah, lebih cantik, sepertimana yang diriwayat bahawa didalam syurga kelak, apabila Allah membuka hijabNya kepada manusia, para ahli syurga akan terpegun dan ternganga melihat Kecantikan/Keindahan Allah hingga tidak berkata apa-apa selama 40 tahun.
Ini baru sifatNya yang Maha Indah dan Maha Sempurna. Bagaimana dengan sifat-sifatNya yang lain seperti Maha Pengasih, Maha Penyayang?
Allah memberitahu kita, Dia amat menyayangi hamba-hambaNya melebihi seorang ibu yang sedang menyusukan anaknya. Bolehkah kita fahami betapa besarnya kasih sayang yang sebegini rupa? Maka wajarkah kita mengatakan Allah itu tidak adil? Pilih kasih? Kejam dan sebagainya yang hanya merupakan sangkaan buruk yang tidak benar?
Ubahlah persepsi kita pada Allah mulai sekarang, semoga Allah memberikan hidayah dan rahmatNya pada kita semua, semoga kita semua sentiasa dilindungiNya dari persepsi yang salah dan memudaratkan diri kita sendiri.
Firman Allah dalam hadis Qudsi:
Wahai hamba-hambaKu! sekiranya hamba yang mula-mula sekali diciptakan sehingga hamba yang terakhir sekali dicipta dari kalangan manusia dan jin merupakan hamba-hamba yang bertaqwa semuanya, maka tidaklah dapat menambahkan sedikit pun dari Kekuasaan dan KebesaranKu. Sekiranya hamba yang pertama dicipta sehingga hamba yang terakhir dicipta dari kalangan manusia dan jin merupakan hamba-hamba yang paling jahat, yang demikian tidaklah dapat mengurangkan sedikit pun Kekuasaan dan KebesaranKu.
Allah tidak memerlukan apa-apa pun dari kita, tetapi kitalah yang memerlukan dan berhajat kepada Allah. Oleh itu, peliharalah hubungan kita dengan Allah dan salah satu caranya ialah dengan bersangka yang benar tentang Allah, iaitu bersangka baik (Berfikir Positif) kepada Allah, dengan ikhlas. Kerana faedahnya adalah untuk kebaikan manusia sendiri, Allah tidak memerlukan apa-apa pun dari kita.
Manusia sebagai hamba Allah dalam menjalankan hidupnya di dunia ini hendaklah jauh dari prasangka jelek kepada Allah, agar jiwanya tidak risau dan tertimpa penyakit yang dapat menegangkan saraf. Kita harus berprasangka baik (Husnuzzon ) kepada Maha Pencipta. Kita harus memahami dengan penuh keyakinan bahwa Allah Ta’ala Maha Adil dan Maha Pemelihara. Allah telah memberikan rahmat-Nya kepada manusia sesuai dengan rencana Allah.
#prayforpantaitimur
#prayforQZ8501
Rujukan:fb/notes/sebutir-kasih-sejuta-sayang
Monday, 29 December 2014
Sesi persekolahan 2015 ditangguh seminggu
Ya ALLAH....Marilah Kita Berdoa Kepada penumpang QZ8501 selamat
Kali ini dengan Kehilangan Penerbangan Pesawat Airbus 320 Air Asia QZ8501 yang di khuatiri terhempas di perairan Belitung Indonesia.
Pesawat yang menerbangkan 155 jumlah penumpang yang terdiri daripada 130 penumpang dewasa dan 24 kanak-kanak dan seorang bayi berlepas dari Surabaya pada jam 5.20 pagi dan sepatutnya mendarat di Singapura pada jam 8.30 pagi waktu tempatan sebelum terputus hubungan pada jam 6.17 pagi.
Pecahan penumpang mengikut Negara adalah seperti berikut:
1 Malaysia
1 Singapura
3 South Korea
1 United Kingdom
149 Indonesia
1 Malaysia
1 Singapura
3 South Korea
1 United Kingdom
149 Indonesia
Krew Pesawat mengikut Negara:
1 France
6 Indonesia
1 France
6 Indonesia
Sumber juga melaporkan bahawa pesawat Air Asia QZ8501 juga telah meminta untuk mengubah haluan "Penukaran jalur penerbangan" bagi mengelak awan sejurus sebelum ia hilang.
Kini Usaha mencari dan menyelamat masih giat dijalankan.
"Bersama-samalah kita berdoa agar pesawat yang hilang berjaya di temui".
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, segala sesuatu itu telah ditentukan olehMu...jika Engkau berkata "Kun Fayakun" jadi maka jadilah ia, maka selamatkanlah & lindungilah mereka yang berada di dalam pesawat Airasia QZ8501...sesungguhnya hanya Engkau yang mengetahui....
Amin Ya Rabb....
Inspiration 97# UBI KELEDEK
Lantaran adanya wanita, alam menjadi indah, lantaran adanya lelaki dunia menjadi sempurna. Lantaran adanya lelaki dan wanita terkadang sempurnalah suatu kelemahan di sebalik suatu kekuatan.
Sources:
Victor Nunes
Sunday, 28 December 2014
KRONOLOGI INSIDEN QZ 8501
5.20am - Pesawat Airbus 320-200 berlepas daripada Surabaya, Indonesia pada (6.20 pagi waktu Malaysia). Pesawat dijadual tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura pada 8.30 pagi waktu tempatan. 6.17am - waktu pesawat dilaporkan hilang daripada radar (waktu tempatan).
7.24am - Pesawat dilaporkan terputus hubungan dengan pusat kawalan trafik udara Jakarta. Pesawat berkenaan terbang pada ketinggian 32,000 - 34,000. Lokasi terputus hubungan di antara Tanjung Pandan dengan Pontianak.
11:30am - Air Asia sahkan kehilangan pesawat QZ8501 menerusi laman sosial Twitter dan Facebook. Air Asia juga menukar warna logonya kepada kelabu dan putih.
11:40am - Media Indonesia, Kompas.com melaporkan sebuah pesawat jatuh di perairan laut Belitung Timur.
12.01pm - Kompas.com juga melaporkan Air Asia akan mensahihkan maklumat berkenaan dan dalam masa yang sama memaklumkan operasi SAR sedang dijalankan.
12:15pm - Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak berikrar bahawa kerajaan akan membantu mencari pesawat Air Asia QZ8501
1.11pm - Orang ramai dinasihat hanya terima maklumat sahih daripada AirAsia berhubung kehilangan pesawat AirAsia Indonesia, kata menteri penerangan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, lapor Bernama.
1.20pm - Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Air Asia Tony Fernandes berkata pihaknya akan mengeluarkan kenyataan berhubung perkembangan terkini tidak lama lagi.
1.50pm - Air Asia Indonesia memaklumkan pesawat QZ8501 memohon membuat pertukaran laluan atas faktor cuaca, sebelum komunikasi terputus semasa di bawah kawalan Pusat Kawalan Udara Indonesia (ATC).
2.05pm - Pihak operasi mencari dan menyelamat di Belitong kini mempersiapkan sebuah kapal menyelamat ke kawasan tersebut, yang didakwa sebagai lokasi pesawat Air Asia itu terjatuh.
Bagaimanapun menurut Ketuanya, Joni Supriadi, pasukan tersebut mungkin mengalami kesukaran memandangkan keadaan cuaca yang buruk
“Namun cuaca yang sangat buruk sehingga kapal Belitung Ekspress ke Pangkal Pinang tidak dapat meneruskan perjalanan hari ini,” katanya dipetik melalui Kompas TV.
2.30pm - Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengunjungi Ibu Pejabat (HQ) Air Asia dan bertemu dengan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Air Asia, Tony Fernandes.
2.40pm - Agensi berita nasional Indonesia Antara melaporkan bahawa pesawat itu terhempas kira-kira 145km dari Pulau Belitung. Pesawat itu dipercayai berlegar-legar di udara bagi mengelakkan ribut sebelum terhempas ke laut.
3.00pm - Bangka Pos melaporkan seorang Nelayan terdengar bunyi letupan yang agak kuat berhampiran Pulau Nangka, Kelapa Kampit. Namun tidak dapat dipastikan sama ada letupan berkenaan mempunyai kaitan dengan insiden kehilangan pesawat QZ8501
Kampung ku dilanda banjir
28/12/2014
Kampung ku dilanda banjir..semoga dipermudahkan segalanya..Amiin..
Sekitar Taman Sri Kerinau, Paya Pulai, Temerloh (Depan Sekolah Kebangsaan Paya Pulai)... Jam 12 tengahari hari ini 28/12/2014
Kampung ku dilanda banjir..semoga dipermudahkan segalanya..Amiin..
Sekitar Taman Sri Kerinau, Paya Pulai, Temerloh (Depan Sekolah Kebangsaan Paya Pulai)... Jam 12 tengahari hari ini 28/12/2014
Sekitar Bandar Temerloh...
LPT Temerloh
KM126 LPT
Sebanyak 2,515 Pencawang Elektrik terpaksa dihentikan sementara di negeri-negeri yang teruk dilanda banjir setakat 4 petang hari ini - TNB
Cadangan laluan alternatif untuk ke KB
#Banjir2014
#ilovepahang
#ilovetemeloh
subhanallah..semoga semua nya akan selamat..
AMIN
AMIN
Pesawat AirAsia QZ8501 Gagal Dihubungi Sejak Pagi
AirAsia Indonesia mengesahkan bahawa penerbangan QZ8501 yang dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura gagal dihubungi oleh pusat kawalan trafik Udara pada pukul 7.24 pagi Ahad. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, syarikat penerbangan tambang murah itu juga mengakui tiada perkembangan terbaharu diperolehi setakat ini.
Doa Taubat Terbaik
Lirik Doa ini,gemersik alunan amat2 menyentuh jiwa2 yang halus.Penghayatan makna doa ini lagi penting dan lagi besar impaknya terhadap hati-hati ini.. apatah lagi, jika dibacakan dalam doa selepas solat taubat di keheningan malam.. pasti bercucuran air mata, mengenangkan dosa-dosa lampau, kelmarin, semalam,pagi tadi, petang tadi, dan baru sesaat yang lalu..
Astaghfirullah rabbal baraya
Astaghfirullah minal khothoya
Rabbi zidni ilman nafi'a
Wawaffiqli amalan maqbula
Wa habli rizqan wa-sia
Watub alaina taubatan nasuha
Astaghfirullah minal khothoya
Rabbi zidni ilman nafi'a
Wawaffiqli amalan maqbula
Wa habli rizqan wa-sia
Watub alaina taubatan nasuha
Maksudnya:
Aku memohon ampun Ya Allah, Maha Penerima Taubat,
Aku memohon ampun Ya Allah daripada segala dosa,
Aku memohon ampun Ya Allah daripada segala dosa,
Tambahkan kepadaku ilmu yang berguna,
Berikanlah aku amalan yang dimakbulkan,
Kurniakan kepadaku rezeki yg meluas,
Terimalah taubat kami dgn taubat nasuha…
Berikanlah aku amalan yang dimakbulkan,
Kurniakan kepadaku rezeki yg meluas,
Terimalah taubat kami dgn taubat nasuha…
Hmmmm, indahkan maknanya kalau didengar bersama2 dengan zikir ini.
Saturday, 27 December 2014
Nur Kasih- Inteam
Bagaikan Permata Di Celahan Kaca
Kerdipnya Sukar Tuk Dibezakan
Kepada Mu Tuhan ku Pasrah Harapan
Moga Tak Tersalah Pilihan
Nur Kasih Mu Mendamai Di Kalbu
Jernih Setulus Tadahan Doaku
Rahmati Daku dan Permintaanku
Untuk Bertemu Di Dalam Restu
Kurniakan Daku Serikandi
Penyejuk Di Mata Penawar Di Hati
Di Dunia Dialah Penyeri
Di Syurga Menanti Dia Bidadari
KeKasih Sejati Teman Yang Berbudi
Kasihnya Bukan Keterpaksaan
Bukan Jua Kerana Keduniaan/
Mekar Hidup Disiram Nur Kasih
Ya Allah Kurniakanlah Kami Isteri
dan Anak Yang Soleh
Sebagai Penyejuk Mata
Di Tangan-mu Tuhan Ku Sandar Impian
Penentu Jodoh Pertemuan
Seandai Dirinya Tercipta Untukku
Rela ku Menjadi Miliknya
Alangkah bagusnye klu lirik lagu ni merupakan doa kesemua lelaki bergelar suami...cinta istri bkn utk dunia semata2. .perkahwinan adalah perjanjian dunia utk kelengkapan di akhirat kelak..
Inspiration 96#
“Jangan fikirkan yang sedap saja, kadang-kadang kita kena juga telan yang pahit sebab kadang-kadang yang pahit itu ubat sedang yang sedap itu racun.”
Sources:
Victor Nunes
Friday, 26 December 2014
CHOCOLATE INDULGENCE di Hari 10 tahun Sunami
Hari ini, genap 10 tahun tragedi tsunami yang melanda Aceh, mengorbankan hampir 400,000 nyawa dalam sekelip mata.
Walaupun masa beredar, ingatan pada bencana paling dahsyat itu masih belum dapat dilupakan terutamanya buat mangsa dan juga ahli keluarga mereka.
10 tahun berlalu, bukan jangka masa yang mampu memadam perasaan takut dan trauma yang sering menghantui mangsa apabila terkenang bagaimana mereka bertarung nyawa dan melihat kematian.
Walaupun terpaksa berdepan detik hitam itu, namun umur mereka masih panjang apabila terselamat dari ditelan ombak besar.
10 tahun berlalu, bukan jangka masa yang mampu memadam perasaan takut dan trauma yang sering menghantui mangsa apabila terkenang bagaimana mereka bertarung nyawa dan melihat kematian.
Walaupun terpaksa berdepan detik hitam itu, namun umur mereka masih panjang apabila terselamat dari ditelan ombak besar.
Hari ini, kita juga diuji dengan banjir besar yang paling dahsyat. Ingatlah firman Allah SWT,
ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُم بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ
Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).
Ampunilah dosa2 kami, Ya Allah.
sambil mengikuti perkembangan Banjir di Pantai Timur dan melihat kenangan tsunami...
menikmati kek choco indulgence
Jumaat yang terakhir tahun 2014.
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Jumaat datang lagi dan kali ini ia jumaat yang terakhir tahun 2014.
Banjir makin teruk.
Bekalan makanan hampir kurang..
Di hari Jumaat yang barokah ini,
mari kita sama2 panjatkan doa buat semua mangsa banjir.
Selawat dan salam atas junjungan
besar kita Nabi Muhammad SAW, keluarga baginda,
dan para sahabat baginda...
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim,
Ya Waliy, Ya Mukmin, Ya Aziz,
Engkau lindungilah ibu bapa kami,
Adik-beradik kami,
Sanak-saudara kami,
Sahabat-sahabat kami,
dan semua penduduk di negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Perlis, & Perak yang terkena musibah banjir ini...
Ya Mutakabbir, Ya Sami', Ya Bashir,
Sesungguhnya kami semua hamba-Mu yang lemah,
Kami tidak berdaya untuk menanggung ujian daripada-Mu,
Sesungguhnya Engkau Ya Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu...
Ya Malikul Mulk,
Ya Malik, Ya Muhaimin, Ya Matin,
Engkau perintahkanlah bumi-Mu menelan airnya,
Engkau perintahkanlah langit-Mu berhenti mencurahkan airnya,
Sesungguhnya kami amat lemah untuk menanggung ujian daripada-Mu,
Ya Waaliy....
Ya Rahim, Ya Basith, Ya Rofi,
Kasihilah kami semua,
Kami mohon kepada-Mu,
Redakanlah bencana ini,
Ya Mani'...
dan lindungilah kami semua,
Ya Qowiy, Ya Qodir,
daripada perkara-perkara yang buruk...
Ya Allah,
Sesungguhnya Engkau tidak akan menimpakan sesuatu,
kepada kami melainkan sebagai peringatan kepada kami,
atas segala dosa-dosa dan kelalaian kami kepada-Mu,
Ya Allah, Ya Tawwab,
Sesungguhnya kami telah mezalimi diri kami,
Ampunkanlah kami,
Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,
Ya Allah, Ya Hafiz,
Jangan Engkau biarkan hati, dan iman kami terpesong,
serta lalai sehingga melupakan kami kepada-Mu,
Rahmatilah kami semua Ya Allah,
Ya Allah,
Tiada Tuhan melainkan Engkau,
dan Nabi Muhammad SAW itu pesuruh-Mu,
Ya Allah, Ya Ghofur, Ya Mujib,
Perkenankan dan kabulkanlah doa kami....
Amin...