Harapan Roti Sempurna

Salam...


tunggu untuk di sauna


 Hari ni kena maraton buat roti mini sarang lebah dan roti sarang lebah untuk tempahan. Rasa debar pula.. Harap sempurna kejadian roti dan sempat lah hendaknya siap sebelum tuannya ambil jam 1 tengah hari nanti.



belum tuannya ambil jam 1 tengah hari nanti.

Adik ni duduk subang jaya. Dia memang biasa tempah roti hari jumaat. Untuk makan sendiri.. Tapi agak banyak bila dia tempah. Biasanya lebih dari rm50 sekali beli. 

Apa pun memang senang hati dapat berurusan dengan dia ni. Kenal melalui wasapp oder kuih talam akhirnya dia memang jadi pelanggan tetap. Jarak tak jadi masalah pada dia..

Apa pun syukur.. Selain dapat rezeki, sedaya upaya zie cuba hasilkan roti terbaik dari dapur dengan bersih dan insyaAllah halalan toiyibah.

P/s: masih menanti doh naik.. 

Tempoh tidur mengikut usia

Tidur
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas
Tidur ialah keadaan rehat badan semula jadi yang dialami seluruh dunia fauna. Tidur diamalkan oleh semua mamalia dan burung, dan turut diperhati pada kebanyakan reptilia, amfibia dan ikan.



Tidur bukan sekedar memenuhi erti merehatkan badan, malah tidur juga adalah ibadah. Di dalam waktu tidur juga terdapat banyak sunnah Rasulullah SAW. Ganjaran Allah SWT untuk orang yang mengamalkan sunnah sangat besar.

Antara sunnah-sunnah Nabi SAW sebelum, ketika dan selepas tidur.

1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur.
Doa sebelum tidur :
"Allahuma bismika ahya wa amutu"
(Ya Allah, dengan nama Mu aku hidup dan aku mati)
Doa bangun tidur :
"Alhamdulillahi llazi ahyaanaa ba'damaa amaatanaa wailaihi nusyur"
(Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan aku kembali setelahmematikan aku dan kepadaNyalah tempat kembali)."
2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat.
3. Baca Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 33 X)

4. Baca 4 Qul (An-Nas, Al-Falaq, Al-Ikhlas, Al-Kafiruun), kemudian baca Bismillahirrahmanirrahim 21
5. Niat untuk bangun Tahajjud.
6. Berwudhu’ sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

7. Tidur cara Rasulullah SAW dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.
Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Aisyah bahawa Nabi telah bersabda :
“Jika salah seorang di antara kamu berasa mengantuk, hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuk. Jika seseorang bersembahyang ketika mengantuk berkemungkinan dia membaca istighfar sedangkan sebenarnya dia sedang mencaci dirinya sendiri”.

Islam amat mementingkan tidur dan rehat agar ibadat dan aktiviti seharian dapat dilakukan dengan sempurna dan seimbang. Tidur juga dapat menentukan kesihatan dan menghasilkan kecergasan dalam diri seseorang . Penuhilah adab-adab tidur agar ia menjadi ibadah yang sempurna di sisiNYa. Antara adab-adab tidur ialah :

1. Berwudhuk
Amalkan berwudhuk sebelum tidur agar sentiasa dirahmati dan dilindungi. Sebaik-baiknya juga gosoklah gigi sebelum masuk tidur.
2. Perut Tidak Terlalu Kenyang
Pastikan perut anda tidak terlalu kenyang ketika mengambil makan malam. Perut yang kenyang juga boleh menyebabkan anda cepat berasa mengantuk mahupun menghadapi masalah sukar untuk bangun .

3. Mengingati Kesilapan (muhasabah diri)
Sebaik sahaja anda meletakkan kepala ke bantal , cuba anda ingat semula perkara yang telah anda lakukan sepanjang harian . Sekiranya anda melakukan perkara-perkara yang baik , tingkatkan keazaman untuk terus mengekalkan perbuatan yang baik . Tetapi sekiranya anda banyak melakukan kesilapan dan perbuatan mungkar, berazamlah untuk berubah dan beristighfar memohon keampunan daripada Allah S.W.T.

4. Membaca Doa dan Surah Tertentu
Ketika ingin melelapkan mata , amalkan membaca doa atau surah-surah tertentu terlebih dahulu . Pastikan kedudukan tidur anda mengiring ke kanan dan seeloknya menghadap ke kiblat . (amalkanlah cara tidur Rasulullah SAW)

5. Berazam Untuk Bangun Awal
Anda juga digalakkan untuk membaca surah Al-Kausar sebanyak tiga kali sambil berniat di dalam hati mahu bangun awal . Berazam untuk bangun awal bagi membersihkan diri dan menunaikan solat subuh. Ia dapat mencergaskan diri sepanjang hari. Insyaallah

"Hutang tidur" adalah kesan kekurangan rehat dan tidur; hutang sebegini yang besar boleh mengakibatkan keletihan mental dan fizikal. Para saintis tidak sebulat suara mengenai berapa banyak hutang tidur yang boleh dikumpul atau kejadian hutang tidur di kalangan orang dewasa makin menjadi-jadi di negara-negara berindustri atau pada zaman-zaman terkini. Ada kemungkinan bahawa kanak-kanak masyarakat Barat zaman sekarang makin kurang tidur berbanding zaman dahulu.

Inspiration 105#




“Kaya itu bukan sahaja kerana wang, boleh jadi kaya hutang, kaya anak, kaya musuh atau kaya perasaan.”


Sources:
Victor Nunes

8 Jenis Makanan Yang Boleh Ubati Stres

Assalamualaikum ,

Sememangnya Islam menganjurkan bukan sahaja makanan yang halal, malah makanan yang baik.

Saya yakin ramai dari kita yang mampu konsisten mengamalkan makanan yang baik, tetapi Nabi mengajarkan sesuatu yang paling asas dalam menjaga kesihatan. Stress boleh menyebabkan kesihatan tidak baik.

Kaedah paling asas untuk menjaga kesihatan yang dianjurkan oleh Nabi ialah makan hanya bila lapar dan berhenti sebelum kenyang. Ini kerana perut adalah lubuk penyakit.

Saya yakin untuk meninggalkan makanan dalam keadaan kita masih menginginkannya adalah satu jihad yang besar iaitu melawan keinginan nafsu makan yang tengah membuak-buak ketika itu.


Namun begitu anda dinasihatkan untuk mengambil 8 jenis makanan yang boleh mengubati stres dan dalam masa yang sama kekal menjaga kesihatan. 


1. Oatmil bersama serbuk kayu manis dan madu

Semangkuk oat dapat meningkatkan hormon serotonin yang menggalakkan rasa selesa kerana kandungan serat di dalamnya. Oleh itu, pengambilan oat tidak akan menyebabkan paras gula dalam darah naik mendadak. Tambahkan serbuk kayu manis untuk menghilangkan stres dan madu untuk menguatkan sistem imunisasi badan.

2. Coklat gelap bersama kacang badam


Badam dimakan dengan coklat gelap boleh ubati stress


Makan coklat gelap dapat mengurangkan hormon stres. Kacang badam pula kaya dengan sumber protein. Gabungan kedua-dua makanan ini dapat membantu anda kekal tenang tanpa menggemukkan. ‘Best’ tu!

3. Smoothies

Kisar apa saja bersama susu (sama ada susu skim, susu segar, susu soya, dan sebagainya) dengan buah-buahan kegemaran anda. Anda juga boleh mencampurkan serbuk coklat atau vanila ke dalam smoothies anda. Cubalah!

4. Kekacang dan biji-bijian

Haaa... Makanlah kacang pistacio, gajus, walnut, badam, dan kuaci sekali gus! Ia umpama kombo ketenangan. Kandungan omega-3 yang terdapat dalam kacang walnut dan kuaci dapat menurunkan paras stres dan menggalakkan hormon-hormon sihat.

5. Keledek

Sudahlah manis, sedap, dan kaya nutrien! Kalau mahukan manisan tanpa gula, keledek adalah makanan terbaik. Ia mengenyangkan dan ‘syok’!

6. Yogurt dengan buah beri

Campurkan yogurt dengan apa saja jenis buah beri. Ia sumber protein yang memberi tenaga dan mewujudkan hormon anti stres. Tambahkan buah untuk rasa manis dan mencetus sistem imuniti tubuh.

7. Kari sayur-sayuran

Tahukah anda, saat anda makan cili, ia dapat merembeskan hormon endorfin yang dapat menggalakkan rasa tenang? Kari sayur sememangnya bagus kerana ia menyumbang sumber protein dan tenaga, dan semua ini boleh didapati hanya dari sebuah mangkuk!

8. Teh hijau

Asid amino dalam teh hijau sesuai diambil ketika anda berada dalam keadaan tegang. Pengambilan kafein yang terkawal membantu anda kekal fokus untuk bertenang.


Artikel di atas saya ambil daripada Majalah RAPI di bawah tajuk Ubati Stres Dengan 8 Jenis Makanan, Oleh:Emy Haznida, Rapi

DOA DHUHA.


Jom Dhuha!
Waktu bermula solat dhuha ialah 28 minit selepas waktu syuruk dan waktu tamat 30 minit sebelum zuhur.


Doa selepas solat Dhuha:

Ya Allah
Sesungguhnya waktu dhuha itu dhuha-Mu
Kecantikannya kecantikan-Mu…Keindahannya keindahan-Mu
Kekuatannya kekuatan-Mu…Kekuasaannya kekuasaan-Mu
Perlindungannya perlindungan-Mu…

Ya Allah jika rezeki masih di langit, turunkanlah
Jika di bumi keluarkanlah…
Jika sukar permudahkanlah...
Jika haram sucikanlah…
Jika jauh dekatkanlah

Berkat waktu dhuha
Kecantikan-Mu
Keindahan-Mu
Kekuatan-Mu
Kekuasaan-Mu
Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada
hamba-hambaMu yang soleh.


Amin.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat membuat video klip ini sebab memudahkan ramai pihak dari anak-anak kecil hingga orang dewasa untuk menghafalnya.

Mudahnya Menjemput Rezeki

Assalamualaikum. 

 Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang 

 Semua orang mahukan rezeki. 

 Ramai orang 'bertarung' untuk mendapatkan rezeki.
 Tidak sedikit juga yang berkeluh kesah kerana tidak cukup rezeki.
 Kerana itulah buku ini relevan untuk semua orang



BUKU MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI 

Alhamdulillah, alhamdulillah di hari Selasa yang mulia ini,berjalan2 di MPH saya membeli buku "MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI" Bagi sahabat-sahabat yang telah pun direzekikan untuk memiliki buku MMR ini, bolehlah sebar-sebarkan kepada yang masih belum berpeluang. Jika ingin hadiahkan, lebih baik lagi. Marilah kita berramai2 ke kedai buku...

Tahukah anda...? Menjemput Rezeki Lebih Mudah Berbanding Mencari Rezeki….?

Kepelbagaian kisah yang dipaparkan , sesuai dengan hakikat bahawa yang dinamakan rezeki itu bukanlah duit sahaja.
Yang dinamakan rezeki ini macam-macam tuan...tidak larat kita mahu menghitungnya.

 Hanya Allah tempat meminta. Apa sahaja hajat di dunia ini dan hajat di akhirat nanti boleh kita minta daripada Allah

Untuk difikirkan:
Bila kita beramal, katakan dengan solat Dhuha contohnya, maka dapatlah kita manfaatnya dan pahala solat dhuha.
Katakan, kita beramal dan menyampaikan amalan itu kepada seribu orang.
Bila 1,000 orang itu, beramal dengan solat dhuha kita pun akan dapat 1,000 orang punya amalan solat dhuha masuk ke dalam akaun pahala kita. Insya-Allah.

Satu lagi contoh:
Bila kita beramal, katakan dengan amalan bersedekah RM1 setiap hari, maka dapatlah kita manfaat dan pahala bersedekah RM1 setiap hari.
Katakan, kita beramal dan menyampaikan (tablighkan) amalan itu kepada seribu orang. Tidak cukup dengan menyampaikan (tablighkan) kita ajak (dakwah) mereka dengan pujuk rayu dan kasih sayang untuk turut beramal dengan amalan bersedekah RM1 setiap hari.
Bila 1,000 orang itu, beramal, maka kita akan dapat seribu orang punya pahala sedekah masuk dalam akaun pahala kita. Insya-Allah.
Bagaimana pula bila kita ajak orang yang tidak solat kepada solat..? Orang yang pendendam jadi pemaaf...? Orang yang tidak tutup aurat dengan sempurna jadi sempurna....?
Masya-Allah...!

p/s:Kalau mengingat rezeki yang kita peroleh selama ini, rasa-rasanya malu utk memohon ini-itu. Namun tetaplah berdoa & memohon, sambil mensyukuri.


RINA SALLEH CLOTHING

Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Malam selasa Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua...


Di seminar aura sabtu ari tu ada jual shawl RINASALLEH sale. Tengok team millionaura semua mengayakan shawl RINASALLEH dari awal zie terjatuh hati . So, memandangkan Maggie Shawl ada offer 3 helai RM100, kami SARINA MAJID & SHIDA HASHIM membeli satu sorang. Lain kali nak ge ke butik di seksyen 7 shah alam ...tangok Baju peplum, jubah, kasut pun cantik2, tapi lain kali pulak lah beli.. :)

team millionaura

material dia macam  no. 1
sangat berbaloi!


Sesi malam kami terus mengayakan shawl baru..:-)

dua insan yang hebat Coach Nooraizan zie & Rina Salleh


Yakin dan Percaya kita MAMPU lakukan yang terbaik. 
'The New Me'
#MaszieFatah
#Maszie'liciouse


Website Rina Salleh Clothing boleh klik di SINI dan fb pulak di SINI


#millionaura
#RAP24JAN 
#Alhamdulillah


SEMINAR TERAPI

24 hb Januari 2015

SEMINAR DAN TERAPI RAHSIA AURA PERNIAGAAN 


Bismillahirrahmanirrahim

ALHAMDULILLAH

Seminar Rahsia Aura Perniagaan (RAP) yang di anjurkan oleh pihak Million Aura Consulting & Training Sdn Bhd merupakan tempat Allah ketemukan cinta-cinta hati saya.
Sahabat-sahabat wangi yang sentiasa positif dalam kehidupan. Kita nak jadi insan yang hebat, haruslah mendekati insan-insan hebat.
Dengan siapa kita berkawan, menentukan siapa kita di masa akan datang. Jika masih di takuk lama, mana mungkin akan berganjak jika tiada usaha.
Namun, sentiasa berpijak lah di bumi yang nyata. Ingatlah pada insan-insan yang menjadi kan siapa kita hari ini.
Seminar Coach Nooraizan Zie sememangnya menjadikan saya seorang insan yang lebih banyak berfikir. Bersyukur dengan nikmat Allah.
Allah izinkan pertemuan dengan sahabat-sahabat yang sentiasa mengingatkan diri ini untuk menjadi lebih baik pada pandangan Allah.
Saya yakin dan percaya, dengan izin Allah, anda juga akan dapat lihat, dengar dan rasakan sendiri perubahan dalam hidup anda selepas menghadiri seminar ini.





No.90  Alhamdulillah Dapat Lucky Draw 


Yang dah lepas biarkan berlalu...
Yang akan datang adalah rahsia illahi....
Nikmati apa yang ada sekarang....
Istiqomah..

Ada yang berminat nak join?
Boleh PM/whatsapp Mimi di 018-9132061 untuk tempahan dan maklumat lanjut.

#RAP24JAN
#millionaura

Warisan - Sudirman

[Amazing Million Aura]





Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan

( korus )
Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini

Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki

Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

( ulang korus )

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan

Lirik Warisan - Sudirman @ Lirikami


‪#‎Alhamdulillah
#maszie'liciouse‬

Tempahan untuk Jumaat KE-3 2015

16/jan/2015


Assalamualaikum dan salam berbahagia kepada semua...Apa khabar?. Hujung minggu di sini hari ini berjalan seperti biasa...tugas2 yang biasa dilaksanakan untuk hujung minggu berjalan dengan lancar...baju yang sudah dibasuh,rumah yang sudah dikemas ...so lepas ni perlu plak ke dapur untuk masak makan tengah hari dan menggosok baju untuk stok seminggu anak2 kesekolah...


Hari ni sebenarnya zie hanya nak berkongsi tempahan roti dan kuih talam yang zie terima daripada Puan Afni,
manager Century Logistics Holdings Bhd ...dia ni memang customer tetap la kiranya...seminggu 3kali oder untuk staff,kalau ikutkan staf hari-hari nak roti dan kuih muih maszie...alhamdulillah

ROTI SARANG LEBAH, 
ROTI CHIKEN FLOSS
 & ROTI LOYANG CHEESE + GULA

Talam Lapis (4Pcs RM2)

Seri Muka Durian (4Pcs RM2.50)

Puteri Ayu + Apam Gula Hangus (5Pcs RM2)

Terimakasih kerana sudi membuat tempahan dengan maszie'liciouse.
 (Lainkali order la lagi).
Kalau berminat boleh whatsapp @ sms zie 017 69500 72

ZIKIR PENENANG JIWA HATI GELISAH

Masaallah tabarakallah Semoga bahagia dunia akhirat dan di kabulkan atas semua do'a nya amiiin amiiin amiiin ya roballamin. 



jika aku mendengar salah seorang ummatmu melantumkan zikir hati ini tergetar sejuta rasa berkecamuk bagaimana rasanya jiwa ini jika aku bisa mendengar lisanmu melantumkan ayat suci yg baru kau terima langsung dari RABBmu ya rasulallah??? ya rabb...kumpulkan hamba ini dgn kekasihmu dgn rahmatmu,karena amalku tak mungkin bisa menggapainya...shalawat salam untukmu ya nabi

Boleh Guna ni ...





yang suka baking jangan fenin2 lagi ehh.. tak ada ni.. boleh guna ni plak.. cuba lah..

1 tsp baking powder ~> 1/4 baking soda + 1/2 tsp cream of tar tar

1 cup unsalted butter ~> 1 cup shortening or 7/8 cup vegetable oil

1 tsp cream of tar tar ~> 2 tsp vinegar or lemon juice

1 cup corn syrup ~> 1 1/4 cup white sugar + 1/3 cup water

1 cup buttermilk ~> 1 tb lemon juice or vinegar + enough milk to make 1 cup

1 whole egg ~> 1/4 cup egg substitute or 1/4 cup silken tofu


Itu aje antara tip yang saya nak share.  Kalau ada sesiapa nak share teknik masing² dialu²kan sangat²... Saya yakin lain orang lain caranya.  Sama²lah kita berkongsi ilmu ye.. :)

Inspiration 104# KAPAS






"Hidup adalah untuk dinikmati, tidak untuk sekedar dijalani"


Sources:
Victor Nunes

SYUKUR

Salam Jumaat barakah! Doa zie semoga kita semua dilimpahkan rezeki,dimudahkan segala urusan untuk menuju akhirat, disayangi penduduk bumi dan langit, diteguhkan aqidah, ditingkatkan iman dan faqih dalam agama. Amiin!

Kita mudah meminta.. Tapi susah bersyukur..

Allah tak bagi apa yang kita mahukan.. Tapi DIA bagi apa yang kita perlukan..

Hargailah selagi ada.. Cintailah selagi perlu.. Sayangilah selagi mampu.. Rinduilah selagi mahu..
 




Syukur.terutama bila kita berada dinegara org,baru kita rasa bertuahnya Negara sendiri.sehebat mana pun Negara orang,tak sama dengan Negara sendiri,jadi bersyukur dengan apa yang kita ada.saya suka dengan karikatur ni,penuh dengan makna dan pengajaran walaupun tanpa kata2



NOTE FB Khairul Azhar Ghazali

Inspiration 103# PAYUNG KERTAS



Ada sebab mengapa kita mengenali seseorang itu dalam hidup kita...sama ada kita perlu mengubah hidup dia...atau dia yang bakal mengubah hidup kita...ALLAH takkan hadirkan seseorang itu tanpa sebab...


Sources:
Victor Nunes

CHOCLATE INDULGENCE



Salam teman2 semua....kek ni lama dah ada dalam FB zie cuma tak sempat2 lagi masuk dalam blog ni. So hari ni kebetulan sedang tunggu roti naik tiga kali ganda...ada laa sikit masa tuk zie muatkan dalam ruangan blog zie ni. Kek ni memang kesukaan zie ...nie lah hasil zie ge kelas di Kolej Komuniti Klang taun lepas. Percubaan pertama...hehehe kek kali ni nampak lebih elok dan cantik kan kan kan hehehe. Akan cuba buat lain dan lagi di masa akan dtg.   




CHOCOLATE INDULGENCE
Sumber :YASZ DELIGHTS (Kolej Komuniti)

INFO PENTING YERR...MULA2 SEKALI KITA BUAT FILLING MOUSSE COKLAT PUTIH SEHARI SEBELUM KITA BUAT KEKNYA....SBB COKLAT PUTIH KENA SIMPAN DLM PETI SEJUK SEKURANG2NYA SEHARI LAH LEBIH BAIK....PLS TAKE NOTE YERR....


CHOCOLATE CHIFFON
BAHAN A
30GM SERBUK KOKO (LARUTKAN DGN 120ML AIR SUAM)
4 BIJI KUNING TELUR (TELUR DIASING PUTIH DAN KUNING)
100GM GULA KASTOR
130GM TEPUNG NAIK SENDIRI
1/2 TSP BAKING POWDER
1/2 TSP SODA BICARBONATE
60ML MENTEGA (DICAIRKAN)/MINYAK JAGUNG
1 TSP ESEN VANILA

BAHAN B
4 BIJI PUTIH TELUR
60GM GULA KASTOR
1/4 TSP CREAM OF TARTAR

CARA-CARA
1. PANASKAN OVEN PADA SUHU 180C. SATUKAN BAHAN A DAN PUKUL HINGGA KEMBANG MENGGUNAKAN HIGH SPEED.
2. DI DALAM MANGKUK LAIN PUKUL BAHAN B (PUTIH TELUR) HINGGA KENTAL GUNA HIGH SPEED.
3. SATUKAN BAHAN A KE DALAM BAHAN B SECARA KAUP BALIK. TUANG KE DALAM LOYANG 9" DAN BAKAR SELAMA 40 MINIT ATAU HINGGA MASAK.
4. ANGKAT DARI LOYANG DAN TELENGKUPKAN KEK DI ATAS REDAI BIARKAN BETUL-BETUL SEJUK BARU DI POTONG KEPADA 4 LAPISAN.

FILLING : MOUSSE COKLAT HITAM 
200GM CHOCOLATE MASAKAN HITAM
2 KUNING TELUR (DI PUKUL DAHULU)
2 PUTIH TELUR (DI PUTAR HINGGA KEMBANG)
60GM GULA KASTOR
1/2 TBSP MENTEGA
250ML ANCHOR WHIPPING CREAM (TAWAR) - DI PUKUL HINGGA PEKAT
1 1/2 TBSP GELATIN
50ML AIR
SIMPAN SEDIKIT ADUNAN UNTUK DI SAPU TIPIS KEPADA KEK)

FILLING : MOUSSE COKLAT PUTIH (yg ni kena buat sehari utk simpan semalaman)
200GM COKLAT MASAKAN PUTIH
100ML SUSU SEGAR UHT
2 KUNING TELUR (DI PUKUL DAHULU)
2 PUTIH TELUR (DI PUTAR HINGGA KEMBANG)
60GM GULA KASTOR
250ML ANCHOR WHIPPING CREAM (TAWAR) - DI PUKUL HINGGA PEKAT
2 TBSP GELATIN
50ML AIR

TOPPING COKLAT GANACHE
150ML ANCHOR WHIPPING CREAM (TAWAR)
350GM COKLAT MASAKAN HITAM
1 TBSP MENTEGA CAIR
(MASAK SECARA DOUBLE BOILER, PANASKAN WHIPPING CREAM *** HINGGA BERBUIH DI TEPI PERIUK, MASUKKAN COKLAT DAN MENTEGA, KACAU HINGGA CAIR DAN TUANG KE ATAS KEK)

*** HIASAN : UNTUK PIPING COKLAT GANACHE DI ATAS KEK, SEJUKKAN DAHULU COKLAT DI DALAM PETI SEJUK SELAMA 4 JAM. KELUARKAN DARI PETI SEJUK DAN KACAU DENGAN HAND WHISK HINGGA RATA, MASUKKAN KE DALAM PIPING BAG DENGAN NOZZLE PILIHAN DAN PIPE DI ATAS KEK ATAU DI TEPINYA. SETELAH SIAP MASUKKAN KEMBALI KEK YANG DI HIAS DENGAN COKLAT KE DALAM PETI SEJUK.

*** UNTUK MENDAPATKAN COKLAT GANACHE YANG LEBIH KERAS TAMBAHKAN SUKATAN COKLAT MASAKAN LAGI BANYAK LAGI PEKAT TEKSTURNYA DAN SESUAI UNTUK MEMBUAT BUNGA ATAU BORDER.

CARA-CARA :

MOUSSE COKLAT HITAM
1. RENDAM GELATIN DGN AIR SEHINGGA KEMBANG. CAIRKAN SECARA DOUBLE BOILER HINGGA GELATIN LARUT. KETEPIKAN
2. CAIRKAN COKLAT MASAKAN SECARA DOUBLE BOILER, MASUKKAN KUNING TELUR KE DALAM ADUNAN COKLAT CAIR DIIKUTI MENTEGA DAN GELATIN CAIR, GAUL HINGGA SEBATI. ANGKAT.
3. DI DALAM MANGKUK LAIN, PUTAR PUTIH TELUR DAN GULA HINGGA KEMBANG, KAUP BALIK KE DALAM ADUNAN COKLAT YANG MASIH PANAS KEMUDIAN MASUKKAN WHIPPING CREAM YANG DIPUTAR, GAUL HINGGA RATA.
*** SIMPAN DLM PETI SEJUK 1 JAM


MOUSSE COKLAT PUTIH
1. RENDAM GELATIN DAN AIR SEHINGGA KEMBANG. CAIRKAN SECARA DOUBLE BOILER HINGGA GELATIN LARUT. KETEPIKAN.
2. CAIRKAN COKLAT MASAKAN PUTIH SECARA DOUBLE BOILER, MASUKKAN KUNING TELUR KE DALAM ADUNAN COKLAT CAIR DIIKUTI GELATIN CAIR, GAUL HINGGA SEBATI. ANGKAT.
3. DI DALAM MANGKUK LAIN, PUTAR PUTIH TELUR DAN GULA HINGGA KEMBANG, KAUP BALIK KE DALAM ADUNAN COKLAT YANG MASIH PANAS KEMUDIAN MASUKKAN SUSU CAIR DAN WHIPPING CREAM YANG DIPUTAR. GAUL HINGGA RATA.
4. MASUKKAN MOUSSE KE DALAM PETI SEJUK SELAMA 4 JAM SEHINGGA BEKU. KEMUDIAN KELUARKAN DAN PUKUL DENGAN WHISK MENGGUNAKAN HIGH SPEED HINGGA PEKAT DAN BERTANDUK. SEELOKNYA MOUSSE COKLAT PUTIH DI BUAT SEHARI LEBIH AWAL. *** DAN DI SIMPAN DI DALAM PETI SEJUK. APABILA HENDAK DI GUNAKAN, WHISK SEMULA HINGGA KEMBANG BARU DI SAPU KE ATAS KEK.

CARA-CARA UNTUK MELAPISKAN KEK:

1. POTONG CHIFFON KEK KEPADA 4 LAPISAN.
2. LAPISAN PERTAMA : LETAK KEK KE DALAM LOYANG 9" (LOOSE BASE TIN). TUANG MOUSSE COKLAT PUTIH DI ATASNYA DAN RATAKAN.
3. LAPISAN KEDUA : LETAK KEK DI ATAS LAPISAN PERTAMA, TUANG MOUSSE COKLAT HITAM DI ATASNYA DAN RATAKAN.
4. LAPISAN KETIGA : LETAK KEK DI ATAS LAPISAN KEDUA, TUANG BAKI MOUSSE COKLAT PUTIH DAN RATAKAN.
5. UNTUK LAPISAN TERAKHIR, LETAK KEK DI ATAS LAPISAN KETIGA DAN SIMPAN DI DALAM PETI SEJUK SEMALAMAN.
6. KELUARKAN KEK DARI ACUAN, SAPU TIPIS DENGAN MOUSSE COKLAT HITAM KESELURUH KEK DAN SIMPAN SEKEJAP DI DALAM PETI SEJUK HINGGA BEKU.
7. LETAK CAKE DI ATAS WIRE RACK DAN TUANG TOPPING COKLAT GANACHE, BIAR COKLAT MENGERAS BARU DI HIAS.
8. POTONG MENGGUNAKAN PISAU YANG DIRENDAM DI DALAM AIR PANAS, LAP DAN POTONG KEK.







 
Copyright © MaSZiE | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in