Lirik Lagu Hati Mati – Ezad Lazim feat. RJ




Lirik Lagu Hati Mati – Ezad Lazim feat. RJ

Di balik waktu aku mencari
Diriku yang hilang
Di dasar hati semakin sunyi
Semakin jauh

Lemasnya diri dibelenggu
Bisakah aku menemukanmu

Mati hati mati jiwaku rasa tanpamu
Separuh nyawaku tak berdaya ku lumpuh tanpamu

Di saat ini aku sembunyi dalam ruang sepi
Hatiku jangan kau kunci
Ku mohon darimu kasih

Lemasnya diri dibelenggu
Bisakah aku menemukanmu

Mati hati mati jiwaku rasa tanpamu
Separuh nyawaku tak berdaya ku lumpuh tanpamu

Kembalikan cinta
Kembalikan kasih
Kembalikan rasa
Kembalikan semua

Kau pergi dengan angkuh tolak segalanya jauh
Langitkan menangkapku sedang ku terjatuh
Semua yang ku laku kau masih di situ
Kau terus menghantui fikiran ku buntu
Bukakan saja pintu bukakan seluruh hatimu
Jujur aku masih mencintaimu
Jangan biar rasa ini terus membelenggu
Kerna hati ini masih lagi mencintai dirimu
Faham!!!

Mati hati mati jiwaku rasa tanpamu
Separuh nyawaku tak berdaya ku lumpuh tanpamu

Mati hati mati jiwaku rasa tanpamu
Separuh nyawaku tak berdaya ku lumpuh tanpamu

Mati hati mati jiwaku rasa tanpamu
Separuh nyawaku tak berdaya ku lumpuh tanpamu

Di setiap waktu aku mencari siapa diri ini


Tempahan Put3 & Serimuka

28/3/15

Serimuka Pandan , Serimuka Durian dan Puteri ayu...antara tempahan pada hujung minggu yang lalu


#Serimuka Pandan
#Serimuka Durian
#Puteri Ayu


Terimakasih kerana sudi membuat tempahan dengan maszie'liciouse.
 (Lainkali order la lagi).

Kalau berminat boleh whatsapp @ sms zie 017 69500 72

Tempahan Talam Lapis Diplomat

28/3/15

Bismillah.
Talam Lapis Diplomat tempahan pelanggan hari sabtu yang lalu .Nie tempahan kali kedua dari Cikgu Shida dari Meru.Lepas hantar talam nie kami balik kampung Nenek meninggal.

semalam.....jumaat (27/03/2015=20 muharam 1433)
pagi..dalam kul 12:20 lebih nenek saya meninggal dunia...al-fatihah
nama nenek saya Fatimah binti Ismail....


nie aja pic yang sempat di ambil

kekawan
mari sama2 sedekahkan surah al-fatihah untuk nenek saya


AL-FATIHAH.........

Motivasi Pagi: PAHALA


"Kita tanam lada, 40 hari dapat hasil, boleh jual. Tanam terung, dua tiga bulan-bulan dapat hasil. Tapi keuntungan tidak besar kerana itu hanya projek
kecil-kecilan. Jika projek yang lebih besar seperti tanam getah, bukan 40 hari tapi memakan masa bertahun. Semakin besar projek tersebut, semakin besar untungnya. Demikianlah juga pahala yang merupakan projek paling besar. Untungnya sangat bear jadi padanlah dengan menunggunya begitu lama iaitu selepas mati baru mendapat hasil..." -TGNA-

TEMPAHAN TALAM & Hokkaido Cupcakes



Salam Jumaat, selamat bercuti buat semuanya. Semoga dapat berehat dan menenangkan fikiran bersama keluarga. Kuih Talam Lapis Keladi di atas ialah Talam  yang ditempah oleh seorang pelanggan sebelum berangkat pulang ke kampung halaman untuk bercuti.





Dan, Talam seterusnya  Talam Seri Muka sempena majlis makan-makan bersama keluarga. Semoga berpuas hati hendaknya ya. Nampak gayanya, Talam Lapis Keladi  masih lagi menjadi kegemaran pelanggan saya bersama dengan Hokkaido Cupcakes.

Souvernir from Korea

Cehhh.. oversea..!! gempak la sikit bunyinya kan.. haha alhamdulillah.. dapat lagi ole2, souvenir @ seangkatan dengannya. ;p ingat lagi tak ,baru2 nie kan cuti sekolah? seperti yang dijanjikan, kawan kelas irfan bawa pulang ole2 untuk ibu. yeahh.. taw pulak ibu suka collect benda alah nie... anyway thanks AMIR sayang :P




Doa mohon keluasan Rezeki

Assalamualaikum..
Selamat pagi Sahabat..

Aamiin..

#maszie'liciouse


Doa mohon keluasan Rezeki


Motivasi Pagi


Sekawan kambing tidak akan dapat dikawal 
oleh kambing. Ia memerlukan kepada
gembala. Manusia mustahil dapat mengawal
manusia, mereka memerlukan kuasa yang
lebih hebat, dan kuasa yang Maha Hebat
itu ialah llah SWT.

Takutlah kepada ALLAH SWT. Audit di
 dunia mungkin kita boleh melepasinya,
namun audit di Akhirat nanti, jika gagal
melepasinya hanya neraka yang menjadi
tempat balasnnya. -TGNA-

WordLess WedNesday 58 #

Assalammualaikum...
Selamat pagi rodong dan sahabat semua...
Ape salah dia ek?


TEMPAHAN COOKIES & KEK COMEL



Hujung minggu yang lalu saya mendapat tempahan kek comel  & Cookies yang telah dibungkus dalam paket-paket yang kecil untuk tujuan 'door gift' pada majlis perkahwinan di Jeram, Kuala Selangor. Pasangan pengantin ini telah menempah sebanyak 500 unit kek Comel & Cookies untuk meraikan tetamu yang datang. Terima kasih kepada pasangan pengantin Puan Marlinda dan pasangannya. Selamat Pengantin Baru ya.



Terimakasih kerana sudi membuat tempahan dengan maszie'liciouse.
 (Lainkali order la lagi).

Kalau berminat boleh whatsapp @ sms zie 017 69500 72

Motivasi Pagi




"...Hidup ini tumpang-menumpang. Di situlah lahirnya syukur kita kepada Allah. Pada sepinggan nasi yang kita makan, di situ ada nasi yang diusahakan oleh petani, ada ikan yang dicari oleh nelayan, ada ayam yang dipelihara oleh penternak. Alangkah kerdilnya kita di bumi Allah S.W.T. Maka siapalah kita untuk menolak agama Allah ?..."
-TGNA-

TEMPAHAN CUTI SEKOLAH

Assalamualaikum.....selamat sejahtera semua.....salam ceria........:)


3Seri Muka Pandan & 150 pcs Apam Gula Hangus

Lupa nak tanya nama dan dari mana... nie oder untuk hari ahad lepas...suka tayang kat sini kewujudannya .....:D

Terimakasih kerana sudi membuat tempahan dengan maszie'liciouse.
 (Lainkali order la lagi).


Kalau berminat boleh whatsapp @ sms zie 017 69500 72

Motivasi Pagi



 "Anggap saya artis". Demikian kata-kata Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengajak masyarakat terutama yang beragama Islam menganggapnya sebagai artis supaya dakwah disampai lebih mudah difahami.
Menteri Besar Kelantan itu berkata, Islam itu sendiri adalah seni dan penyusunan perkataan di dalam al-Quran itu juga berseni sehingga dapat menarik perhatian tokoh-tokoh ternama.
“Artis sebenarnya perkara baik, iaitu orang yang menggunakan seni. Alangkah seronoknya jika saya juga dianggap sebagai artis. Saya seorang pendakwah, saya juga menggunakan seni iaitu seni pemikiran untuk memperkembangkan ajaran Islam.
“Mengajak orang untuk mendekati Islam terutamanya kepada umat Islam itu sendiri yang mungkin terlupa dengan ajaran agamanya,”

by Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Tempahan Hokkaido

Tempahan  dari Jln Kapar Bt.3. Maszie'liciouse telah menyiapkan 50 pcs
Hokkaido cupcake




Terimakasih kerana sudi membuat tempahan dengan maszie'liciouse.
 (Lainkali order la lagi).
Kalau berminat boleh whatsapp @ sms zie 017 69500 72


Tempahan Roti, KUIH TALAM & Kuih-Muih

Assalmammualaikum & salam sejahtera.....

Minggu ini schedule aku memang penuh dengan tempahan dan kelas. Terimakasih yang tak terhingga kepada mereka yang telah membuat tempahan antaraya Ms. shiely, Kak Raja Sime Darby, Anita Setia Alam, Yatie BBR,Liza BBR,INA Kapar Indah,Fauziah Klang,Nora Aman Perdana dan Kak Sarina. Terimakasih diatas kesudian anda semua yang sudi memberi peluang kepada Maszie'liciouse.

Lenkali order lagi ekkkk !!!!!!! 














 Antara gambar yang sempat aku amik........



Terimakasih kerana sudi membuat tempahan dengan maszie'liciouse.
 (Lainkali order la lagi).


Kalau berminat boleh whatsapp @ sms zie 017 69500 72

Pulut Love





Maszie'liciouse  menyediakan pelbagai produk kuih-muih mengikut citarasa pelanggan. Sesuai untuk pelbagai majlis dan keraian.Maszie'liciouse juga menawarkan harga yang berpatutan kepada para pelanggan. 


Kalau berminat boleh whatsapp @ sms zie 017 69500 72

Gambar produk akan dikemaskini dari masa ke semasa.  

TAZKIRAH HARI INI...

Ada orang bangga dengan suaminya...akhirnya suaminya itu CURANG padanya.
Ada orang bangga dengan anaknya...
akhirnya Allah ambil nyawa anaknya.
Ada orang bangga dengan hartanya...akhirnya DISAMUN, DIRAGUT, DIROMPAK.
Ada orang bangga dengan jawatannya... akhirnya dia diberhentikan kerja. Jadi penganggur.
Ada orang bangga dengan kecantikkannya...akhirnya kena STROK. Habis herot. Hilang kecantikannya.
Ada orang bangga dengan ketampanannya...akhirnya dia mengalami kemalangan. Pecah mukanya. Putus kakinya. CACAT semua.
Ada orang bangga dengan pimpinannya...akhirnya dia angkuh dan gila kuasa. Tak sedar BERPECAH-BELAH.
Ada orang bangga dengan ilmunya...
akhirnya dia menjadi JAHIL kerana tidak mengamalkan ilmunya itu.
Siapa kita untuk berbangga dengan apa yang kita ada di atas dunia?
Semua itu Allah bagi pinjam sementara.
Tak perlu nak bangga dengan apa yang kita ada.
Sedangkan pengakhirannya kita tak tahu akan jadi apa...
Manusia hari ini suka sangka-sangka...
Ada sangka baik...
Ada sangka buruk...
# Orang beribadah disangka riak.
# Orang rileks disangka malas.
# Orang berpakaian baru disangka menunjuk.
# Orang berpakaian buruk disangka hina.
# Orang makan banyak disangka pelahap.
# Orang makan sedikit disangka diet.
# Orang yang senyum disangka mengejek.
# Orang yang masam disangka merajuk.
# Orang berbincang disangka mengumpat.
# Orang yang diam disangka menyendiri.
# Orang yang menawan disangka menggoda.
# Orang yang ceria disangka mengada.
# Orang yang bertanya disangka menyibuk.
Hakikatnya...
Mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah...
Mana tahu yang masam itu kerana mengenang dosa...
Mana tahu yang berbincang itu memberi pendapat...
Mana tahu yang diam itu kerana beribadah...
Mana tahu yang menawan itu bersih wataknya...
Mana tahu yang ceria itu cerdas mindanya...
Mana tahu yang bertanya itu prihatin orangnya...
Justeru…
Sesuatu perkara yang kita lihat...
Jangan suka sangka-sangka.
Sikap sangka-sangka akan memusnahkan jiwa.
Kerap sangka-sangka mengundang celaka.
Jangan terlalu bersangka-sangka.
Jauhi sikap bersangka-sangka.
"يأيها الذين ءامنوا اجتنبوا كثيرا من الظن إن بعض الظن إثم.."
"Wahai orang2 yang beriman jauhilah kamu semua kebanyakan dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa.."(AlHujurat:12)
Mari kita belajar ABC...Z
A llah
B eri kita hidup
C uma seketika
D i dunia ini...
E lok kita muhasabah
F ikir akan akhir hayat
G erbang akhirat pun
H ampir tiba
I nilah hakikat hidup
J anji Allah itu pasti
K alimah syahadah
L ailaha Illallah
Muhammadur Rasulullah
N ak di ucap tak pasti
O rang muda atau tua
P asti merasai mati
Q ualiti Iman jaminan syurga
R asulullah s.a.w sabda :
S iapa ucap jaminannya syurga
T api..jika gagal...
U ntuk mereka adalah neraka
V isi kita adalah akhirat
W alaupun dunia dpn kita
Y ang pasti semua akan tinggal...
Z alimnya kita jika tak ada Iman dn Amal...

Inspiration 114#


Hidup ini SUKAR dijangka,apa yang DIRANCANG,
belum tentu menjadi NYATA,Apa yang tidak DI JANGKA,
berlaku dengan TIBA-TIBA Usah sedih dan kecewa,kerana
setiap apa yang dirancang,itulah yang , TERBAIK buat kita walaupun itu
BUKAN yang kita suka...

KUIH LAPIS IN THE HOUSE!!!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!

Apa khabar? Saya doakan semua pembaca yang saya kasihi sentiasa dilimpahi rahmat dan ceria-ceria sentiasa.Bertemu sekali lagi kita setelah berbulan menyepikan diri dari memasukan resepi2 yang memang zie suka buat hasilnya ...uolls nak tahu kena cuba sendiri...dan cuti sekolah telah berakhir.Kelangsungan kerja seharian tetap berjalan seperti biasa dan diharapkan lancar semuanya.Pada peminat kuih lapis, boleh cuba resepi ni. Ramai kawan2 dah mencubanya. Terima kasih pada penyumbang resepi asal.



Resepinya
2 cawan tepung beras
3/ 4cwn tepung gandum
2sdb tepung ubi
3/ 4cwn gula
Sedikit garam
41/ 2cwn santan dari sebiji kelapa ( sy blender kelapa tu)
Satukan semua bahan kacau sebati dan tapis..
3jenis pewarna kesukaan
Cara
Panaskan kukusan hingga air mndidih. .sapu marjerin/minyak pada loyang atau lapik dengan plastik.. (loyang saiz 8')
Asingkan adunan yang ditapis tadi jadikan 3bahagian yang sama banyak..
Letakkan warna yg berbeza. ..
Masukkan 2senduk adunan ke dlm loyang dan kukus 7mnt.. kemudian masukkan lapisan kedua.. kukus 7 minit juga... ulang hingga abis ..lapisan terakhir kukus 15mnt. ..
Biar betul2 sejuk baru potong...
Sebaiknya buat mlm. .. esok paginya da bleh potong... atau buat tengah hari... petang da leh potong... 

Motivasi Pagi



"Hati diibaratkan sepohon pokok.
Dari batang pokok,
membawa kepada dahan, daun, ranting dan akhir sekali buahnya.
Buah pula adalah
gambaran gerak geri luaran.
Ibaratnya, pokok iman berada
di dalam dan buahnya
berada di luar.
Tutur kata dan tingkah laku kita
adalah buah daripada pohon
yang berada di dalam hati.
Andai pohon itu subur,
maka ia akan menghasilkan
buah yang molek.
Maksudnya, dari hati yang baik itu akan melahirkan tutur kata yang baik dan seterusnya menandakan hati budi kita juga baik."

by Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ayatul Mahabbah (Doa Supaya Dikasihi)


✔ Doa supaya dikasihi dan disayangi oleh suami/isteri, anak-anak, kaum kerabat, jiran-jiran, rakan-rakan, orang bawahan dan seumpamanya.
Dengan lafaz بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

قُلْ إِن كُنتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
Katakanlah ya Muhammad! "Jika kamu mengasihi ALLAH maka hendaklah kamu mengikuti aku, nescaya ALLAH mengasihi kamu dan mengampuni dosa kamu. Dan ALLAH Maha Pengampun lagi Penyayang."- surah Ali 'Imran Ayat 31

✔ Diamalkan lepas solat fardhu.

" KITA PASTI MATI "

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh....

Jika kita Renungkan..
Betapa Sakitnya saat sakaratul maut.
Betapa Gelapnya Di dalam kubur..
Betapa sempitnya di liang lahat..
Betapa Ngerinya di tanya oleh Malaikat..
Betapa Pedihnya adzab kubur..
Betapa Panasnya api Neraka..
Betapa Malangnya Nasib kita saat
itu Jika kita banyak dosa..
Astaghfirullah...!!
Meski Saat ini kita Masih muda, Masih Tegar,
Masih Kuat, Tapi Maut tidak mengenal itu semuanya.
Maut bisa datang kapan saja..
Meski kita tidak ingin MATI..!!!
Tapi pasti kita akan merasakannya..
Entah berapa hari lagi, Entah berapa
Bulan Lagi, Entah berapa Tahun lagi..
Pasti, Maut akan menjemput kita..

SETELAH BERADA DI ALAM KUBUR Barulah kita akan sadar, apa arti kehidupan di dunia ini..
WALLAHUA'LAM...

Ya Allah, ampunilah Dosaku dan Setiap Dosa orang yang Mengucapkan "Aamiin" dengan segala kasih sayang-Mu dan jadikanlah akhir hayatku sebagai Husnul Khatimah.
ﺍَﻣِﻴﻦ ﻳَﺎ ﺭَﺏَّ ﺍﻟْﻌَﺎﻟَﻤِﻴْﻦ

SELAMAT BERAMAL DAN SENTIASA MENGINGATI MAUT SEMOGA DENGAN MENGINGATINYA MEMBUATKAN KITA LEBIH DEKAT KEPADA ALLAH WASSALAM

p/s:Perkongsian yang saling mengingati antara satu sama lain

Ajari Aku – Anuar Zain


Ajari aku tuk bisa
Menjadi yang engkau cinta
Agar ku bisa memiliki rasa
Yang luar biasa untukku dan untukmu
Ku harap engkau mengerti
Akan semua yang ku pinta
Karna kau cahaya hidupku malamku
Tuk terangi jalan ku yang berliku
Hanya engkau yang bisa
Hanya engkau yang tahu
Hanya engkau yang mengerti
Semua inginku
Mungkinkah semua akan terjadi pada diriku
Hanya engkau yang bisa mencintaiku
Hanya engkau yang bisa
Hanya engkau yang tahu
Hanya engkau yang mengerti
Semua inginku
Hanya engkau yang tahu
Hanya engkau yang mengerti
Semua inginku
Ajari aku tuk bisa mencintaimu

Bengkel Frozen Kuih Tradisional

Bidang pembuatan makanan sejukbeku mampu membantu menjana pendapatan bagi meningkat taraf hidup. Pusat Pertanian Meru menawarkan Bengkel ini dengan hasrat bagi menambah ilmu dan kemahiran bagi membantu ekonomi dan taraf hidup bakal usahawan yang berminat di dalam bidang ini.

Objektif kursus ini adalah untuk melahirkan insan-insan yang bakal menjadi usahawan di dalam bidang pembuatan makanan sejukbeku dengan menggunakan kemahiran ini sebagai kerjaya tetap.

Beratus yang memohon, Alhamdulillah zie terpilih dalam dua puluh orang perserta.Tenaga pengajar datang dari Johor.Memang usahawan berjaya dalam makanan sejukbeku. D'Kochet pasti anda semua kenali produknya.Untuk mendapat produk D'Kochet salah satu pembekal produk halal "Az-Zain "
















untuk mendapat prduk D'Kochet ada di seluruh cawangan Az-Zain

‪#‎Buat‬ Tanpa Tapi, Lakukan Tanpa Nanti

To change our life is not to change our wish but to change our intention. As we have an intention we will create the situation to our intention with the help of Allah


Inspiration 113#mata





setiap kesedihan pasti ade kegembiraan
setiap kehilangan pasti ade hikmahnya

dan setiap yang berlaku adalah ketentuan Ilahi

JANGAN MENUNGGU 9 PERKARA....


1. Jangan menunggu bahagia baru tersenyum, tapi tersenyumlah, maka kamu akan bahagia.
2. Jangan menunggu kaya baru bersedekah, tapi bersedekahlah, maka kamu akan semakin kaya.
3. Jangan menunggu orang peduli kamu baru kamu nak peduli, tapi pedulilah dengan orang lain juga! Maka kamu akan dipedulikan.
4. Jangan menunggu orang memahami kamu baru kamu memahami dia, tapi fahamilah orang itu, maka orang itu faham dengan kamu.
5. Jangan menunggu rezeki baru bekerja, tapi bekerjalah, maka rezeki akan menunggumu.
6. Jangan menunggu dicintai baru mencintai, tapi belajarlah mencintai, maka kamu akan dicintai.
7. Jangan menunggu banyak wang baru hidup tenang, tapi hiduplah dengan tenang. Percayalah bukan sekadar wang yang datang tapi juga rezeki yang lainnya.
8. Jangan menunggu berjaya baru bersyukur, tapi bersyukurlah, maka bertambah kejayaanmu.
9. Jangan menunggu bersemangat baru melakukan, tapi lakukanlah! Maka kamu pasti akan lebih bersemangat !

Motivasi Pagi



"...kita kembali kepada
Allah, bukanlah ditanya
samada kita berjaya atau
tidak memenangkan
agamaNya semasa kita
hidup...tetapi kita akan
ditanya sejauh mana
usaha kita dengan kudrat
dan nikmat yang Dia beri,
kerana ada Rasul
diakhirat kelak bangkit
tanpa ada seorangpun
pengikut...."

Oleh: Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

Inspiration 112#





Adakalanya air mata itu lebih istimewa daripada senyuman kerana senyuman boleh kita berikan kepada sesiapa saja, tetapi air mata biasanya kita titiskan hanya untuk orang yang kita sayang dalam hidup kita..

Motivasi Pagi


Kita pergi kedai, minum air dan makan nasi, tiba-tiba enggan untuk bayar,
nescaya kita akan dimarahi kerana makan percuma. Itu baru air dan nasi.
Apakata pula jika kita sebagai sebagai manusia duduk di dunia,

bernyawa dengan udara Tuhan,

melihat dengan mata yang Allah SWT bagi,


mendengar dengan telinga


serta bercakap dengan mulut yang diberikan Allah,


tiba-tiba kita mahu semuanya dengan percuma tanpa buat kerja untuk Allah SWT?"


free-free sahaja dapat tanpa bekerja?malulah dgn Allah..

.~ Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat ~

Sesucinya Cinta Mu - Anuar Zain


Korus: 
Dapatku membayangkan 
Dari senyum bibirmu itu 
Terlindung dari nyata 
Aku tahu semua 

Terucap kata-kata 
Bisikan seluhur hatimu 
Ku percaya jua 
Sesucinya cintamu 

Ku kagumi sinar 
Matamu yang ayu 
Bundarnya....cantiknya 

Wajahmu sayang penyejuk rasa 
Selembut hatimu menjadi ku bertambah sayang 

Ulang Korus: 

Senangnya hati ni 
Sejak bersamamu 
Bertemu dan bermesra 

Sering menghibur duka 
Biar masa berlalu 
Kasih sayang dipahatkan 
Ku percaya suci cintamu

Cara Tempahan

Pembayaran : 50% semasa tempahan dibuat.
Pembayaran dibuat sepenuhnya sebelum penghantaran
Tempahan seminggu awal
Delivery :
Tempahan 2 loyang untuk kawasan tertentu dgn caj transport
atau ambil sendiri

Maszie'liciouse Homemade

Bandar Baru Bukit Raja
Kelang Selangor.
Kepada yg berminat untuk membuat tempahan atau sebarang
pertanyaan, sila hubungi Zie di talian 
017-6950072
(Call/SMS/WhatApps) 
maszie71@gmail.com


Tempahan Apam Gula Hangus



APAM GULA HANGUS MZ

Apam Gula Hangus,zie sukakan rasa karamel gula hangus yang pahit manis dan aroma karamel yang wangi...


APAM GULA HANGUS MZ


Pernah makan atau suka makan apam gula hangus , rasanya seakan sama walaupun kaedah penyediaan tidak sama ,  kek di bakar apam di kukus , yang pasti apam yang di kukus lebih lembut seperti sponge :D

Kalau berminat boleh whatsapp @ sms zie 017 69500 72

Inspiration 111#


Hidup ini bukan untuk mengingati kenangan lalu, tetapi kenangan lalu di jadikan ilmu agar kita semakin menjadi lebih terbaik kepada masa yang mendatang!!, hari ini merupakan peluang!! peluang untuk taubat dan berharap kepada keampunan Allah..
 
Copyright © MaSZiE | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in