❤ Bubur Biji Nangka
Petang semalam lepas kemas rumah tekak terasa nak makan bubur dah lama tak buat.En.cayang minat bebenor ngan bubur nie ...semenjak dua menjak nak kurangkan lelemak yg dok bertapa dalam badan nie yg tak buat bubur...Belajar buat dari Bonda...sedap anak2 suka simpan dalam esbok lagi nyaman tekak yg perit akibat jerubu nie...lemak dan manis, tambah sagu biji dan buah dorian bagi lagi ...ummmphhh!
dah tinggal sikit baru ingat nak bergambar
Bahan-bahan
- Bahan A
- 200g tepung pulut
- 140ml air suam
- pewarna
- Bahan B
- 2 mangkuk santan
- 6 sudu gula
- secubit garam
- 5 helai daun pandan
- bahan C
- 1 liter air
-
Cara-cara
- Campurkan kesemua bahan A dan diuli sehingga sebati.Kemudian dibahagikan kepada beberapa bahagian dan diwarnakan dengan pelbagai warna yang disukai.
- Air didihkan di dalam periuk.Doh yang siap diuli akan digentel@bulatkan kecil seperti biji nangka dan dimasukkan ke dalam air mendidih..biji yang terapung diangkat dan dimasukkan ke dalam bekas berisi air sejuk.
- Bahan B dicampurkan ke dalam periuk dan didihkan.Akhirnya masukkan biji Nangka yang siap dimasak tadi...Bubur siap untuk dihidangkan...
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum.
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.