Pages

Friday, 14 June 2013

MY RECIPES 7 : Homemade Pizza Maszie yang yummy....


Assalamualaikum dan salam ceria....

 Menyediakan doh pizza resepi omputih.yeah...bersorak anak2 dengar bila jengok dapor ibu sedia makan kegemarannya.Sungguh berselera anak2 makan.Zie makan 2 slices je. Memang takleh layan sangat selera membuak2 ni. Nanti bertambah2lah lah pulak lemak dan kolestrol...hehe.

Malangnya, zie tak sempat nak rakam gambar step by step. Tak cukup masa nak buat semua tu. Lain kali je lah ye. 

Homemade Pizza Dough

Bahan bahan:
  • 200 mls air
  • 1 sudu olive oil
  • 1 sudu garam
  • 375g/2 1/2 cawan tepung pizza/tepung roti/tepung gandum
  • 1 3/4 sudu yis mauripan 
  • 1/2 sudu besar bread softener (pelembut doh)
(doh diatas dapat 2 keping pizza yg besar)
akak buat 3 adunan so kali 3 lah bahan-bahan nie

 Cara cara:
Campurkan gula ke dalam air suam dan masukkan yis. Kacau rata dan biarkan selama 5 minit tanpa dikacau lagi.

Ayak tepung ke dalam mangkuk. Masukkan garam. Buatkan satu lubang di tengah tengah tepung. Tuangkan olive oil ke dalamnya, diikuti dengan air yis tadi.

Dengan menggunakan kedua dua tangan, uli, gulung doh sehingga tidak melekat di tangan. 

Taburkan tepung gandum atas papan pencanai. Uli doh sehingga rata dengan meletakkan tangan di kedua dua tepi doh, dilipat ke tengah dan ditolak ke depan dengan kedua dua tangan.

Sapukan olive oil di mangkuk dan letakkan doh yang siap diuli di dalamnya. Sapu lagi olive oil di serata permukaan   atas doh.
 Sapukan dulang pizza dengan butter. Leperkan doh pizza dan dicucuk cucuk sedikit dengan garfu bagi mengeluarkan udara. Bolehlah disapu dengan sos pizza dan letaklah apa apa topping pizza yang disukai.
 
 
bahan2 utk pizza
Akhir sekali tutup dengan plastic wrap dan biarkan doh selama 30 minit. Keluarkan doh yang dah naik berkali ganda, tumbuk dan bahagi kepada 2 bahagian
Sapukan dulang pizza dengan butter. Leperkan doh pizza dan dicucuk cucuk sedikit dengan garfu bagi mengeluarkan udara. Bolehlah disapu dengan sos pizza dan letaklah apa apa topping pizza yang disukai.


Bakar at 220°C until masak.


And ini gambar our pizza tadi. I made 2 versions, BBQ sausage pizza and seafood pizza  
 

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.