Pages

Wednesday, 19 June 2013

MY RECIPES 9: Roti Puri & Tutorial


Roti Puri
Sumber resepi: Bonda tercinta


Bahan-bahanye
 

1 kilo tepung gandum
1 kilo tepung attar
1 senduk marjerin
1 biji telur
1 sudu  garam

5 sudu  gula
5 cawan air
5 gm yis kering / muripan


Cara-caranya

1. Di dalam bekas adunan, campurkan tepung gandum, garam, gula dan baking powder, kacau sebati menggunakan sudu, kemudian masukkan marjerin dan gaul sehingga tepung dan marjerin mesra.

2. Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh, setelah menjadi doh tambahkan 1 sudu besar minyak masak, uli lagi sehingga doh menjadi lembut dan permukaan agak licin, tapi tak perlu elastik sangat. Masa menguli lebih kurang 7 ke 8 minit.

3. Perap adunan selama 30 minit, kemudian bahagi doh pada 12 ke 14 bebola kecil dan terap nipis menggunakan penggelek doh, panaskan minyak dan goreng roti puri satu persatu, pastikan gunakan api yang tidak terlalu perlahan dan tidak terlalu kuat, kiranya api sederhana lah.
4. Pastikan roti puri tenggelam di dalam minyak panas dan tunggu sehingga roti puri kembung baru diterbalikkan ke bahagian satu lagi, goreng sehingga ke dua-dua bahagian perang.
5. Angkat dan toskan minyak yang berlebihan, gunakan tisu dapur yang untuk serap minyak tu, toskan satu-satu supaya roti puri tidak terlalu berminyak, sedia untuk dihidangkan panas-panas bersama kuah kari ayam atau pun sambal bilis kegemaran anda. Selamat Mencuba.


Di dalam bekas adunan, campurkan tepung gandum, tepung attar dan marjerin.Gaulkan bahan tersebut dengan penuh kasih sayang bak kata dah masterchef....

air, garam, gula ,yis dan telur, kacau sebati menggunakan sudu, kemudian jirus kedalam bahan tepung sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh, menjadi lembut dan permukaan agak licin, tapi tak perlu elastik sangat. Masa menguli lebih kurang 7 ke 8 minit.

bahagikan doh kepada 4 buku,simpan doh dalam plastik (zie guna plastik untuk simpan makanan) doh bertahan selama seminggu simpan dalam peti ais...






bangun pagi dah boleh gelek .. pastu bolehler buat bulat yang kecil
canai doh nipis cam karipap
siap utk digoreng .....goreng sebijik sebijik ok ... 

 TIPS untuk mengoreng : gunakan api yg kecil / sederhana .. orang cakap kena pandai main api .. hehe .. kalau guna api yg besar boleh menyebabkan roti ni tak mengelembong / naik kembong 

 
enak makan bergitu sahaja

masa mengoreng hendaklah disimbah2 kn minyak ke atas roti ni ... bila dah mengelembOOOnng baru lah diterbalikkan ... SELAMAT MENCUBA  

Nota: Kalau nak buat sikit sila kurangkan bahan-bahan di atasnya dan sedap dimakan bersama keluarga tersayang. 


4 comments:

  1. kpd rodong ku yg bernama Shiela tanya resepi 10 kali dah ...dah buat ke..???

    ReplyDelete
  2. ha ha ha....akan ku buat. aku buat kau datang makan boleh....!!!!!

    ReplyDelete
  3. ASSALAM..mesti resepi ni lembut sampai ke petang sbb ada yis kan...insyaALLAH...sy akn cuba sbb anak sy suka sgt.. Jazakallah share ilmu

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.