Pages

Thursday, 25 July 2013

MY RECIPES 25: Ayam Telur Asin


 
Dah tak tahu nak masak apa ,mai cuba ayam telur asin .Bulan puasa buat setakat 8 ketul sahaja banyak2 tak habis nanti.Ada ayam ni goreng telur dadar anak2 makan bertambah ...ibu pun tersenyum suke lah tu :-)

marilah cuba memang senang,kalau tak makan ayam buat sotong @ ketam pon sedap,sehingga menjilat kuali....hehee

 Bahan-bahannya:-
4 biji telur asin ~ direbus,belah 2, korek isinya dan di lenyek
8 ketul ayam
4 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh kunyit serbuk
 sedikit garam
 Minyak untuk mengoreng terendam

3 ulas bawang putih ~ ditumbuk halus
8 biji cili padi ~ ditumbuk halus
 4 biji cili padi ~ diketuk
 4 helai daun kari ~ raut daunnya sahaja kemudian mayang halus

2 sudu besar mentega
2 sudu besar susu cair
Garam secukup rasa

Cara-caranya:-
 Ayam dibersihkan dan
 Satukan tepung jagung, serbuk kunyit dan garam, gaul rata Satukan ayam dengan bancuhan tepung jagung dan goreng secara terendam dalam minyak sehingga ayam kuning keemasan
Angkat dan toskan

Dalam kuali berasingan panaskan mentega
Tumiskan, cili padi yang diketuk dan daun kari hingga harum
Kemudian masukkan telur asin yang di lenyek tadi bersama susu cair
Gaul dan masak hingga rata
Perasakan dengan garam ~ berhati-hati kerana telur dah masin
Masukkan ayam dan gaul rata hingga ia menyalut keseluruhan ayam
Angkat dan sedia dihidangkan segera.


1 comment:

  1. Assalamualaikum, trimakasih udah sharing ayam telur asin nya , jadi tau kalo telur ayam juga bisa dibuat telur asin

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.