Pages

Tuesday, 23 July 2013

MY RECIPES 23: Cucur Jagung

Cucur Jagung



  



Bahan2
3biji jagung di hiris2
1 1/2 cawan tepong gandum
11/2 biji bawang besar ~ dipotong dadu
sedikit isi udang (aku isi udang kering)
½ cekak daun kuchai ~ dibersihkan & hiris 2 cm (aku xletak xada)
2 helai daun kunyit  dihiris
1biji cili merah didadu
sedikit serbuk kunyit
 garam secukup rasa
1 biji telur
11/2 cawan airsuam2 kuku

Minyak untuk menggoreng

Cara2 Menyediakan
  1. Campurkan kesemua bahan2 dalam satu bekas yang besar   kecuali   air & telur.
  2. Gaulkan kesemua bahan2 tadi biar rata. Masukkan telur & air sikit demi sikit sambil dikacau rata. Habiskan kesemua air & kacau rata.
  3. Panaskan minyak yang banyak secukupnya dengan api yang sederhana.
  4. Sudu2kan cucur kedalam minyak panas. Bila cucur timbul.. cerai-ceraikan cucur supaya tidak melekat antara satu sama lain. Terbalikkan cucur & goreng sehingga garing ke dua2 belah.
  5. Bila dah garing, angkat & toskan.
  6. Hidang jagung dengan sos cili kegemaran semasa panas2 atau suam2 untuk nikmati kerangupannya.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.