❤ Cencaru Belah Belakang
Nak resepi berbuka puase yang simple patut uolls cuba..
Bahan A
4 ekor ikan cencaru
Minyak untuk menggoreng
Bahan B (Untuk Sambal)
-Dikisar
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 biji cili merah + 6 tangkai cili kering
sedikit belacan
Garam dan gula secukup rasa
air assam jawa
daun kunyit di mayang
Cara Membuat
- Ikan dibelah pada bahagian belakang dan dicuci bersih.Ditabur bedak (garam & kunyit)
- kesemua bahan di atas digoreng dengan sedikit minyak seperti masak sambal
- Masukkan bahan sambal di belakang ikan cencaru.
- Panaskan minyak dan gorengkan ikan sehingga garing.
- Terbalikkan ikan supaya garing pada kedua-dua bahagian.
- Balance sambal boleh dicurah atas ikan
- Apabila sudah masak, hidangkan dalam pinggan
- Hiaskan dengan salad dan limau kesturi.Limau kesturi boleh diperah semasa makan bagi menambahkan perisa sambal dalam ikan.
- ok dah siap
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum.
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.