Pages

Wednesday, 17 July 2013

Biskut Bunga Cina

Resepi 18 ❤  BiskuT BungA CinA

Biskut raya yg kedua - terimakasih banyak2 to Azlita Aziz kerana berkongsi resipe -truly mmg sedap menarik dan menepat selera kita orang semua - baru buat dah setengah balang habis :) 


BISKUT BUNGA CINA
By :Azlita Aziz


250 gm mentega
120 gm gula icing
1 sudu teh esen vanila atau esen rose
1 biji telur 
Bahan Di ayak
230 gm tepung Red Rose
200 gm tepung jagung
50 gm tepung ubi
Ceri merah ~ dipotong kecil sebagai hiasan
sedikit pewarna pink ~ jika suka
sedikit putih telur
Pukulkan mentega dan gula icing dengan speed sederhana hingga sebati
Masukkan telur dan esen vanilla dan terus pukul
Kemudian perlahan kan speed dan masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi doh yang lembut dan tak melekat di jari
Ambil sedikit doh dan warnakan dengan warna pink ~ jika suka
Sediakan loyang pembakar. dan leserkan dengan sedikit mentega
Panaskan oven pada suhu 140 C 
Dengan menggunakan acuan Dahlia atau acuan bunga Cina, masukkan sedikit campuran doh pink dan putih
Tekan adunan di atas dulang pembakar
Buat sehingga habis adunan
Oleskan sedikit putih telur di tengah bunga Cina ~ ini supaya ceri tidak tertanggal
Letakkan ceri merah di atasnya


Bakar didalam oven dengan suhu 140C selama 20 minit atau sehingga biskut dimasak sempurna

                                             

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.