salam uolls,
Petang2 kite ceta sampah...yelah tempat akak lori sampah datang tak menentu time ...tempat uolls bagaimana...??
Baunya busuk dan rupanya busuk, tetapi sampah tidak semestinya membawa masalah. Ada juga sampah yang berguna. Hayati cerita tentang sampah yang menarik ini, . Ingat, tahan nafas kamu semasa membaca.
1. Yang pertama, pasangkan plastik pada tong sampah. Plastik perlu menutup keseluruhan bibir tong sampah supaya tiada sampah yang terlepas jatuh megenai tong sampah itu sendiri. Jika tong sampah kotor, bertambah pula kerja kita. Kena bersihkan tong sampah seperti yang telah diterangkan terdahulu. Plastic juga perlu dipastikan tiada koyak/bocor. Tujuannya sama seperti di atas.
2. Agak2tong sampah sudah penuh, terus bungkus dan buang. Jgn tunggu sampai sampah melimpah keluar, mengotori lantai dan kawasan berdekatan pula. Sekiranya belum penuh tapi mengandungi bhn2 basah, maksimum boleh disimpan adalah 1 hari. Jika melebihi 1 hari, anda akan melihat ulat2 sampah muncul bergolek2 di dalam tong sampah. Eiiiii geli!!
3. Pastikan setelah sampah dibuang, anda meletak plastik baru di dalam tong sampah tanda bersedia menampung sampah2 yang baru. Sekiranya lambat atau cuai mengganti plastik, dibimbangi ada manusia kurang bertanggungjawab akan sesuka hati membuang sampah ke dalam tong sampah yang belum dilengkapi plastik.
4. Sekali sekala, apabila nampak tong sampah sudah terlalu kotor, basuhlah ia. Ini bertujuan agar makhluk perosak tidak berkumpul di dalam tong sampah. Dan ia juga tidak kelihatan menjijikkan di mata kita dan orang lain.
Tong sampah bersih,seluruh isi rumah pun sihat.
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum.
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.