Pages

Saturday, 3 August 2013

PENGORBANAN ISTERI



PENGORBANAN ISTERI YANG TIDAK DISEDARI OLEH SUAMI

Wanita adalah kurniaan terindah yang ada
dan penting di dunia, tapi banyak
perjuangan dan pengorbanan wanita
tidak di ketahui lelaki.

1. Ketika suami menikah lagi dan
perempuan berusaha menerima (kerana
alasan ekonomi atau agama atau alasan
apapun), dia akan duduk sendirian di setiap
malam dalam gelap kamar saat
suaminya tengah mendakap mesra
seorang perempuan lain di ranjang lain.
Ia akan (mungkin) menangis kerana
terluka, tapi demi anak-anak ia akan
berusaha menerimanya dengan sabar.

2. Sebagai isteri ia siap mengorbankan
impian-impiannya demi mengurus suami
(yang kadang bersifat keanak-anakan
dan minta diurus) dan anak-anak yang
aktif.

3. Ketika suami mencela masakannya, dia
akan bersusah payah belajar masak dari
siapapun untuk menghidangkan
makanan dengan rasa terbaik pada
suami dan anak-anaknya.

4. Ia bekerja 24 jam sehari, 7 hari
seminggu. Waktu kerjanya tak berbatas. Dia
bangun ketika siapapun di rumah belum
bangun, mulai bekerja, memasak,
membersihkan rumah, mencuci pakaian,
lalu mengurus suami sebelum pergi kerja,
mengurus anak-anak berangkat sekolah,
ketika pakaian kering di jemuran dia akan
mengangkatnya dan menggosok dengan
rapi.

5. Kemudian setelah begitu letih
mengurus rumah tangga, malam giliran
memenuhi ini itu suaminya.

Mulianya seorang isteri adalah tukang masak, tukang cuci, cleaning service, babu dan wanita penghibur digabung jadi satu.

6. Ketika suaminya menginginkan punya
anak 4,5,6 atau 9 orang, ia sebagai isteri
harus bersedia mengandung
dan bertarung nyawa melahirkannya.

Suami kadang tidak terlalu faham
penderitaan sebegini kerana
mereka tidak mengalaminya

7. Meski pun lelaki tak faham, tapi
Allah Maha Mengerti, kerana itulah DIA
memberi reward pada pengorbanan
perempuan. Bagi yang meninggal kerana
melahirkan anak, Tuhan langsung
memberinya syurga. Bagi isteri yang setia
bekerja mengurus rumah tangganya,
dengan sabar dan ikhlas, maka
silakanlah masuk ke syurga dari pintu mana saja ia sukai.





No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.