Pages

Friday, 27 September 2013

RAHSIA DISEBALIK SHOLAT SUBUH 2 RAKAAT


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum^^

 
Berdasarkan SIFAT 20

Allah Berfirman Yang Bermaksud:
"Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diri-Nya (menyeksa kamu)"
~ Dari Surah Ali-Imran Ayat 30

PENGERTIANNYA:
Alam dunia berada di dalam Alam Malakut (alam malaikat).
Alam Malakut menguasai alam Dunia dan Alam Jasad.
Tenaga malaikat-malaikat menjadi tenaga kepada dunia dan jasad yang menyebabkan dunia dan jasad boleh bergerak.
Sistem yang berjalan rapi di dunia dan jasad adalah disebabkan oleh tenaga malaikat yang bekerja dengan tepat mengawalnya.
Sedutan udara, kerlipan mata, peredaran darah, pertumbuhan rambut dan kuku, pergerakan otot dan semuanya adalah hasil daripada tindakan malaikat walaupun manusia tidak menyedarinya.
Perjalanan matahari, penurunan hujan, tiupan angin dan semua aktiviti benda-benda dunia terhasil daripada tindakan malaikat-malaikat.
PERUMPAMAANNYA
Perkaitan antara jasad, dunia dan malakut adalah umpama sebatang pokok kelapa di atas sebuah pulau di dalam laut.
Pokok kelapa tidak terpisah dari pulau dan tidak terpisah dari laut. Air laut meresap ke dalam tanah pulau dan air yang sama juga meresap ke dalam akar, batang, daun dan seluruh pokok kelapa. Pokok kelapa memperolehi tenaga pertumbuhan dari air laut yang meresap ke dalamnya.
Begitulah ibaratnya tenaga malaikat yang menjadi sistem aktiviti manusia.

KESIMPULANNYA
Alam Malakut dengan segala isinya termasuklah dunia dan jasad berada di dalam Alam Jabarut.
Jabarut bukanlah Alam seperti yang difahamkan. Jabarut bermakna SIFAT Allah Swt.
Ini bermakna malakut, dunia dan jasad adalah kesan daripada keupayaan sifat atau dikatakan juga perbuatan yang dihasilkan oleh sifat.
Jabarut pula dikuasai oleh Lahut iaitu Zat Ilahiat.
Malakut, dunia dan jasad diistilahkan sebagai sekalian alam, merupakan perbuatan yang dikuasai oleh sifat dan sifat pula dikuasai oleh zat.
Ini bermakna tidak putus perkaitan di antara Lahut kepada Jabarut kepada malakut kepada dunia dan kepada jasad

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.