Pages

Saturday, 12 October 2013

10 TIPS MENJADI ISTERI YANG TERBAIK DUNIA & AKHIRAT

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum^^



Di bawah ini ada 10 tips yang boleh dijadikan amalan buat para wanita untuk menjadi isteri terbaik agar suami terus menyayangi dan memberikan perhatian kepada anda demi meraih kebahagiaan dalam kehidupan berumahtangga.

1 – Mencintai suami sepenuh hati. Apabila suami sedang mengalami saat kesusahan dan kejatuhan dalam kariernya, anda tetap mengharungi bersama malah anda menjadi orang yang sentiasa memberi kekuatan serta dorongan buatnya agar kembali bangkit.

2 – Meminta kebenaran dan menjaga maruah suami ketika anda ingin keluar dari rumah.

3 – Tidak membanding-bandingkan suami dengan orang-orang yang lebih kaya, berkedudukan dan berpangkat.

4 – Sentiasa setia, meletakkan kepercayaan dan menghormati peribadi suami. Janganlah anda cuba menjadi seperti Pegawai Kastam yang selalu memeriksa telefon bimbit, akaun facebook, twitter, email dan sebagainya.

5 – Mengisi masa yang terluang bersama suami dengan bertukar-tukar pendapat dan fikiran penting demi kelestarian hubungan rumahtangga anda.

6 – Bila melihat suami dalam kepenatan, pamerkan sikap manja anda dengan menawarkan dia pertolongan misalnya memotongkan kuku dia, mengurut, membelai dan sebagainya.

7 – Dalam apa jua keadaan, tunjukkan sikap kesederhanaan anda. Misalnya, apabila anda berdua pergi membeli-belah janganlah meminta-minta suami barangan yang ingin dibeli itu diluar dari kemampuannya.

8 – Sentiasa mendahulukan dan menghormati apa jua pandangan suami. Andai anda tidak bersetuju dengan cara pemikirannya, bawalah berbincang secara berhemah kerana anda perlu yakini bahawa suami anda adalah pemimpin keluarga.

9 – Jangan cepat melatah atau merajuk jika usikan suami anda itu terlebih-lebih. Sambutlah jenaka suami dengan penuh tawa dan sekali-sekala anda pula mengusik suami.

10 – Pandai berhias tetapi tidak perlulah bersolek terlalu ‘over’. Memadailah cukup sekadar sedap suami mata memandang apabila keluar dari rumah. Tetapi, jika anda berada di rumah, solek dan peragakan pakaian yang seksi-seksi (jangan asik pakai kain batik saja) agar suami anda itu sentiasa geram dan sering melekat di rumah demi untuk anda juga.

Semoga tips-tips ini dapat menyemai kasih sayang dan suami akan semakin bertambah sayangnya kepada anda. 


No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.