Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum^^
Assalamualaikum^^
Bila ke dapur untuk menyediakan makanan buat keluarga tersayang...
♥Sebaiknya berada dalam wudhu.
♥Mulakanlah dengan memuji AllahSWT
♥Pastikan sumber bahan masakan suci dan bersih.
♥Mendahulukan tangan kanan dalam memotong bahan, mengadun dan mengacau masakan.
♥Kacau masakan atau minuman ikut arah lawan jam, ianya sunnah
♥Besederhana dalam jenis hidangan dan elakkan membazir
♥Berselawat dan berzikirlah sepanjang memasak dan boleh juga mewiridkan"Ya Latif" dan membaca surah Al Imran ayat 200, keduanya ini dapat melembutkan hati ahli keluarga.
Wahai para ibu,
Usahlah jemu menyediakan hidangan makanan dengan air tanganmu sendiri kerana kesungguhanmu itu pasti dinilai AllahSWT dan doa ibu buat anak2nya InsyaAllah akan dikabulkan. Ambillah kesempatan ketika menyediakan makanan untuk mendoakan kebaikan buat suami dan anak-anak tersayang.
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum.
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.