Pages

Thursday, 21 November 2013

Cerita Semalam Dan Hari Ini

 Assalamualaikum to all my beloved readers! Hiyaa,

Benaknya duduk sahaja di rumah. Nak keluar memang taklah. Musim hujan lebih baiklah zie beristirehat di rumah sambil buat apa yang patut sambil memikirkan resepi yang menarik cuaca sejuk2 ni. Masak, makan,tengok tv,tidur, mengemas hanya misi bersantaisantai di rumah sahaja.  Ohhh bukan selalu dapat detik-detik sebegini.

mai kita masak resepi owang putih...nie untuk anak2 dia orang langsung tak usik ubi rebus..moden sungguh anak2 ai nie.bukan tak diajar makanan zaman perang toknenek kita dulu-dulu,tapi tak menyelerakan langsung bagi diaorang...



   Chicken Chop


tiga beradik yg sungguh menyelerakan...:)

nak resepi klip  puding marble





ubi kayu dari kampung,Bonda kirim aik datang

goreng dengan rempah kari....nyummmm

hari ni buat sambal bilis ,kelapa gula makan dengan ubi kayu rebus,last makan time kenduri di Johor...mablesss


Alhamdulillah, kekenyangan untuk hari ini.Tapi walaupun penat,letih...semuanya yang teramat sebenarnya Allah sentiasa luaskan pintu rezeki keluarga kami.


Rasulullah s.a.w bersabda "Janganlah kamu merasa bahawa rezekimu terlambat datangnya, kerana sesungguhnya tidaklah seorang hamba akan mati, hingga telah datang kepadanya rezeki terakhir (yang telah ditentukan) untuknya, maka tempuhlah jalan yang baik dalam mencari rezeki, yaitu dengan mengambil yang halal dan meninggalkan yang haram." (HR. Ibnu Majah).
Rasullullah s.a.w. juga bersabda yang bermaksudnya: "Sesungguhnya roh al-Qudus telah datang kepada aku memberitahu bahawa seseorang itu tidak akan mati selagi tidak sempurna rezeki Allah S.W.T...Apabila cukup dan sempurna kaar rezeki yang telah ditetapkan Allah, maka akan dihantar malaikat untuk mencabut nyawa manusia. Malaikat yang ditugaskan untuk mencabut nyawa ialah Malaikat Maut dan Malaikat Izrail adalah menteri kepada 'mereka' yang ditugaskan mencabut nyawa.


No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.