Pages

Saturday, 23 November 2013

Perbualan Terakhir Allahyarham Ahmad Ammar Dengan Kakaknya

Pemergian Ahmad Ammar, seorang mujahid yg disayangi ramai telah membuka mata dan jiwa masyarakat bukan hanya di Malaysia tapi juga di Turki. Di bumi Indo-China (Kampuchea) pun ada yg bertanyakan tentang arwah. Begitu hebat penangan assyahidAhmad Ammar. 

Semoga perjuangan dan coretan hidupnya akan membakar semangat jihad anak muda yg ada. Satu-satunya rakyat Malaysia yang dimakamkan bersebelahan Sahabat Rasulullah SAW ,Sayyidina Abu Ayub al-Ansari di permakaman Eyub, Turki. InsyaAllah.

 

Di bumi yang asing, pemergiannya dihadiri ramai. Beliau telah dikebumikan di sekitar maqam sahabat Rasulullah SAW, Abu Ayub Al-Ansari. Selamat bertemu Maha Pencipta saudaraku Allahyarham Ahmad Ammar.Ahmad Ammar  Jenazah Allahyarham Ahmad Ammar bin Ahmad Azam disolat dan dikebumikan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul Di sana juga terdapat maqam sahabat Rasulullah S.A.W yakni Abu Ayub Al-Ansari R.A. Awal Muharram di Turki, Ammar disemadikan di Eyub Sultan disaksikan ramai pelajar Risalah an Nur di ketuai Hoca Said Nuri, pemimpin utama Hayrat Vakfi. Hoça Said Nuri, pemimpin spiritual gerakan Heyrat Vakfi turun untuk bersama Tuan Haji Ahmad Azam Ab Rahman dan isteri, Puan Hajjah Nur Azlina berserta anak-anak muridnya dalam majlis pengebumian Allahyarham Ahmad Ammar. Perkuburan Eyub Sultan tempat Ammar disemadikan menghadap Laut Golden Horn. Tanah perkuburan yang menempatkan lebih 60 orang para sahabat Nabi SAW, awliya, panglima Uthmaniyyah dan orang ternama. Takdir ALLAH, Dato Bandar Eyub beri pengecualian rakyat Malaysia pertama ini. Subhanallah. Peristiwa bersejarah ini pasti mempunyai signifikan sejarah buat hubungan dua hala bangsa Melayu-Turki dan Islam untuk menjadi lebih sakti. Tidak lupa juga jasa hubungan dua hala ABIM dan Hayrat İnsani Yardım . Perancangan ALLAH SWT. Bersama menegakkan kebenaran dan memperjuang keadilan. Allahummaghfirlahu Warhamhu Wa ‘Afihi Wa’fu ‘anhu. Al-Fatihah untuk Allahyarham. Salam. HAJI AMIDI ABD MANAN, Presiden ABIM. Al-Fatihah buat Allayarham Ahmad Ammar. Sesungguhnya anda memang hebat dan menjadi tauladan yang baik kepada kami yang masih hidup. Diusia masih muda, terlalu banyak sumbangan kepada agama telah anda berikan sedangkan kami masih lagi alpa di sini. Terima kasih Ahmad Ammar. Damailah kamu di sana.






No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.