Pages

Friday, 22 November 2013

PERLUKAH AMBIL GAMBAR SEBELUM MAKAN?

Misti korang pun pernah buatkan kah3.......

PERLUKAH AMBIL GAMBAR SEBELUM MAKAN? Akhir-akhir ini ramai yang obses dengan hobi mengambil gambar makanan dan berkongsi di laman-laman sosial seperti facebook, twitter dan instagram. Seolah-olah menjadi suatu trend yang popular. Selalunya berlaku di kedai makan atau mana-mana restoran bahkan juga dirumah masing2... Bila sampai order, masing-masing segera keluarkan kamera/hp dan snap gambar makanan, kemudian baru makan. Sampai ada yang terlupa nak baca doa makan.......... Itu pun kalau rasa gambar makanan yang diambil tu ok, kalau tidak ulang ambil gambar sampai lah nampak benar2 puas hati. Kemudian upload gambar makanan tadi di laman sosial. Share dekat kawan2? Mereka yang terlibat dalam budaya sebegini lebih ghairah untuk melihat rupa bentuk yang menarik, daripada menikmati rasa masakan itu sendiri. Dan budaya memuat naik gambar tersebut di internet dijadikan sebuah hobi untuk berkongsi dengan orang ramai tentang apa yang dimakannya, dimana dan sebagainya. Budaya sebegini tidaklah menjurus ke arah yang membimbangkan selagi tidak bertentangan dengan agama. Ia merupakan salah satu trend baru pada masa kini yang kita sedia maklum zaman sekarang memang macam-macam budaya baru yang timbul. Sebenarnya ambil gambar makanan ni dah lama wujud sejak terciptanya kamera dan telefon-telefon canggih. Tetapi apabila sering dimuat naik dan dikongsi di laman sosial, ia menjadi satu trend yang menjadi-jadi kerana semakin ramai di antara kita melakukan perkara yang sama. Betul ke niat orang tu nak menunjuk-nunjuk? Kita tidak boleh menilai seseorang berdasarkan luaran, atau apa yang kita nampak. Jika minat mengambil gambar makanan, jadikan sebagai koleksi dan hobi yang menarik, berkongsi di laman-laman sosial facebook, instagram dan sebagainya dengan niat untuk berkongsi dengan rakan-rakan tentang jenis-jenis makanan, seni kulinari itu sendiri, style penyediaan makanan yang comel, cantik.. orang tengok pun rasa gembira, sensasi elemen-elemen yang cantik, boleh menggembirakan dan menenangkan hati manusia, memanglah tak salah... Tapi janganlah keterlaluan dan terlalu obses....biarlah berpada2 Orang yang suka mengambil gambar makanan ni sebenarnya memiliki jiwa seni, yang tahu menghargai segala benda yang cantik, istimewa dan unik. Mungkin dengan bertindak sebegitu, ia mendatangkan kepuasan dan boleh menimbulkan rasa gembira, ceria, dan lupa akan masalah. Niat nak menunjuk-nunjuk itu terpulang kepada diri sendiri dan kita tidak boleh mentafsirnya ke arah yang buruk.

 *P.S. Perlu diingat hukum menayangkan gambar2 makanan yg menaikkan nafsu makan pada bulan PUASA adalah MAKRUH.. **

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.