Ini adalah rentetan dari peristiwa makan malam besday saya. Yang bercerita pasal kek ni yang sangat mudah di buat. Nampak sangat sedap...dan dengan penuh rasa cemburu...cream cheese dan mentega sentiasa ada di peti ais Maszie.Bahan-bahan lain untuk kek ni sudah ada. Jadi...cara nak buat kek ni tak lah sesuah mana, dan bahan-bahan pun sangat simple. Tak perlukan oven ataupun pengukus. Dah siap nanti simpan dalam fridge saje.
RESEPI 50 ❤ CHEEZY CRACKER LAYERED CAKE❤
BAHAN-BAHAN:
250g krim keju
50 g krimwell
1cawan susu cair
1/2 cawan gula aising
1/2 pek biskut cream crackers
1 cawan susu panas
Sedikit nestum - hiasan
Sedikit milo/serbuk koko - hiasan
Sedikit crackers hancur - hiasan
Sedikit susu pekat - hiasan
CARA PENYEDIAAN:
Pukul krim keju sehingga kembang dan lembut.Masukkan krimwell,susu cair
dan gula serta putar sebati sehingga licin dan sebati.Sedia untuk digunakan.
Celupkan biskut cream crackers ke dalam susu panas sehingga sederhana lembik.
Sediakan bekas kecil/acuan dan isikan satu lapisan crackers kemudian lapisan keju dan selang selikan ia sehingga krim keju habis digunakan.
Calitkan susu pekat ke atas lapisan keju dan taburkan nestum crackers hancur serta milo.
Sejukkan didalam peti ais sebelum dihidangkan.Selamat mencuba ye kawan2.
Thank you for reading this blog!
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum.
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.