Pages

Monday, 23 December 2013

Tong Sampah RATIONELL

Selamat berhujung minggu dan ceria2 selalu...

MZ sekeluarga memang tak ceria hari nie diTaman kami sekarang nie dah 8 hari lori sampah tak timbul...naik MARAH naik DARAH naik GERAM..dah lah sekarang musim segala benda NAIK .Pihak yang berkenaan tooolonggg ler punggut sampah segala makluk dah lending kat Bandar Bukit Raja ni ke nak tukar Bandar sampah ...so tak akan le MZ nak masuk kan tong sampah depan umah yang malas nak ceta ler kang ramai pula yang muntah....

mai akak gojes ceta Cek Tong yang memang gojes lagi gonjeng nie...

Kisah tong sampah pon ko nak ceta ye...

Bajet macam ramai je orang datang jenguk..Hehe thank you, kamu kamu yang datang singgah baca. Siap follow lagi. Mekasih banyak2 datang cari tips dan idea. So, hari ni aku nak share tong sampah ni.Aku beli kat IKEA.Niat mula2 aku nak letak bawah sink wet kichent Gara2 pergi tak ukur bawah sink dulu, aku pon amik kesempatan memborong la semua, adooiiii bonggol saluran sink tersekat kat tengah tong sampah ..huhu..
                                 




yg aku terpikat dengan tong sampah ni boleh tarik dan tolak seperti pic kat atas ni..musnah impian so ...projek bertukar terpaksa letak di bawah sink dapor banjir ni




En.cayang  sangat prihatin tentang penyediaan tong sampah, hasil didikan dari nya kami seisi keluarga sangat2 ambil berat pasal hal ini . Pernah sekali, sewaktu dimall , en.cayang memberikan ceramah ringkas kepada anak muda yg pakai buang sampah merata2 semata2 kerana tidak buang ke dalam tong sampah !...En.cayang menegaskan kepentingan adanya tong sampah untuk kegunaan umum. Tanpa tong sampah, orang ramai pasti membuang sampah di merata2 tempat dan pastinya tidak adil menyalahkan mereka. Persekitaran pula akan bersepah seperti kawasan pasar malam dan pasar Klang!

Seperkara yang sering menjadi rungutan en.cayang adalah kekurangan tong sampah di tempat2 awam. Memang berbeza dengan keadaan di luar negara - biasanya satu tong sampah diletakkan hampir setiap beberapa meter. Memudahkan orang ramai membuang sampah di tempat sepatutnya dan menggalakkan orang awam menjaga kebersihan setempat.


Di rumah sendiri,en.cayang memastikan tong sampah diletakkan di tempat2 yang convenient : di luar setiap bilik air untuk membuang apa yang patut dan lain2 sampah `peribadi'; di bilik belajar untuk membuang kertas; di ruang dapur untuk membuang segala sisa masakan dan makanan; dan berdekatan bilik2 tidur untuk membuang sisa plastik bungkusan hasil membeli-belah atau lain2. Berbeza dengan sikap sesetengah orang yang hanya mempunyai tong sampah di dapur untuk seisi rumahtangga!
                                         
Lokasi tong sampah pula haruslah di tempat2 yang strategik dan tidak mengganggu pandangan mata. Misalnya di belakang pintu bilik, di bawah sinki dapur, atau di balik dinding yang tidak kelihatan di mata umum. Tetapi kalau cantik, mahu ditunjukkan apa salahnya. Zaman sekarang kita punya pilihan pelbagai tong sampah yang cantik, siap bersarung kain bersulam dan berenda2 dan beriben pun ada ....


Pastikan juga tong sampah diisi dahulu dengan plastik kosong agar sampah tidak mencemari bekas tong sampah. Ini juga memudahkan kerja membuang sampah dan tidak menyusahkan si pembuang sampah yang bertugas (kita sendiri!).


Dinasihatkan juga, sekiranya tong sampah adalah untuk sampah yang kering, tidak berapa perlu membeli yang bertutup. Tetapi sekiranya untuk sampah yang basah, elok juga dibeli yang bertutup agar bau tidak menerawang ke segenap bahagian rumah.
Penting diingat bahawa tong sampah perlu diurus setiap hari terutama di bahagian dapur. Plastik sampah diikat dengan kemas dan pastikan tiada air sampah yang menjejeh keluar sebelum mengangkat sampah ke luar rumah untuk dikutip lori pengangkut sampah. Selepas itu, tong sampah ditelek dengan rapi untuk memastikan tiada sisa2 makanan basah atau air sampah yang berlopak di dalam tong sampah tersebut.


Sekiranya ada, tong sampah tersebut akan dibawa ke luar untuk diberus dan dibasuh. Jangan lupa membasuh bahagian luar dan dalam termasuk tutupnya sekali. Ia dijemur seketika sebelum dibawa masuk kembali meneruskan tugasnya sebagai tong bagi sampah sarap.


Kerja membasuh tong sampah ini bunyinya mungkin menggelikan, tetapi sekiranya kita membasuh tong sampah secara rutin, ia tidak akan berselupat dengan daki atau kotoran sekaligus perasaan geli bekerja dengan tong sampah akan dapat diminimakan.
Kalau lebih teliti lagi, tong sampah yang kita letakkan di luar rumah juga elok dibasuh sekali-sekala agar tidak dihurung ulat dan serangga yang boleh merosakkan kesihatan kita.
Sememangnya jika diperhatikan tong sampah di rumah saya (keeja en.cayang), ia tidak berdaki sebagaimana lazimnya tong sampah bahkan mungkin ada yang beranggapan ia kelihatan baru....thumb up untuk en.cayang...





2 comments:

  1. boleh pinjam idea ni untuk beli tong sampah rumah saya..hihi..berapa harga ye beli kt IKEA?
    sudi2lah follow blog azie pula ye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. silakan...harga dah xingat brp...
      done follow blog azie...

      Delete

Assalamualaikum.
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.