Pages

Sunday, 26 January 2014

5 Rahsia Di Bilik Hotel Yang Anda Patut Tahu

Anda minum air dari gelas bilik hotel? Eiii … Pengotornya !

Oleh kerana staff pengemas bilik hotel selalunya di beri masa 30 minit atau kurang untuk mengemas satu bilik, kebanyakan peralatan di hotel tidak sebersih yang anda sangka.
Kami bukan mahu menakutkan anda. Tetapi kami cuma mahu memberitahu. Berikut adalah 5 rahsia di bilik hotel yang patut anda tahu.

Rahsia 1 : Jangan Guna Gelas Di Bilik

Gelas di bilik anda mungkin berkilat. Tapi ia sebenarnya menjijikkan. Kebanyakan staff mengemas bilik tidak mencuci gelas itu, tetapi hanya mengelapnya saja.
Dalam satu pendedahan oleh Fox News pada tahun 2007, kamera tersembunyi yang dipasang di hotel mewah bandar itu merakamkan yang gelas di bilik selalunya tidak dibasuh.
Kadang-kadang ia di sembur dengan pencuci tingkap dan dilap dengan tuala kotor. Ada yang membersihkannya dengan menggunakan sarung tangan yang sebelum itu digunakan untuk mencuci mangkuk tandas.
Pilihan terbaik? Bawa cawan plastik dari rumah. Jika tidak pun, cuci dulu gelas dan cawan dengan air panas sebelum menggunakannya.

Rahsia 2 : Jangan Guna Cerek Air di Bilik

Ah! Cerek air di bilik hotel .. siapa yang tidak sukakannya? Memang best bila boleh membancuh teh dan kopi di bilik yang sejuk.
Tetapi dalam satu pendedahan di dalam majalah Saloon, seorang pengemas bilik mengakui yang ada satu perkara yang pelik mengenai cerek air.
Cerek sebenarnya kerap dijadikan tempat meletak kond*m terpakai.
Menurutnya, beliau mempunyai satu pen yang digunakan khusus untuk mengambil kond*m tersebut. Begini rutin pembersihan beliau. Pertama buang benda tersebut. Kemudian sembur pencuci, bilas dengan air panas dan ulang jika lekit cecair masih ada.
Tambahnya lagi, beliau terlalu kerap menemui sisa tersebut di dalam cerek sehingga apabila beliau menjerang air di rumah, beliau kerap terbayang apa yang terjadi di bilik hotel.

Kesilapan 3 : Pintu Hotel Mudah Dibuka

Tidak kisahlah samada anda bercuti di hotel bajet Jalan Masjid India atau hotel mewah, bawa sendal pintu anda untuk keselamatan.
Setiap kali anda berada di bilik, letak sendal di pintu. Mengapa? Sebab tak kiralah betapa canggihnya sistem keselamatan pintu anda, ia tidak se-selamat yang anda sangka. Sistem kunci rantai dan sistem kad elektronik mudah dibuka — tidak kiralah samada oleh orang luar ataupun staff hotel sendiri.
Jadi anda perlukan sendal anda. Walaupun murah, sendal pintu adalah cara paling efektif menghalang orang yang tidak dikenali dari masuk ke dalam bilik sewaktu anda, pasangan anda dan anak-anak sedang tidur.

Rahsia 4 : Jangan Guna Air Dari Paip Untuk Minum

Jika anda menginap lama di hotel, guna air mineral sebagai air minuman. Jangan gunakan air paip dari bilik air, terutamanya jika anda bercuti di kawasan yang mempunyai air tercemar dari sisa najis manusia dan racun serangga seperti di Cameron Highland. Kisah anak-anak cirit birit selepas pulang dari situ adalah perkara biasa.
Kalau itu belum membuatkan anda risau, pernah dengar kisah dua pelancong Britain di Cecil Hotel, Los Angeles? Tidak tahan dengan rasa air yang agak pelik mereka melaporkannya kepada pihak hotel.
Setelah di selidiki, staff hotel mendapati bahawa selama ini memang mereka menggunakan air yang kotor untuk mandi, minum dan menggosok gigi. Kenapa ?
Kerana ada mayat seorang wanita Cina telah mereput lebih 2 minggu di dalam tangki air yang digunakan di seluruh hotel.

Rahsia 5 : Jangan Bersandar di Tingkap Bilik

Ya. Bersandarlah di tingkap bilik, jika anda ingin mati muda. Tingkap di bilik hotel selalunya tidak diperiksa dengan kerap, walaupun di bilik-bilik hotel mewah dengan staff high-class berbahasa Inggeris seperti di Kuala Lumpur.
Setiap bulan, ada saja berita dari seluruh dunia mengenai kanak-kanak dan juga orang dewasa yang jatuh disebabkan mereka bersandar di tingkap hotel. Tidak kiralah samada hotel tersebut hotel murah atau hotel mewah, kedua-duanya tidak selamat.
Tak percaya? Lihat apa yang anda jumpa bila anda google hotel window fall.
5 rahsia ini hanya kakitangan hotel sahaja yang tahu. Jadi nanti bila anda bercuti lagi, pastikan anda bawa sendiri cawan anda dan gunakan air mineral untuk minum.
Tapi shhhh… ini rahsia. Jangan share maklumat ini dengan orang lain.
Kredit Gambar:
Wokka

16 comments:

  1. tak pernah aku bayangkan
    huh. buat aku loya je

    ReplyDelete
  2. huishhh... biar betul.. dasyatnya.. kena hati2 pas ni..

    ReplyDelete
  3. info yang menarik ni..thanks kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak pon jumpa info ni utk peringatan diri sendiri juga ,tu yg share kat sini..sng lepas nie anak 2 selak sgt nak tidor hotel suruh baca nie dulu....

      Delete
  4. Eiiii..bab cerek tu plg menggelikan. Cawan tu biasanya mmg saya basuh dulu...tuala hotel pun mmg x selera nak guna hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak pun baru tahu ni
      haihhhhhhh
      time kat hotel je gedik2 nak buat air

      Delete
  5. Wah...xpenah tahu pun

    ReplyDelete
  6. Salam ziarah kak. Lama tak berkunjung ke sini. Dah berubah wajah dah blog ni. Cantik! Hehe. Tentang hotel ya? wuhhhh, menakutkan. Tak pernah terfikir pulak macam apa yang diceritakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mekacih WAN...sama lah so lepas nie berhati2 di hotel ...

      Delete
  7. eeee...gelinya...lepas ni kena hati-hati lah ye....terima kasih di atas info nie...

    ReplyDelete
  8. teman nok bantal busuk teman jugokk.. teman xbangga tido hotel sbb dah la mahal bantal dgn seilmut busuk teman dahla takdee

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.