Pages

Friday, 24 January 2014

~JIWA TENANG DENGAN SOLAT YANG KUSYUK~

Salam jumaat,semoga hari ini lebih baik dari semalam.. 

Kesedaran umat Islam semakin meningkat kerana boleh dikatakan semua tahu bersolat, sama ada secara berjemaah atau bersendirian.
Tinggal lagi, kadang-kadang solat yang dilakukan tidak khusyuk, malah terlewat waktu dan tertinggal disebabkan alpa dengan urusan masing-masing dan kurang prihatin terhadap tuntutan agama.
Mungkin disebabkan jahil mengenai hikmah dan keistimewaan solat membuatkan sesetengah pihak memandang ringan tuntutan pelaksanaan ibadat itu, kurang tertarik terhadapnya.
Imam Besar Masjid Negara, Datuk Syaikh Ismail Muhammad, berkata solat sangat dituntut dalam Islam, kerana menjadi tiang agama dan ia membezakan di antara Muslim dan kafir.
Malah, ibadat itu amalan pertama disoal di alam kubur dan sekiranya individu itu dapat menjawab dengan baik persoalan solat, dipermudahkan lagi persoalan lain.



Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud:
“Amal pertama akan dihisab bagi seseorang hamba di hari akhirat ialah solatnya. Jika solatnya baik, maka baiklah segala amalannya yang lain. Dan jika solatnya rosak, maka binasalah segala amalannya yang lain.” (Thabrani)

5 comments:

  1. Assalamualaikum dan singgah di pagi Jumaat di sini sis..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum...
    Insyaallah..dengan mendirikan solat penuh khusyuk hati kita pasti tenang ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam..semoga kita bisa mengerjakan sholat dengan khusyuk.

      Delete

Assalamualaikum.
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.