Pages

Tuesday, 14 January 2014

Rahsia Jenis Darah Dan Peribadi

Assalamualaikum,

Semalam hari memenatkan... bukan penat pasal hal urusan rumah yang memey
 byk anak tangga dok oiii...
itulah pasalnya rajin blogwoking menyinggah rumah jiran2 sebelah bertegur sapa,
sambil2 tu sekodeng rumah jiran semua santik2 design nyer....
dengan semangat yg berani tapi ilmu tak penuh di ujung jari lain yg akak klip ...
tunggang langgang jadinya blog akak nie...
bukan bangsa sedey lagi...meroyan,angin satu badan,
habis semua urat hampir putus,nasib masih menyebelahi akak urat kentut boleh beroperasi lagi...hahaa
...pening arr (versi shuib sepah)
dan2
tanya aki google di mana klinik blogger ....call ambulan ..(tak main ler call2 nie ...lambat) 
tertera di klinik blog OFF DAY :Friday - Saturday
adusss...berasap jap (kita try WhatsApp)
dalam 2minit whatsApp berbalas
tarik napas...legaaaa
Dr.blog scan bedah siasat penyakit nya ,
 sekarang Alhamdullilah.... blog akak back to normal...
mlm tu gak akak melantik Dr.blog tutttt....(rahsia dulu) Doktor untuk blog maszie ....
tunggu wajah baru ye....


**Dr.blog nasihat skrg boleh kentut dengan lawas dan tidur pon tangkap leleh
....kih kih kih

jom kita siasat jenis darah kita dan baru tahu tahap meroyan kite lavel mana....


Adakah jenis darah yang mengalir dalam tubuh kita mampu menggambarkan personaliti sebenar diri kita sendiri?Menurut salah sebuah institut di Jepun, kajian yang dilakukan ke atas jenis-jenis darah yang mengalir di dalam tubuh manusia ternyata mampu memberi gambaran terekat mengenai keperibadian individu itu sendiri. Lets check it out...

DARAH O

Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan. Sekiranya menginginkan sesuatu, anda akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya anda dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu anda juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri anda sendiri. Oleh yang demikian anda harus lebih bijak mengawal emosi diri agar tidak dikuasai dengan tekanan.

DARAH A

Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup anda.Anda gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan anda juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan. Anda bijakk bergaul dengan individu di sekeliling dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan anda. Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri anda itu melambangkan bahawa anda tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya anda agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu unutk berehat. Anda harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja anda itu, kesihatan diri pula yang terabai.

DARAH B

Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan anda. Anda lebih selesa dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula anda adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, anda lebih gemar melaksanakannya dengan cara anda sendiri. Anda adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri anda untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu.
Anda adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap anda gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri anda sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Anda harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesikannya secara bersendirian.

DARAH AB

Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini. Anda juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan  individu yang berada di sekeliling anda berasa selesa untuk berdamping dengan anda. Anda juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria.Namun ada satu perkara yang harus anda perbaiki dalam diri anda itu. Anda perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri anda sendiri.

P/S: Betul atau tidak nilai sendiri.

Sumber :FB









No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.