Pages

Tuesday, 28 January 2014

Selamat Hari Lahir Bonda Ku...

KU PANJATKAN DOA BUAT BONDA KU…..






Ya Allah..
Sempena ulang tahun kelahiran Bondaku ini ya Allah, Aku menadah tangan dan memohon kepada mu…
Panjangkanlah umur Bondaku dalam kebajikan…
Agar aku dapat membalas segala jasanya yang tidak terhingga…
Kau kurniakanlah nikmat kesihatan kepadanya…
agar Bondaku dapat meneruskan tanggungjawab sebagai ‘hamba’.

Ya Allah…
Kau berilah Bonda kekuatan…
agar tabah mengharungi liku-liku kehidupan..
yang penuh dengan rintingan dan cabaran…

Ya Allah… yang maha penyayang..
Jadikanlah Bondaku orang yang yang beriman..
Yang tunduk dan patuh kepada segala perintah-Mu..
Yang bersyukur atas segala nikmat-Mu..
Yang peduli dengan segala suruhan-Mu..
Kau ampuni segala dosa bonda…
Agar bonda tampil suci mengadap-Mu…

Ya Allah.. Yang Maha Besar
Jadikanlah aku anak yang soleh..
Yang tak jemu mendoakan bonda…
Pagi, petang dan setiap waktu..
Kau jadikanlah aku anak yang berguna…
Yang akan membalas segala jasanya….

Ya Allah… Ya Rahman.. Ya Rahim…
Kau pahatkan rasa cinta, sayang dan rindu ini pada bonda…
sehingga akhir hayatku…
Aminnn… Ya Rabballamin..

BONDA..
Selamat Hari Lahir buatmu
semoga Allah sentiasa merahmati dan menyayangi mu…
Aku Sayang Bonda..

11 comments:

  1. Selamat Hari Lahir Untuk BONDA Sis Maszie ..
    Lya Doakan Semoga Terus Dipanjangkan Usia ... Di Murahkan Rezeki ..
    Sentiasa Dalam Lindungan Ilahi ...
    Semoga Kebahagiaan Dan Keceriaan Menjadi Milik Bonda ..
    SELAMAT HARI LAHIR ..
    ALLAH SELAMATKAN KAMU ..♫♪♫♪
    ALLAH SELAMATKAN KAMU ..♫♪♫♪
    ALLAH SELAMATKAN BONDA ... ♫♪♫♪

    ReplyDelete
  2. selamat hari lahir makcik...semoga panjang umur, murah rezeki, diberikan kesihatan serta kebahagiaan dunia dan juga akhirat....

    ReplyDelete
  3. Aamiin untuk doa akak di atas :) happy bday untuk bonda akak :)

    ReplyDelete
  4. Selamat Hari Lahir makcik. Semoga dipermudahkan segala urusan dunia akhirat :)

    ReplyDelete
  5. SAYA INGIN MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH BUAT SEMUA SAHABAT DAN RAKAN TAULAN YANG SAYA KENALI ATAU MUNGKIN TIDAK PERNAH BERTEGUR SAPA TETAPI TURUT MEMBERIKAN UCAPAN SELAMAT KEPADA BONDA SEMPENA ULANG TAHUN KELAHIRAN BONDA PADA HARI INI TERUTAMA RAKAN-RAKAN DI ALAM MAYA INI.TERIMA KASIH JUGA KERANA TURUT MENDOAKAN KESEJAHTERAAN, DAN KESIHATAN BONDA SAYA...

    ReplyDelete
  6. selamat hari lahir untuk mak akak..semoga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan usia..amin

    ReplyDelete
  7. yyeyyeyey mak kite cool and cooker havoc... mak kite cun ..
    gambar ni bergabung dgn maszie meletop...

    ReplyDelete
  8. Mohon share kata kata indah pujangga tuk hari ulang tahun bonda saya.....

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.