Pages

Sunday, 16 February 2014

Ayam Bersos Lemon

Ayam ayam balik2 ayam...mcm tak der lauk lain ...anak2 ooiii...
Apa boleh buat tu dah selera dia orang,ibu yg masak nie pon dah naik boring nak tengok muka ayam...bukan suruh Ibu tengok ayam..adik IRFAN suruh ibu masak...dalam ketiga2 anak aku yang si kenik nie paling bijak oder menu...balik dari sekolah dalam kereta lagi dah tanya hari nie Ibu masak apa...???
Tapi kalau kita ikut selera nya 2 kali makan tambah nasi tidak sama sekali mmg perut kecik selera aje yang besar...hehehe....alhamdullilah

Anak2 aku memang tak suka ikan,udang,sotong dan ketam, 
yang dia orang tau hari2 ayam dan daging...dah dua hari asyik menyebut ibu masak ayam lemon..dah lama adik tak makan
Ibu : Lemon tak de lah sayang (nanti Ibu beli..)
Irfan: Balik dari sekolah mana nya Ayam lemon ???
Ibu : Ayam pon habis (malas nya nak ge pasar)
gara2 beli ayam minggu lepas aku kena saman hari Isnin ge bayar korang tau berapa...aku ingat dalam 
RM 30 -Rm 60 rupa2 nya 100 henggittt  RALAT giloo berapa ekor ayam aku boleh beli...sedih (terus berazam tak kan beli ayam kat luar pasar klang lagi) dah lah pasar tu kotor dan busuk...

Pagi Khamis En.cayang off day ajak ge beli ayam kat area taman perumahan kami.Mahal  sikit dari pasar tak pelah janji tak kena saman lagi...semalam irfan buat siasatan dalam esbox jumpa 2 biji lemon so tak boleh beri alasan lagi...hari nie suruh masak Nasi Ayam Lemon pulak ,kebetulan adik balik dari KEDAH singgah bermalam di sini.

jom kita masak :)

AYAM LEMON MZ

BAHAN UNTUK AYAM
1) Isi Ayam - dipotong memanjang (200g)
2) Tepung Jagung (1/4 cawan)
3) Kuning Telur (2 biji)
4) Air (2 sudu besar)
5) Serbuk Lada Hitam (1 sudu kecil)
6) Garam (secukup rasa)


BAHAN UNTUK SOS
1) Jus Lemon (1/4 cawan)
2) Madu (1 sudu besar)
3) Air (1 cawan)
4) Stok Ayam (2 sudu kecil)
5) Tepung Jagung (1 sudu besar)
6) Halia - dihiris nipis (1 inci)
7) Gula (2 1/2 sudu besar)



Menyediakan sos:
Campurkan semua bahan.
Kacau sos di atas api kecil hingga mendidih dan pekat.
Membuat ayam:
Cairkan tepung jagung bersama air. Campurkan dengan telur, garam dan 
serbuk lada hitam. Kacau rata.
Celupkan isi ayam ke dalam adunan, dan goreng hingga garing keemasan.

Curahkan sos lemon ke atas ayam dan hidang.






AYAM LEMON MZ

10 comments:

  1. sedapalah sis...terus rasa lapar pulak...hehe.

    ReplyDelete
  2. Wahh bestnya.. mmg sungguh menyelerakan ni.. :)

    ReplyDelete
  3. selalu juga makan ayam lemon ni tapi kat cafe ofis la

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. silakan CikLily Putih mmg niat utk berkongsi pon :)

      Delete
  5. Kak sngt mnyelerakan.Heheheh terkeliuh saya dibuatnya haha

    ReplyDelete
  6. wow..sedaplah menyelerakan nanti nak cuba juga.

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.