Pages

Tuesday, 18 February 2014

Ibu Sizzling Yee Mee

Assalamualaikum,


Hari ni aku mahu berkongsi resepi untuk menu ku hari ini..kali nie anak tekak sendiri request nak makan nih.. 'hot plate' tak de tak pe kita pakai 'hot plate istimewa untuk sizzling mee ni......so semangat sikit nak buatnya...áku guna Magic Pan

Yee Mee adalah gegelung pusingan mi yang telah digoreng  rangup. Di Malaysia, ia biasanya dihidangkan di atas hot plate..


walllaaa.... sedap hingga menjilat Magic Pan lah!

MZ YEE MEE

~ tengok.. gelembung2 tu... tu tengah menggelegak sakan tu... sedia untuk di angkat!! ~
Ok, moh kita kongsi resepi ya!

Resepi untuk Kuah Yee Mee

Blander:1 inci halia
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah

lain bahan:
beberapa ketul ayam
5 keping cendawan shitake (cendawan kering), rendam hingga kembang - potong 4
3 biji cili kering - potong 2
1 batang lobak merah, hiris nipis
sedikit sawi, potong kecil
1 biji tomato, potong kecil
1/2 inci halia,potong kecil
telur 4 biji
3 sanggul yee mee kering

sos, campurkan semua dalam mangkuk kecil
5 sudu besar kicap masin
3 sudu besar kicap manis
3 sudu besar kicap cair
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar tepung jagung - di bancuh dgn sedikit air
sedikit garam, perisa dan serbuk lada putih

tumis bahan tumbuk dan cili kering potong hingga kekuningan, masukkan ayam dan kacau sebentar. masukkan 4-5 cawan air ,air tepung jagung dan biarkan mendidih sehingga ayam separuh empuk, masukkan cendawan hitam, carrot dan sos dan didihkan sehingga ayam empuk.

cara hidang: sendukkan kuah dan ayam ke dalam hotplate, biarkan didih sebentar, perlahankan api dan masukkan campuran tepung jagung dan sedikit air untuk memekatkan kuah, kemudian masukkan yee mee, tambahkan kuah jika perlu, masukkan sawi dan tomato dan pecahkan 4 biji telur kedalam kuah. biarkan mendidih sebentar sebelum di hidangkan dengan potongan cili padi dan kicap...

                              YEE MEE MZ


6 comments:

  1. Farah pun pernah berkongsi tentang Yee Mee ni di Bubblynotes...ini favourite Farah ni kak...he he he...

    ReplyDelete
  2. Fav saya ni.Wahhh kak maszie pantang betul sy tgk makanan dlm blog akak hahaha dgn tiba2 terasa nak cr mknan2 ni semua hahhaa

    ReplyDelete
  3. Pehh.. lapar lah pulak pepagi ni.. :) :)

    ReplyDelete
  4. senang je kan..masak sendiri lg sedap :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.