Pages

Tuesday, 25 February 2014

KURMA AYAM

Terima kasih pada semua yang masih sudi berkunjung ke blog MasZie.  Terima kasih yang tak terhingga juga pada semua follower lama & juga yang baru.  Mohon maaf sangat2 sebab kadang2 tak berkesempatan nak berkunjung balas atas faktor masa.  Kepada yang tinggalkan komen pada entry yang baru insyaAllah semuanya dah MasZie baca.   Jika ada pertanyaan akan MasZie usahakan untuk menjawap.  Jika ada yang tinggalkan komen pada entry-entry yang lama dengan pelbagai pertanyaan.. MasZie mohon maaf sekiranya ada yang terlepas pandang. 

So hari ni MZ share lah resepi Kurma Ayam ;)



Bahan-bahan:
800 gram daging ayam - potong 8
3 biji kentang - belah 2
3 sudu makan rempah kurma
200ml santan
segenggam daun pudina
3 biji cili hijau - belah 2
1 biji bawang besar yg dipotong empat 
1 biji limau nipis - ambil jusnya
sedikit minyak dicampur dengan  minyak sapi / mentega / marjerin 
garam / gula / perasa pilihan

Bahan tumbuk halus / kisar :
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2cm halia

Bahan untuk tumis

3 ulas bawang putih dihiris
2 inci halia - hiris
sejemput  jintan manis - 1/2 sudu makan
sejemput jintan putih - 1/2 sudu makan
sejemput buah pelaga - 3-4 biji
1 batang kulit kayu manis - 3cm
bunga cengkih - 3-4 biji
2 kuntum bunga lawang

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dan campurkan dengan sedikit minyak sapi / mentega / marjerin.
2. Tumis bahan kisar hingga wangi.
3. Masukkan rempah kurma, dan gaul sebati menggunakan api perlahan.
4. Masukkan daging ayam bersama kentang. masak hingga empuk.
5. Tambahkan santan, dan biarkan sehingga kuah agak pekat.
6. Masukkan garam / gula / perasa pilihan, cili hijau dan daun pudina.
6. Perlahankan api supaya terbit minyak.
7. Sebelum kurma ayam diangkat, perahkan jus limau nipis ke atasnya.
8. Ayam Kurma sedap di makan bersama nasi mahupun roti.

Eh itu je cerita akak? muahahhaa... nanti try korek folder tengok gambar apa lagi nak share ;)

7 comments:

  1. sdp nye.. tringat msakan mak kat rumah =)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum dan salam singgah selasa Sis...sedap jer kurma ayam tu...Diana belum penah lagi masak kurma ayam ni...tak berapa pandai..hehe...

    ReplyDelete
  3. Assalamaualaikum ,,,.
    Hai Zie ..Lya Singgah Mengintai Sahabat ..
    Wahh Nampak Sedappp ..Insyaallah Akan Cuba Buat Nanti ..

    ReplyDelete
  4. ermmmm dapp nyee.... lama x makan kurma ayam.. selalu kurma telur ja.. ahaahha...

    ReplyDelete
  5. Alahaaiiii.. pesal tliurrr neh...

    ReplyDelete
  6. Best.. kurma mmg best.. sedap.. :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.