Pages

Monday, 10 February 2014

LASAGNA...YUMMMYYYYY!!!!!

Assalamualaikum sweetie semua!

Hari ni MZ nak share dengan uolls semua macam mane nak buat Lasagna
Sape dah tau...,takpe...kita punya versi lain dari yang awak tau tu.Tak caya...try baca sampai habis :)

Dengan bahan2 yang sangat simple dan cara penyediaan yang sangat mudah dan sudah tentu ianya sangat lazat, yang pasti lemak berkrim disukai ramai...oooo yeahhh

Resepi 68❤Lasagna...yummmyyyy❤
Source: azlitamasammanis

Bahan-bahan yang simple tu adalah seperti berikut :-
Bahan utama ialah


LASAGNA MZ

Kepingan lasagna.. 

SOS PASTA MZ
aku guna sos nie..semenjak 2 menjak nie tekak berubah ..4 botol nak inti yg banyak..terpulang pd anda..dulu2 suka sos prego

OLIVE OIL MZ
Olive Oil en.cayang aku guna pakai ajer...

untuk topping aku guna dua jenis cheese

MOZZARELLA MZ

Keju Mozzarella


Keju parmesan.. ~ takde pun takpe.. aku suka byk keju..
lebih meriah lelehnya....


tumis bawang dadu ,layu campurkan daging


daging dah pucat campurkan sos pasta


                                     kuah daging siappp!



KUAH DAGING

300g daging cincang ~ lagi sedap kalau guna daging burger sebab berperisa
1 botol prego ~ botol kecil
2-3 batang celery 
cendawan butang ~ dihiris
2 biji tomato ~ didadu
1 biji lobak merah ~ dadu
1-2 sudu besar cili boh ~ jika suka pedas
2-3 ulas bawang merah ~ cincang halus
2-3 ulas bawang putih ~ cincang halus
Sedikit lada sulah 
Garam secukup rasa 
Gula secukup rasa
3 cawan air 
1/2 Capsicum merah ~ dihiris
1/2 Capsicum hijau ~ dihiris
1 kiub daging 
Sedikit lada hitam 

Panaskan minyak untuk menumis.
Tumiskan bawang merah dan putih sehingga naik bau. 
Masukkan cili boh, tunggu sampai pecah minyak, kemudian masukkan daging cincang. 
Ita tambahkan kiub daging
Masukkan 3 cawan air tadi, tunggu sehingga daging sedikit masak dan tambahkan garam (lebihkan air pun tak mengapa, sebab tujuannya untuk melembutkan kulit lasagna kemudian) 
Masukkan Prego, dan sedikit gula jika perlu. 
Masukkan sayur-sayuran tadi, mulakan dari sayur yang agak keras dahulu. Tunggu sehingga mendidih, padamkan api.
Setelah  kuah daging siap ketepikan. Kita sediakan cheese sauce


cheese sauce pon siappp..

CHEESE SAUCE

2 sudu besar mentega 
4 sudu besar tepung gandum 
115g Cheddar cheese ~ Mozarella pun boleh, tapi Cheddar/cream cheese senang cair untuk buat cheese sauce tu. Mozarella sesuai untuk tabur kemudian.
1-2 cawan susu segar 
Sedikit garam


Cairkan mentega, kemudian masukkan tepung gandum, kacau sehingga sebati. 
Alihkan dari api, masukkan susu, kacau sehingga tepung tidak berketul, barulah dipanaskan semula. 
Masukkan cheese, kacau setiap masa, masukkan garam sedikit.
Kemudian padamkan api.

aku buat double sos putih ni sebab lasagna akan jadi lebih sedap dgn melebihkan sos putih...



LASAGNA MZ
Hasil selepas dibakar dapat dua mangkuk..
tamak sekali buat terus banyak...

nie mangkuk yg kedua..selepas di panaskan lagi..tak hangus ye cheese lagi garing lagi sedap

Kos nak buat ajer dlm rm60 henggit.Aku buat banyak ..Tapi puas hati dapat dua loyang..makan kat luar cinonet aje popaleh wehhh berpoloh henggittt..lagi pon lasagna aku lebih sedap dari lasagna pizza hut...~_^


LASAGNA MZ
jemput melihat..Yummmyyyyy

selepas 45 minit siap sedia untuk di ngap
nak sedap lagi makan dengan sos cili ye
NYUMMY uollls





12 comments:

  1. ada makan 2, 3 kali SIL buat... memang sedaplah tp nak mencuba buat sendiri tu belum ada keinginan lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. inshaallah ada kelapangan PCL buat yer..sedap x sedap blkng kira, depan kira kasi tau sama sy baekk punya...

      Delete
  2. hmmm sungguh selera klu makan ni.Pasni da booleh la sy try buat plk.Tq kak maszie utk resepi

    ReplyDelete
  3. wah wah wah..sedapnya.drooling sudah..banyak gak bahan dia..senang² fiza beli je..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. xramai beli lg sng..akak nie rama anak tekak terpaksa buat sendiri..londeh pokek en.cyg ~_^

      Delete
  4. yani selalu guna resepi kak ida 1001 resepi tu mmg sedap gilee hehe lebih kurang sama jugak ngan reseli akak ni..ok tak yg adabi punya sos tu teringin nak cuba tp takut tak sedap sbb sardin tin dia out sangat tu tak berani tp klu akak kata ok nak jugak lah try

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg lain adabi mmg mengikut selera kami sefmlysos pasta nie mula beli try sapu pd tortilla wrap satu ari nak buat sapegetti punya malas nak kekedai yg ada sos pasta adabi try buat semenjak dr tu terus jatuh cinta try dulu mana taw selera kita sama... http://maszie.blogspot.com/2013/11/tortilla-wrap.html

      Delete
  5. Mmg sedap & menyelerakan.. salah satu feveret saya ni.. :)
    ps; maaf lmbt terjah bw, baru diberi kesempatan setelah beberapa hari tak berblogging.. salam ceria.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah lama dok negeri mat salleh mesti suka...kami yg lahir dan dok kat mesia nie pon selera bertukar...perasan juga mesti khir busy :P

      Delete

Assalamualaikum.
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.