Pages

Tuesday, 4 February 2014

Masak Lemak Labu

Assalammualaikum,

Masakkan yang mudah dan simple ini cukup menjimatkan hanya perlu sambal belacan, ikan goreng atau ikan masin dan nasi hangat, sudah mencukupi.Yang bess kalau masak macam nie kesukaan Along dan En.Cayang.Along bertambah2 nasi nya...

Bercakap pasal labu ini, saya mendengar kuliah berkenaan sunnah Rasulullah di mana Rasulullah memakan labu. Jadi dihuraikan bahawa apa sahaja yang baginda buat, tak perlu kita persoalkan kerana pasti ianya mempunyai hikmah dan kebaikan tersendiri. Cuma kita orang Melayu yang banyak sangat pantang larangnya yang menganggap makan labu boleh  menyebabkan angin. Contoh lain ialah Rasulullah makan daging kambing dan minum susu kambing. Tapi kita pulak yang beranggapan bahawa makan daging kambing boleh menyebabkan darah tinggi dan sebagainya. Ini semua pengaruh Yahudi yang memutar belit fakta. Kenapa mesti meragui jika itu semua makanan yang dimakan oleh Rasulullah. Kesimpulannya Ustaz tu berkata, jangan persoalkan kerana apa yang Rasulullah buat adalah yang terbaik. Jika takut angin, makan lah sedikit sebagai mengikut sunnah. Haaa BETOI tak kawan2?


Jom lah tengok resepi yang saya tulis di bawah,resipi mudah,cuma mungkin tak sama gaya Maszie masak dan anda masak.... Semerbak mengharum semasa ianya sedang dimasak, hmm sangat menyelerakan bauannya...

                            


Masak Lemak Labu
Oleh: MasZie

Bahan bahan:
500 gram labu kuning - potong kecil
2 cawan santan pekat
1 cawan air
1 labu bawang besar, (dihiris dan tumbuk)
2 biji cili merah, dihiris
2 sudu besar udang kering (atau ikan bilis)
Garam secukup rasa
Daun kunyit - carik
Sedikit serbuk kunyit
2 batang serai - ketuk
Sedikit lada hitam - tumbuk kasar

Caranya :
Masukkan semua bahan kecuali santan, cili merah dan daun kunyit ke dalam periuk. Rebuskan hingga labu lembut.

Apabila sudah mendidih dan labu lembut, masukkan santan, cili merah, daun kunyit dan serbuk lada hitam.

Masakkan hingga mendidih sekali lagi. Apabila sudah mendidih, tutup api dan hidangkan.

9 comments:

  1. nanti boleh cuba resepi...terliur pulak...hehehheh

    ReplyDelete
  2. Mak saya selalu buat lemak labu. Memang sedap. Nyam². =)

    ZH Blogger

    ReplyDelete
  3. Pertama kali sy makan kenduri kawen org jamu masak lemak labu..dan bila dah lama x makan sy bendal penuh labu sesaja dlm pinggan...tolak tepi lauk pauk lain cuma.ikan masin dan sambal belacan...terbaiklah sangat lerana itu menu febret sy suatu masa dulu... Orang Jawa kat Banting ni punya menu labu dorang masak campur dgn daun keti..sy.pun barubt itu daun keti namanya sebab mulut ni suka menanya sesuatu yg pelik dlm hidup sy..dan sudahnya bila malam rasa tak sedap perut...hangin satu badan. Ituh kekdahnya kalu mkan tak ikut sunnah..muhasabah utk sy.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap tu...ye lah ge kenduri asyik nasi minyak je..ada masakkan kg. apa lagi kita serang hedap ler ye PCL... hangin ke kembung perut tu blkg punya ceta...

      Delete
  4. Lapar pulak tengok awal2 pagi ni.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. xtido ker bang..kul satu pagi tuh... masak lemak mmg best tapi harus dikurangkan nt heart problem yer kak mszie kiter pon

      Delete

Assalamualaikum.
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.