Pages

Monday, 31 March 2014

Kuah Young Tau Fu

Assalamualaikum semua....pagi,   ...sementara nak memulakan pagi ni....ambik masa sikit mengupdate MZ...gambar lama yg belum dicatatkan  ceritanya...Kuah Young Tau Fu...

Kuah Young Tau Fu MZ

Jumaat minggu lepas buat Kuah ni...sebabnya dah teringin Young Tau Fu , Jumaat pagi tu ke Pasar ..lalu depan kedai Frozen terus teringin nak makan Young Tau Fu... selalu beli di pasar malam atau makan di kedai kali nie teringin nak buat sendiri kuahnya  ...teringin le pulak nak makan hasil tangan sendiri panas2 bila masa...

Ambik keputusan buat sendiri je la...tanya mak cik google...semua bahan  ada. Sebenarnya en.cyg dan along kurang suka YTF nie tapi tak pe masih menang lagi kami bertiga suka ..adik dan angah janji jangan ada kangkung dan kuih teow gulung (Chee Chong Fun) tu yang lain ok.


Bahan-bahan sampingan bagi yong tau fu ialah, sosej, jejari ketam, kek ikan, bebola ikan, kangkung, tahu goreng dan lain-lain mengikut selera masing-masing, nak beli yang siap dicampur semua ni sekali pun ade jual dah, tinggal rebus je.: )

Senang macam mana pun cara buatannya, tapi kalau tak dicuba..tak menjadi juga.....kepada yang nak cuba kuah YTF ni ..nanti MZ  letakkan resepinya...sekarang tak perlu tunggu raya ,nak open haouse atau bulan puasa teringin nak makan YTF ..bila-bila pun boleh...bahan pun mudah je...dan nak buat pun memang senang...hasilnya nak makan sendiri tu boleh laa.Bahan-bahan resepi young tau fu ni dapat banyak juga, kalau rasa bilangan isi rumah tak ramai, boleh buat separuh bahan je, dan pandai pandailah agak lah ye, supaya tidak membazie, tapi boleh juga di simpan di dalam peti ais, dan panaskan jika ingin dimakan. 




Kuah Young Tau Fu MZ

RESEPI SOS MANIS (HITAM)
Sumber :Chef Arm


Bahan-bahan : -

200gm taucu ( Dikisar )
1 cawan air
1/2 cawan kicap pekat
1 sudu besar minyak masak
1/2 sudu besar tepung jagung ( Dibancuh dengan sedikit air )
Gula secukup rasa

- Panaskan minyak, masukkan taucu dan tumis sekejap.
- Masukkan air, kacau dan biar mendidih.
- Masukkan pula kicap dan gula secukup rasa..
- Akhir sekali pekatkan dgn bancuhan tepung jagung dan kacau sebati..

RESEPI SOS PEDAS ( MERAH)

Bahan-bahan : -

20 biji cili merah - ( Dikisar )
1 cawan air
2 sudu besar bijan
2 sudu besar kacang tanah - ( Ditumbuk )
1 sudu besar tepung jagung - ( Dibancuh dengan sedikit air )
Cuka
Garam dan gula ( secukup rasa )

- Masukkan air dlm periuk dan biar mendidih
- Masukkan cili dan biar hingga cili masak.
- Masukkan sdkt cuka, garam n gula secukup rasa.
- Akhir sekali masukkan bancuhan tpg jagung utk pekatkan kuah.
- Sebelum hidang, tabur bijan dan kacang tanah yang ditumbuk tadi.

apa kata pengkritik tetap masakkan ibu ~ Thumbs-up :P

Perggghhh mmg sedap wa cakap lu....hihhii..

Kuah Young Tau Fu MZ


wahhhhhhhh lagi la syok dpt makan homemade YTF dgn sup tom yam yg sedap tu.. Mudah giler buat YTF rupanya ya.. hihihi.. tu la.. selama ni kalau buat kan syok, dah lama dpt makan homemade YTF.. heheh.. Mekasih kepada Cherf Arm yg membuatkan K.Zie teruja nak buat YTF  (uishhh panjangnya karangan !! haha)

6 comments:

  1. YTF ni kalau buat sendiri lebih puas dan berbaloi! Kalau beli...terasa sgt mahalnye. Sebiji bebola fish ball tu pun dah 50 sen!

    ReplyDelete
  2. thumbs up!....mmg sedappp...tgk pic pun dah tahu...kecur liur....hehhehehe

    ReplyDelete
  3. suka campurkan terus dua2 sos baru Zie tuang dlm bhn2 ytf...

    ReplyDelete
  4. Pandai kak Mas buat kuahnya.. untung buat sendiri. Selain terjamin kualiti & kebersihan, in pun sgt2 menjimatkan.. puas makan.. :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.