Pages

Wednesday, 26 March 2014

Wordless Wednesday 34# Al Fatihah

Berita yang menyedihkan. Tetapi kita harus redha dengan ketentuan ALLAH. Takziah untuk keluarga. Moga ia jadi pengajaran berharga untuk iktibar kita semua



Ya Allah Ya Tuhanku, sekiranya ketentuanMu telah termaktub di Lauhul Mahfuz, maka kami redha dengan nya, Namun kami sebagai hamba-hambaMu juga punya pengharapan yang tinggi kepadaMu wahai Tuhanku, Engkau Maha berkuasa diatas segala sesuatu, ditanganMu kami pasrahkan permintaan kami..

Ya Allah Ya TuhanKu, apalah sudi kiranya dengan kebesaranMU yang tidak akan berkurangan sedikit pun ketika mana Kau mengabulkan doa kami..maka kami menadah tangan dan memohon kepadaMu Ya Raab, ampunilah sahabat kami Zaharie Ahmad Shah yang belum kami temui jasadnya. Sekiranya beliau masih hidup kembalikan lah beliau dan mereka-meraka yang bersamanya kepada kami...Sekiranya beliau telah kembali kepada pengabdian di sisiMu, ditempat yang kekal selama-lamanya maka kau pelihara lah beliau disana sementara menantikan kepulangan kami semua kepadaMu.

Berikan lah Rahmat dan MaghfirahMu kepadanya...dan kerehatan abadi disisiMu...sebagai seorang syuhada yang mendapat tempat termulia di sisiMu..Ameen Ya Rabbal 'Aalaameen..

6 comments:

  1. Al-Fatihah :( Doakan mereka ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman :(

    Taufiq singgah sini ye :) Jemput singgah blog Taufiq awksweetgitu.blogspot.com :) Support each other =)

    ReplyDelete
  2. Takziah dan al-fatihah buat penumpang dan krew beragama Islam. Namun masih mengharap keajaiban berlaku...

    ReplyDelete
  3. Mmg berita yg menyedihkan.. Al Fatihah... aamiin..

    ReplyDelete
  4. Salam takziah untuk semua keluarga mangsa...

    ReplyDelete
  5. Lama tak singgah sini via lappy dah mkin cntik blog ni...

    Doa dan teruskan berdoa..

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.