Pages

Monday, 19 May 2014

Inspiration 48# BISKUT

Assalamua’laikum. 

Oh, lidah! Silap tulis jadi ludah. Perbuatan meludah merata-rata memang sukar untuk diterima. Apatah lagi perbuatan lidah mengeluarkan kata-kata keji dan mengata. Jangan main ludah! Jangan main lidah! Peribahasa Melayu tentang lidah; Jangan Main Lidah!



Berlidah di lidah orang – Hanya menurut apa yang dikatakan orang. Mulut satu lidah bertopang – Lain di mulut, lain di hati Mengadu buku lidah- Bertengkar Kaki terdorong badan merasa; lidah terdorong emas padahnya - Segala janji harus ditepati, bila berbuat sesuatu, harus berani menanggung akibatnya. Bertegang urat leher, berkeras buku lidah - Tidak mahu mengalah.

 Bulan Puasa nampaknya semakin dekat. Cakap-cakap tentang politik kurangkan lebatkan dengan ayat ayat suci. Pasar Ramadhan semakin hangat. Maka, pasti lidah akan digunakan sekerap boleh. Mungkin juga sup lidah lembu akan lebih laris. Harapnya, lidah dijaga dengan baik supaya tiada yang menyesal di kemudian hari.

 maszie – sedap ke sup lidah? Jangan Main Lidah!


Sources:
Victor Nunes

3 comments:

  1. Wah kreatif nyerr ..
    LIDAH ..ermmm ..kena jagalidah kita saat bertutur jgn tuturkan kata2 yang kasar dan kesat ..
    Ingat padah jika lidah berbiscara yg bukan2 ..

    ReplyDelete
  2. Sedangkan Lidah Lagi Tergigit

    Sedangkan lidah lagi tergigit
    Apa pula suami isteri

    Buang yang keruh ambil yang jernih
    Baru teguh peribadi

    Apa guna kita bertengkar
    Suami isteri harus bersabar

    Kasih sayang rukun dan damai
    Hidup seperti dalam mahligai
    Maaf hamba wahai dinda

    Buang yang keruh ambil yang jernih
    Baru teguh peribadi

    Suami isteri mesti berpakat
    Rumah tangga mendapat berkat

    Apa guna selisih faham
    Kalau kini aman tenteram
    Pohon ampun wahai kanda

    Buang yang keruh ambil yang jernih
    Baru teguh peribadi

    ReplyDelete
  3. Tak trbuka lagi hati nak makan sup lidah.. sup ekor bestlah.. :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.