Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Petang2 mcm ni sedap makan kuih apam gula hangus ni. Gandingan pula dngn teh O panas...mmng best. Sebelum ni dah buat guna resepi ni, mmng best, sedang elok je manisnya dan yang penting ianya tetap lembut walau dah semalaman. Rasanya ramai dah cuba buat kuih ni kan, pada yg belum tu..bolehlah cuba...jom semak resepinya.
Resepi:- Apam Gula Hangus
500 gm gula pasir
500 ml air
* Gula dihanguskan dan diletak air
450gm tepung gandum
21/2 sudu kecik soda
1 1/4 cawan minyak jagung
85gm susu pekat (zie guna susu pekat cap teko)
75gm Margerin (zie guna margerin Pelangi)
5 biji Telur ( A atau B )
Cara-caranya :-
1. Mula-mula hanguskan gula.Setelah gula hangus masukkan air. Biarkan sejuk.
2. Soda Bikabonat diayak masuk ke dalam bekas berisi tepung. Gaul tepung gunakan whisk.
3. Blend telur dan minyak hingga nampak berbuih.(warna bertukar jadi putih)
4. Masukkan susu pekat dan margerin dalam blender. Blend lagi.
5. Tuangkan ke dalam bekas berisi tepung.
6. Masukkan sekali air gula yang telah dihanguskan ke dalam bekas.
7. Kacau menggunakan whisk.
8. Blend semua bahan yang telah dikacau.
9. Lengserkan acuan dengan sedikit je minyak masak. Tuangkan adunan yang telah diblend tadi. Tuang 3/4 acuan aje...apam akan kembang selepas dikukus.
9.Kukus pada api sederhana kuat selama15 minit.
10. Bila dah masak, keluarkan apam dari acuan sementara masih panas.
my auntie yg sudi menyumbang resepi ni... sedap lembut & gebu...
Kalau dah buat tak jadi lembut jugak tu maknanya korang kena datang masuk kelas zie tahun depan...tu pun kalau zie rajin la kan..he he..
Selamat Mencuba :)
Subuh nanti baru zie jalan-jalan blog korang yek..nak start buat kuihhhhh :)
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum.
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.