Pesawat TransAsia Airways Flight GE 222 yang membawa 54 penumpang dan empat anak kapal terhempas di kawasan kediaman selepas cuba membuat pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Magong ketika cuaca ribut dekat Pulau Penghu, petang semalam.
Kapal terbang itu dalam pernerbangan dari selatan Taiwan ke Pulau Penghu
di sebelah barat.
Pihak Berkuasa Pengangkutan berkata, salah satu kotak hitam pesawat berkenaan sudah dijumpai.
Kapal terbang turboprop ATR-72 itu pada asalnya dijadualkan berlepas pada jam 4 petang tetapi terbang dari Kaohsiung pada jam 5.43 petang berikutan cuaca buruk.
Beberapa penduduk kampung turut mengalami kecederaan ekoran nahas itu.
Sementara itu, Ketua Majlis Penerbangan Awam Taiwan, Wang Hsing-chung berkata, masih terlalu awal untuk membuat spekulasi mengenai punca nahas. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum.
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.