Pages

Saturday, 16 August 2014

Jamuan Raya Sekolah Irfan

awal pagi

Sempena Majlis Sambutan Aidilfitri  di Sekolah Rendah , anakku Mohd Irfan meminta aku mengadakan makanan ringan untuk sekolahnya.Katanya Guru suruh bawa makanan wajib. Maka aku pun dengan hati yang ikhlas, walaupun penat sikit sebab baru sahaja menyiapkan tempahan talam terus buat Puteri Ayu extra adunan ....whisk !!! dah siap. Irfan  tolong sama. Memang setiap hari selesai kerja sekolah dia membantu sapukan minyak pada acuan puteri ayu .Nak tergelak pun ada bila tengok gelagat irfan ni. Biarkan..sekarang dia dah tahu proses membuat karipap dan puteri ayu sukanya dia.Bila dah tengok hari2 kuih nie dia dah jemu nak makan.



time balik 



Cerita lucu Irfan bawa balik bila katanya sampai je di sekolah ibu, cikgu terus cakap terima kasih Irfan. Lepas tu semua Cikgu dan murid keliling kuih ni dah habis sekelip mata, kawan2 datang tengok kat bekas kuih atas bawah 2 kali terbeliak biji mata tengok2 dah habis. Sedapnya irfan kuih ibu ko buat...lembut gebuuu dan wangi.Aku yang mendengar anak teruna sorang ku ni bercerita sakit perut gelak besar. Aku pun tanya anak ku 'Ibu buat sedap ke'. Kata Irfan ' ee! mestilah sedap, kuih ibu buat semuanya sedap'. Aku tertawa gembira lantas terus berkata ' bukan ke sebab Irfan pengemar kuih ke adik irfan ini memang kaki makan semua nya kata sedap'. Ibu ni, mana ada ... Aku ketawa lantas terus memeluk dan menciumnya dengan penuh kasih sayang. Indahnya hidup ini bila Allah anugerah satu perasaan tulus berbunga-bunga pada orang yang kita sayang.


Ok semua.. ni pun saya curi masa bangun awal nak update blog...rindu kat semua... papehal komen k...hurm sedey laa tak sempat nak komen blog korang...maafkan sayaa...wuaaaa ni nak siapkan oder talam dan puteri ayu... lepas zohor nak ge beraya ke Bukit Beruntung dan Kenduri Kendara merata2 pulak..habis diet akak...lalaaa...Assalamualaikum ! :)



4 comments:

  1. wsalam kak, tak apa dulukan yang mana penting yer...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Kak..utamakan mana yg penting Kak..

    ReplyDelete
  3. Wah wah wah anak teruna dah pandai bab2 buat kuih dahh ...Bagus betul Irfan ni boleh la tlong Mama .. Tahniah Irfan ..Mmg ler kuih Mama TERBAIK !!! Tak gtu Irfan

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.