Pages

Saturday, 6 December 2014

CROISANT SHAPE TUTORIAL...ROTI


Kopipes dari Myresipi.com, sumbangan S_Shamen

Bahan

  • 500gm tepung gandum
  • 90gm gula
  • 350ml susu suam
  • 340gm butter
  • 15gm yeast
  • sedikit garam
  • telur untuk kilatkan croissant
  • tepung untuk dusting

Cara

  1. Masukkan tepung, gula, garam, yeast & susu kedalam mixer, pukul selama 8-10 minit. Dah siap pukul, tabur2kan tepung sikit (dust), cantik2kan doh tu sikit & biarkan dia naik 2 kali ganda (1.5 - 2 jam). Seeloknya tutup dengan towel basah.
  2. P1010001
    Sementara tunggu doh naik, kita siapkan butter. Letakkan butter di atas cling wrap & tutup dia atasnya dengan cling wrap. Penyekkan dengan tangan sikit, & lepas tu lenyekkan dengan roller pin. (jadikan dia bentuk 4 segi). Tak jadi 4 segi pun takper..Lepas tu simpan mentega tu dalam peti sejuk sekejap sementara tunggu doh naik. (jgn sampai terkeras sangat pulak mentega ni nanti, agak2..) butter ni saya lenyek panjang sangat..kalau u all buat, pendekkan sikit
  3. P1010002_1_
    Bila doh dah ready..kita canai doh supaya jadi 4 segi panjang. letakkan mentega di tengah doh & lipatkan doh tersebut (mcm kita lipat kain) supaya bertemu antara satu sama lain). Pasti kan doh cover kesemua butter yag kat dalam tuu.
  4. 04042007_001_
    Bila dah lipat, kita canai lagi sekali. Kali ni..pastikan lipatan yang bertemu mula2 tadi dalam posisi menegak (12 o'clock & 6 o'clock). Canai memanjang dan lipat lagi sekali. Balutkan dengan cling wrap dan simpan dalam peti sejuk selama 30 minit.
  5. Keluarkan dari fridge, canai lagi mcm proses no 3, dan simpan lagi dalam fridge. Bila dah cukup 30 minit..keluarkan dan ulang lagi proses yang sama..dan kali ni..simpan overnite dalam fridge.
  6. 05042007
    Bila nak mula shaping..keluarkan dari fridge..dah belah dua doh seperti dalam gambar.
  7. 05042007_002_
    Canai nipis doh senipis 0.4 - 0.5 cm dalam bentuk 4 segi memanjang. Kemudian kemaskan bahagian tepi doh degan pisau. Potong doh seperti dalam gambar.
  8. 05042007_003_
    Gulung doh dari bawah ke atas, seperti dalam gambar. Ulang sehingga habis. Rehatkan untuk doh membesar 2 kai ganda. Sapukan telur di atasnya dan bakar (15 minis - 190C).

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.