Kole kacang Maszie pasti jadi fevret ramai yg memakannya. Oh, patutlah..lihatlah betapa mewahnya butiran tahi minyak yang ditabur atas koleh.
Senang ajer membuatnya. Kita perlukan 1 biji kelapa tua, parut, blend dan ambil perahan santan pertama (kepala santan) Lepas tuu, sukat 900 ml santan pekat. Tambahkan 1/4 sudu kecil garam. Masak sampai terbit minyak dan kacau sampai berubah warna seperti dlm gambar.
Jika anda rasa banyak sangat tahi minyak yang terhasil, boleh kurangkan sukatan kpd 600 ml dengan garam cuma 1/8 sudu kecil.
Pada yg memang buat bisnes, anda boleh siapkan terlebih awal tahi minyak. Buat banyak2 dan simpan dalam freezer. Bila ada order, just nyahbekukan..
Jangan sesekali guna santan kotak..x menjadi. Boleh guna santan pekat yang dibeli di pasar tapi hasilnya butiran tahi minyak agak halus macam sambal.
Minyak tanak yg terhasil boleh dicampur sedikit dlm koleh kacang, hasilnya akan lebih berkilat dan wangi. Selebihnya, bolehlaa digunakan unutk buat minyak selusuh atau letak pada rambut (campur dengan bunga melur)
rupa asli tahi minyak yang diasingkan
bagi close up sikit...hihi...
Sediakan Tahi Minyak :
1 biji kelapa yg di parut...ambil santan pekat (jgn beli santan pekat dlm kotak atau dlm bungkus pelatik)
1/8 garam halus
- Masukkan santan dan garam dlm kuali..masak sampai jadi tahi minyak..tapis ketepikan dahulu tahi minyak dan minyak kelapa tu.
PADA SESIAPA YG TINGGAL AREA SETIA ALAM,KLANG DAN SHAH ALAM, YG BERMINAT UTK ORDER KUIH INI, SILA SMS @ WHATSAPP NO ZIE YA 018 2901231. DIPOTONG 64 BIJI..SELF PICK UP.
Okeylah, selamat mencuba yer.
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum.
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.