Pages

Saturday, 3 January 2015

SALAM MAULIDUR RASUL 1436H

ASSALAMUALAIKUM.


"Subhanallah, Walhamdullillah, Walailahaillallah, Allahuakbar"


12.Rabiulawal.1436 Hijrah atau 3hb.Januari.2015 adalah hari Keputeraan Baginda Rasulullah Nabi Muhammad SAW.
Baginda adalah pemimpin umat Islam yang tiada tolok tandingnya.
Marilah kita berpegang kepada Sunnah & Ajarannya.
Jom Sahabat Memperbanyakkan Selawat keatas Nabi junjungan kita Nabi Muhammad SAW.
Allah swt berfirman dalam surah al-Ahzab ayat 56:
Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat memberi Segala penghormatan dan kebaikan kepada Nabi Muhammad SAW.
Wahai orang-orang Yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta Ucapkanlah salam sejahtera Dengan penghormatan Yang sepenuhnya.

Sempena tahun hijrah 1436 ini, Zie mengambil inisiatif untuk berkongsi sedikit akhlak terpuji Rasullullah s.a.w yang patut dijadikan teladan dan ikutan kita dalam kehidupan .

- Pemaaf dan tidak mengendahkan sikap buruk orang lain.  (Sangat sabar dengan karenah orang lain  )
-Adil, suka melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran .
-Sangat penyabar dalam perjuangan . (Walau diduga beliau tetap bertahan dengan begitu sabar)
-Menolak kejahatan dengan baik . ( Rasulullah amat menjaga hati orang lain dengan menolak setiap perkara buruk dengan baik supaya orang yang berbuat salah itu tidak berkecil hati dengannya )
-Sentiasa mensyukuri nikmat ALLAH s.w.t
-Mampu menahan kemarahan .
-Menunaikan hak sesama muslim.  (hadis hak sesama muslim )
-Melahirkan kasih sayang melalui ucapan salam.
-Menghadiri undangan .
-Suka memberi nasihat dan menjawab kemusykilan.
-Mendoakan orang yang bersin.
-Menziarahi orang sakit, mengurus jenazah , menolong orang teraniya
-Mencintai sesama muslim seperti diri sendiri
-Berbuat baik kepada jiran
-Sentiasa bersedekah pelbagai perkara
-Membantu meringankan beban orang lain
-Menutup aib orang (hadis aib )
Hadis riwayat Ibnu Umar ra.:

Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Seorang muslim itu adalah saudara muslim lainnya, dia tidak boleh menzaliminya dan menghinakannya. Barang siapa yang membantu keperluan saudaranya, maka Allah akan memenuhi keperluannya. Barang siapa yang melapangkan satu kesusahan seorang muslim, maka Allah akan melapangkan satu kesusahan di antara kesusahan-kesusahan hari kiamat nanti. Dan barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, maka Allah akan menutupi aibnya pada hari kiamat. (Shahih Muslim No.4677)
-Merintis dan menunjuk jalan kebaikan .
-Memberi kepada orang yang meminta atau mendoakannya
-Meninggalkan perkara sia-sia
-Mencari keredaan dan menghormati ibubapa
-Menyambung siraturrahim dengan keluarga
-Sentiasa diam dalam hal-hal yang tiada kaitan dengan dirinya sendiri
-Sentiasa muhasabah diri
-Bersifat malu
-Menjaga kehormatan atau tidak mengumpat orang lain
-jujur dan ikhlas dalam beramal
- bersifat tawaduk
-tidak bersifat riak
-tidak menduduki tempat orang lain tanpa izinnya
-tidak bebrisik antara teman ketika bertiga
-berhemah dalam perbelanjaan dan penggunaan harta
-memikirkan dan mengutamakan orang lain
-tidak memulau sesama muslim
-tidak meniru atau menyerupai cara hidup bukan islam
-tidak berdengki
-mampu menguasai dan menahan perasaan marah
-tabah dan tetap pendirian
-berani
-dermawan dan pemurah
-tidak buruk sangka 
-tidak mencaci maki sesama muslim
-tidak berdebat dan berbantahan
-Lemah lembut
-menyayangi anak yatim
- Walaupun beliau terpelihara dari dosa : maksum dan dan mulia di sisi ALLAH, beliau tetap merendah diri dan memohon dijauhi dari akhlak yang buruk.
-bertanggungjawab terhadap pembantu rumah
-menyayangi binatang

Semoga kita sentiasa belajar sesuatu dari baginda Rasulullah s.a.w dan sentiasa berselawat dan mengamalkan sunahnya. Salam maulidur Rasul buat semua. :)


1 comment:

Assalamualaikum.
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.