Pages

Saturday, 28 February 2015

MANDI AIS HIDROTERAPI

salam semua..semoga kalian sentiasa dirahmati dan sentiasa mendapat syafaat darinye.

nak rekomen kat uolls semua jugak ni.
try mandi ais ni tau rasai dan nikmati sendiri.
Kesegaran
Kecerdasan
Kelangsingan (ni ceq suka..badan ringan ja)
Keseimbangan
Keyakinan diri
macam2 lagi kelebihan mandi ais hidroterapi.

Ya ALLAH..
kirimkan dia yang dapat membawa kebaikan,
Baik bagi duniaku,akhiratku dan agamaku..
Agar kami sama2 berjamaah tuk tetap Menuju_Mu..
Bimbinglah hati kami ,Kuatkan hati kami..

Penuhilah dengan Rahmat & kasih sayang_Mu..Aamiin ya Rabb...

( Untuk sahabat yang sedang menimati Mandi Ais  Karena ALLAH..Moga ALLAH memberi yang TERBAIK dalam Pandangan & Pilihan_Nya...mengabulkan doa kita semua.....Aamiin )

Sebelum mandi ais


Amboiii...pening memikir ayat-ayat untuk berdoa sebelum mandi yea...Sarina...:-)



Selepas Kami Mandi Ais

Hiasilah Kesulitan Hidup Dengan Istighfar
Nescaya Kita Akan
Dapat Merasai
KETENANGAN Dan KEMANISAN
Disebalik Kepahitan
Ujian Yang
Allah Berikan




Kawan2 yang nak mandi ais hubungi Puan Diana yang berhijab Kuning yea...










So sila rebut sementara harga masih lagi harga promosi ni ye.. 

PROMOSI TERAPI MANDIAN AIS


Februari bakal berakhir namun ramai yang tidak berkesempatan untuk book slot mandi ais memandangkan kelapangan masa yang agak terhad.


Dengan ini, Million Aura ingin membuka tawaran baru sempena bulan baru yang bakal menjelang beberapa hari sahaja lagi.

HARGA ASAL RM 160

Istimewa untuk anda sepanjang MAC 2015, dapatkan sesi mandian ais dengan harga kasih sayang untuk ALUMNI.

RM 99 (seorang)
RM 129 (rakan @ pasangan seterusnya)

Pasti tidak sabar kan?

Untuk temujanji, hubungi Puan Diana 011-35257311


Kebaikan Mandi Ais


Kebaikan Mandi Ais





          MANDI ais juga dapat membantu seseorang menjadi lebih kurus.(i like...)

Mungkin kawan-kawan sudah biasa mendengar bahawa ais boleh mendatangkan banyak kesan negatif kepada tubuh badan seperti melemahkan penghadaman yang membawa kepada masalah perut buncit, menjadikan tubuh mudah letih dan sebagainya.
Tetapi itu terjadi apabila anda sering mengamalkan minum air sejuk atau mengunyah ais batu. Namun, tahukah anda, jika sering mengamalkan mandi air sejuk atau mandi ais, ia merupakan satu terapi dan mempunyai banyak kebaikan.
Malah, mandi ais juga telah menjadi salah satu teknologi dalam rawatan untuk merawat penyakit, kecantikan dan juga menenangkan minda.
Mandi air sejuk dikatakan dapat menjadi penawar untuk demam dan jangkitan kuman pada badan. Menurut satu kajian, kadar metabolisme yang tinggi hasil daripada mandi air sejuk adalah disebabkan badan kita cuba memanaskan badan secara sendiri dan mengaktifkan sistem imunisasi, sekali gus menghasilkan lebih banyak sel darah putih.
Selain itu, mandi ais juga dapat meningkatkan tenaga kerana jantung akan mengepam darah dengan lebih aktif seterusnya darah dapat mengalir dengan lancar ke seluruh badan.
Bukan itu sahaja, mandi ais juga dapat membantu untuk menjadi lebih kurus apabila ia merupakan cara terbaik untuk membakar lemak. Ini kerana kalori yang dibakar melalui haba kebanyakannya datang daripada lemak.
Apabila badan terdedah dengan suhu sejuk, lemak akan terbentuk. Sel-sel lemak inilah yang akan membakar glukosa dalam badan bagi menghasilkan haba badan. Penghasilan lebih banyak sel lemak akan membantu pembakaran lebih banyak tenaga, seterusnya dapat menjadikan tubuh lebih kurus.
Tekanan perasaan juga dapat dikurangkan dengan mandi air sejuk. Kajian dari Universiti Virginia Commonwealth mendapati air sejuk boleh merangsang ‘titik biru’ pada otak iaitu sumber utama bahan kimia yang membantu mencegah tekanan perasaan yang dikenali sebagai noradrenaline.
Air sejuk juga dapat menjadikan kulit dan rambut lebih sihat apabila ia membantu mengecilkan kutikel kulit dan pori-pori, seterusnya mengurangkan masalah jerawat. Selain itu, air sejuk dapat membantu menyingkirkan kotoran dan toksin dalam kulit menjadikan kulit lebih bersih dan awet muda.
Cara yang paling cepat untuk memulihkan otot yang tercedera adalah dengan mandi ais, selain dapat mengurangkan kesakitan sebanyak 20 peratus. Malah, untuk kaum lelaki pula, mandi ais dikatakan dapat meningkatkan kadar hormon testosterone yang akan memberikan kekuatan dan tenaga tambahan.


Artikel Penuh: © Utusan Melayu (M) Bhd 

Motivasi Pagi


Semua manusia ini hidup dalam mentadbir. Seorang yang dilantik menjadi Perdana menteri, dia sedang mentadbir negara yang terdapat rakyat-rakyat yang ramai. Seorang menteri besar, dia mentadbir negeri yang terdapat rakyat-rakyatnya agak kurang ramai berbanding sebuah negara. Orang yang menyendiri pun sedang mentadbir; iaitu dia mentadbir dirinya daripada mengikut kehendak hawa nafsu. Orang yang berada dalam rumah tangga, dia juga sedang mentadbir; iaitu mentadbir anak dan isterinya.

Seperti dia ada dua orang anak yang bergaduh, lalu untuk menyelesaikan pergaduhan antara dua orang anak itu, tidak dapat tidak perlu kepada politik, atau disebut kebijaksanaan mentadbir. Begitujuga, orang yang berpoligami. Di kala para isteri-isterinya bergaduh, mendesak dan sebagainya. Bagi menyelesaikan keadaan itu, perlu kepada kebijaksaan mentadbir yang disebut sebagai politik.

Rumah tangga ini, adalah dalam lingkungan yang kecil. Di sana wujud lingkungan yang lebih besar, disebut sebagai kampung, daerah, DUN, Parlimen, Negeri, negara dan dunia itu sendiri.

Ada pihak mengatakan bahawa tidak boleh berpolitik dalam masjid. Sudah pasti, kenyataan ini bercanggah dengan cara Islam. Ini kerana, hidup ini merupakan politik. Justeru, apabila disebut hidup secara islam, sudah pasti Islam yang menjadi panduan dalam mentadbir kehidupan.

Tempat yang paling penting berpolitik dalam Islam adalah di masjid. Sebab itu, politik dan masjid tidak boleh dipisahkan. Apabila disebut politik Islam, ia mesti bermula di masjid. Dan masjid itu sendiri, menjadi tonggak untuk membina wajah politik Islam.

Nyata, politik dan masjid tidak boleh dipisahkan. Bahkan, ia adalah saling perlu memerlukan. Tanpa masjid, maka tiada politik islam. Tanpa politik islam, maka tiada masjid. Ia sama seperti orang kata, jamban itu tempat buang air besar. Kalau orang kata tidak ada politik dalam masjid, samalah seperti orang kata bahawa jangan buang air besar dalam jamban.

Tok Guru Nik Abdul Aziz dalam satu kuliah tafsirnya di medan ilmu, Dewan Zulkifli

Friday, 27 February 2015

Motivasi Pagi

Assalamualaikum
Salam subuh salam Jumaat mubarak
Selamat pagi blogger semua
Dihari yang penuh barokah ini marilah kita perbanyak ibadah dan doa kita kepada Allah
Mudah2an dikabulkan NYA aamiin.



"Umur ialah anugerah Allah SWT kepada kita. Ia hanyalah merupakan bekas yang boleh diisi samada dengan pahala atau dosa. Orang yang beriman akan sangat bimbang mengisi bekas umur ini dengan dosa kerana takut kesannya pada hidup. Sebagaimana orang kita kalau ingin meracun lalang, dibancuh racun di dalam baldi. Baldi itu sebelum diguna semula untuk tujuan lain akan dibasuh sebersih-bersihnya keranabimbang kesan buruk racun jika tidak dibersihkan. Maka sebagaimana kita basuh baldi yang berisi racun bimbang kesan buruknya, demikian bekas umur kita wajib dibasuh dengan amalan soleh jika pernah diisi dengan dosa..." - petikan kuliah YB Tuan Guru semasa menafsirkan Surah Al-Asr. 

Thursday, 26 February 2015

SEMINAR TRANSFORMASI MINDA


24/2/2015

"USAHAWAN WANITA " U-BOLEH"
NEGERI SELANGOR



Kami tetap bersama...

Perkongsian Pengalam Bersama Usahawan Wanita Berjaya:
Yg. Berbahagia Dato' Seri Vida - Pengarah Urusan Vida Beauty




I create, I learn, I grow, I do.. If cannot do big and great things, do small things in great way.. Dont just create a dream, move and do it now, right now.. 

p/s : mood : GEDIK NK QU PUTIH!=)

#Buat Tanpa Tapi, Lakukan Tanpa Nanti 

Wanita Terbahagia – Bunga Citra Lestari



Jujur ku mengakui
Pantas ku beri
Seribu pujian buat kamu
Jauh di dalam hati
Selalu ku rasa
Bersyukur aku mengenangmu
Kerna cinta dari kamu
Jadikan aku
Wanita terbahagia di dunia
Bersama kamu
Ku jadi tahu
Artinya waktu
lebih berharga dari harta di dunia
Bersama kamu
Ku rasa jauh
Lebih mengerti
Arti cinta tanpa harus mengucapkan cinta
Kamu ku yakin tahu
Ku yakin sama
Tujuanmu dengan tujuanku
Jauh di dalam hati
Selalu ku rasa
Bersyukur aku mengenangmu
Kerna cinta dari kamu
Jadikan aku
Wanita terbahagia di dunia
Bersama kamu
Ku jadi tahu
Artinya waktu
Lebih berharga dari harta di dunia
Bersama kamu
Ku rasa jauh
Lebih mengerti
Arti cinta tanpa harus mengucapkan cinta
Bersama kamu
Ku jadi tahu
Artinya waktu
Lebih berharga dari harta di dunia
Bersama kamu
Ku rasa jauh
Lebih mengerti
Arti cinta tanpa harus mengucapkan cinta
Bersama kamu
Ku rasa jauh
Lebih mengerti
Arti cinta tanpa harus mengucapkan cinta


Sekian saja lirik lagu untuk kita renung-renungkan. 

Tata.

Wednesday, 25 February 2015

Motivasi Pagi





"Satu daripada azab Allah kepada manusia ialah dikeraskan hati perut.Hasilnya,mungkin dia boleh menerima pelbagai ilmu,tetapi tidak akan dapat menerima hidayah. Sebabnya ialah hatinya telah dikeraskan,dikunci atau dicop. Sebagaimana kita letak surat di dalam sampul,bila sampul tersebut telah dicop untuk dihantar,ia tidak boleh lagi dibuka untuk dikeluarkan isinya atau dimasukkan bahan lain untuk menambah isi kandungannya. Demikianlah hati bila dicop,hidayah dari Allah tidak akan dapat lagi masuk"

SEBARKAN SEBANYAKNYA....Moga Menjadi Amalan Kita Semua..

Tuesday, 24 February 2015

Souvernir dari Kapal Republik Korea Tentera Laut

Salam..

Selamat malam.


Sebelum ape2 pun..
nak cakap..selamat bercuti CNY la yea...
yang dah  mula keje hari nie teruskan..
sambil makan buah limau bestnyer laaaa....i
ndahhh hidupppku...

Dapat souvernir fridge magnet dan cap kali kedua dalam tahun nie dan yang kedua dalam bulan Feb,2015 nie.Souvernir dari Kapal Tentera Laut Korea.



ROKS WONG GEON is a CHUNGMUGONG YI SUNSHIN Class destroyer of Republic Korea Navy , piloted inbound today 18th February 2015 at 0600 hrs. length 159 metres , GRT 5,530 tons , width 17.4 metres and draft 7.5 metres . Speed of 29 knots and her crew of 300....absolutely powerful warship


Dato' Siti Nurhaliza - Jaga Dia Untukku


Lirik Lagu Jaga Dia Untukku - Siti Nurhaliza 

Mahu ku bersama
Mahu ku ke sana diriku tak disini lagi
Waktu tak bicara
Lama terasa seakan terhenti mengiringiku

Tenanglah duhai jiwa 
Tebarlah tulus doa 
Ku kepadanya saatku tiada

(Korus)
Tuhan Jaga dia untukku
Kala ku masih jauh
Bagai menghitung resah berkepingan berderaian

Tuhan Jaga dia untukku 
Selamanya ku ada
Mencipta syurga bersama
Menyayangi mendampingi dia

Terbangkan diriku
Bersayap seribu biar detik menjadi laju
Langit pun mendengar
Jadi penawar mengusir debar jatuh ke dasar

Tenanglah duhai jiwa
Tebarkan tulus doa 
Ku kepadanya saatku tiada

(Korus)
Tuhan jaga dia untukku
Kala ku masih jauh 
Bagai menghitung resah berkepingan berderaian

Tuhan Jaga dia untukku 
Selamanya ku ada
Mencipta syurga bersama
Menyayangi mendampingi

Mungkinkah ini menguatkan kita
Lambang cinta ku dan dia
(Ulang Korus)

Motivasi Pagi

Assalamualaikum...


"Di dalam doa kita minta Allah SWT supaya memberikan Afiyat kepada kita. Afiyat ialah antibodi yang membenteng rohani. Sebagaimana orang yang sihat sekalipun berada di tengah-tengah orang yang sakit tidak akan berjangkit oleh sebarang penyakit kerana ada antibodi. Demikian juga rohani kita, jika ada antibodi ia akan bertahan daripada cenderung melakukan maksiat. Antibodi itulah yang disebut sebagai Afiyat"

Berehatlah Murobbiku Dengan Tenang & Aman Bersama Para Solihin...AL-FATIHAH.....

Monday, 23 February 2015

Inspiration 108# Creative & Funny Orange Carvings









Terimalah kritikan yang membina, pandangan yang berguna, teguran berhikmah dan nasihat yang bermanfaat untuk kebaikkan bsama...berlapang dada lahhh untuk terima semua itu, kita sememangnya tiada yang sempurna...


Sources:
Victor Nunes

Lirik Lagu Bila Tiba - Ungu


Lirik Lagu Bila Tiba - Ungu

Saat tiba nafas di ujung hela
Mata tinggi tak sanggup bicara
Mulut terkunci tanpa suara

Bila tiba saat berganti dunia
Alam yang sangat jauh berbeda
Siapkah kita menjawab semua
Pertanyaan

Bila nafas akhir berhenti sudah
Jatung hatipun tak berdaya
Hanya menangis tanpa suara
Ooo

Mati tak bisa untuk kau hindari
Tak mungkin bisa engkau lari
Ajalmu pasti menghampiri

Mati tinggal menunggu saat nanti
Kemana kita bisa lari
Kita pastikan mengalami
Mati

Mati tak bisa untuk kau hindari
Tak mungkin bisa engkau lari
Ajalmu pasti menghampiri

Mati tinggal menunggu saat nanti
Kemana kita bisa lari
Kita pastikan mengalami
Mati

FM DARI JAKARTA

Selamat pagi Isnin kepada semua rakan rakan antik di luar sana.Uolls mesti sibuk kemas rumah dan mendobi...biasa lah cuti panjang berjalan atau balik kampung last cuti mendobi lah kita.Tak kurang sibuk juga anda yang ingin penghantaran anak-anak pulang ke Universiti,Kolej dan asrama..tak kira sama ada naik kapal terbang ,Bas atau kenderaan sendiri pandulah dengan mematuhi undang-undang, cermat, berhati-hati dan bertimbang rasa.Biarlah kepulangan anda diraikan dan bukan ditangisi.


Jom harini kita layan gambar FM dari Jakarta ni yee, dah ramai dah otai otai FM yang ada FM Hard Rock nii, apapun bunganya memang cunn melecunn.Souvernir dari Mummy Lynn ge Jakarta bulan Dis.2014 so cuti CNY baru bertemu...




FM.130

FM.131

 FM HRC.132

ShortGlass Hard Rock JAKARTA

Hihi. Thank u sooo much mummy Lynn! xoxo


Cantik di mata, cantik di hati dan semuanya indah belaka. Salam mesra di angin lalu, daaaa.

Motivasi Pagi:HAIWAN & MANUSIA


"Seekor haiwan tidak akan peduli tentang halal dan haram
makanan yang ditelannya.Ia tidak peduli kebun atau harta
orang kerana halal haram bukan satu persoalan baginya.
Berbeza dengan manusia, halal dan haram merupakan satu persoalan yang perlu difikir sebelum makan atau melakukan sesuatu. Jika tidak, seorang manusia itu samalah tarafnya
dengan haiwan..."


PESANAN TUAN GURU Nik Abdul Aziz Nik Mat BUAT KITA SEMUA...

SEBARKAN SEBANYAKNYA...

AL-FATIHAH...DAMAILAH MU DISANA BERSAMA PARA SOLIHIN....

Sunday, 22 February 2015

KEK MABLE SEXY & KEK COMEL

Kini Maszie'liciouse juga mengambil tempahan untuk Kek Marble Sexy dan Kek Comel . Menggunakan butter. Sesuai dijadikan doorgift mahupun untuk makan-makan. Rasa yang cukup enak serta moist. Dilengkapi dengan rasa strawberi, coklat dan vanilla. Insya-Allah anda akan berpuas hati

Kek Marble Sexy
Terdapat dalam saiz:
RM10 =3 X 7
RM30 = 8 X 8


Pembelian dalam kuantiti yang banyak, harga boleh dirunding lagi.

Kalau berminat boleh whatsapp @ sms zie 017 6950072

:) :) :) 



Tempahan CNY

Assalamuailaikum...

Selamat berhujung minggu buat semua pengunjung blog MZ ...hari ni apa program bersama keluarga tersayang?? Masih ramai yang tersangkut dalam jam banyak2 bersabar yea...

Okey hari nie nak buat entry ringkas jer.(mmg sentiasa ringkas) ni pic tempahan untuk cuti raya cina CNY seminggu .Alhamdulillah rezeki dari Allah s.w.t.walaupun tidak banyak tapi hari2 ada tidak pernah putus...syukurrr

PUTERI AYU 150PCS
SERIMUKA PANDAN
TALAM BUTTERSCOTCH


KEK COMEL MZ
150 PCS KEK COMEL

APAM GULA HANGUS MZ
APAM GULA HANGUS 200 PCS Uncle Chinese Neighbour yg oder

Apam Love

KEK MARBLE SEXY MZ (PANDAN)
5 BIJI KEK MABLE SEXY

KEK MABLE SEXY MZ
Terimakasih kerana sudi membuat tempahan dengan maszie'liciouse. (Lainkali order la lagi).
Kalau berminat boleh whatsapp @ sms zie 017 6950072

:) :) :) 

Motivasi Pagi : BREK MANUSIA


Assalamualaikum 


"Bila kita beragama,dengan sendiri kita akan
merasa bahawa disisi kita\ada malaikat yang
memerhati, ada Allah SWT
sedang
memantau...Keyakinan ini
merupakan satu brek
untuk kita terus lakukan
dosa...tanpa ada yakin
seperti ini manusia akan
hilang brek...kalau kereta
hilang brek, ia akan terjun gaung. tapi kalau manusia
hilang brek, dia akan
terjun Neraka..."


PESANAN TUAN GURU Nik Abdul Aziz Nik MatBUAT KITA SEMUA...

SEBARKAN SEBANYAKNYA...

AL-FATIHAH...DAMAILAH MU DISANA BERSAMA PARA SOLIHIN....

Saturday, 21 February 2015

Rezeki



Kita nak duit banyak, rumah besar, kereta mewah, sales menderu, harta menimbun dan ntah apa lagi
Tapi jarang kita hargai nikmat rezeki sebenar yang dikecapi dalam setiap saat kehidupan hari-hari
Rezeki nyawa
Dapat bangun pagi dan dan menghirup udara pagi yang nyaman hari ini.
Rezeki jalanraya
Bergerak ke destinasi dan semua "trafficlight" hijau bagi kita lalu lancar tanpa henti
Rezeki perut
Sibuk buat kerja sampai perut berbunyi, tetiba ada orang hulur bungkusan makan free
Rezeki alam
Hari panas tetiba hujan, hari lembab datang matahari
Rezeki keluarga
Balik ke rumah disambut anak isteri/ibu ayah yang baik hati
Rezeki sahabat
Posting fb ramai pulak kawan yang baik pekerti, suka like dan komen lagi...he heee
Rezeki hari
Allah sediakan Jumaat, hari rezeki penuh rahmat untuk orang yang memberi.
Mari lebihkan Istighfar, selawat dan bersedekah hari ni.
Rezeki ada
Bila ada boleh memberi. Beri wang, beri khidmat (tabik spring pada yang berkhidmat pada mangsa banjir), beri salam, beri senyuman, beri doa dan lain lain

SubahanaAllah, inilah rezeki yang mungkin kita lupa tapi janji Allah itu pasti.
Moga Allah rahmati kita semua
Amin...