Semua manusia ini hidup dalam mentadbir. Seorang yang dilantik menjadi Perdana menteri, dia sedang mentadbir negara yang terdapat rakyat-rakyat yang ramai. Seorang menteri besar, dia mentadbir negeri yang terdapat rakyat-rakyatnya agak kurang ramai berbanding sebuah negara. Orang yang menyendiri pun sedang mentadbir; iaitu dia mentadbir dirinya daripada mengikut kehendak hawa nafsu. Orang yang berada dalam rumah tangga, dia juga sedang mentadbir; iaitu mentadbir anak dan isterinya.
Seperti dia ada dua orang anak yang bergaduh, lalu untuk menyelesaikan pergaduhan antara dua orang anak itu, tidak dapat tidak perlu kepada politik, atau disebut kebijaksanaan mentadbir. Begitujuga, orang yang berpoligami. Di kala para isteri-isterinya bergaduh, mendesak dan sebagainya. Bagi menyelesaikan keadaan itu, perlu kepada kebijaksaan mentadbir yang disebut sebagai politik.
Rumah tangga ini, adalah dalam lingkungan yang kecil. Di sana wujud lingkungan yang lebih besar, disebut sebagai kampung, daerah, DUN, Parlimen, Negeri, negara dan dunia itu sendiri.
Ada pihak mengatakan bahawa tidak boleh berpolitik dalam masjid. Sudah pasti, kenyataan ini bercanggah dengan cara Islam. Ini kerana, hidup ini merupakan politik. Justeru, apabila disebut hidup secara islam, sudah pasti Islam yang menjadi panduan dalam mentadbir kehidupan.
Tempat yang paling penting berpolitik dalam Islam adalah di masjid. Sebab itu, politik dan masjid tidak boleh dipisahkan. Apabila disebut politik Islam, ia mesti bermula di masjid. Dan masjid itu sendiri, menjadi tonggak untuk membina wajah politik Islam.
Nyata, politik dan masjid tidak boleh dipisahkan. Bahkan, ia adalah saling perlu memerlukan. Tanpa masjid, maka tiada politik islam. Tanpa politik islam, maka tiada masjid. Ia sama seperti orang kata, jamban itu tempat buang air besar. Kalau orang kata tidak ada politik dalam masjid, samalah seperti orang kata bahawa jangan buang air besar dalam jamban.

Tok Guru Nik Abdul Aziz dalam satu kuliah tafsirnya di medan ilmu, Dewan Zulkifli
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum.
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.