Pages

Monday, 9 March 2015

BENGKEL ASAS INSPIRASI KEK KOMERSIAL

Assalamualaikum Sahabat

selamat petang..

.

Semoga Allah permudahkan segala urusan kita..
amin

7/7/15






Ini cerita sabtu lepas lama mengidam nak ikut serta ke kelas masakan chef tersohor ni. Sejak tahun lepas lagi. Bila keluar jadual tahun ni cepat2 booking kelas2 yang dah lama aim.

Pada sesiapa yang belum mengikuti apa2 kelas dengan Chef Amer memang aku sarankan sangat2 pergilah. Memang berbaloi2! Chef ni tak lokek ilmu. Tanya apa saja kemusykilan dia boleh bagi jawapan tapi jangan terperangkap dengan jawapan yang tak logik. Chef ni suka bergurau. Siapa yang dah pergi tahulah. Dia juga tak lokek nak kongsikan barang2 yang digunakan, mana nak dapat, berapa harga nak letak kalau untuk jual dan macam2 lagi lah. Juga tak lokek dengan makanan yang sedap2 time breakfast dan lunch. Superb! Dapat ilmu, kenyang perut dan paling penting harga kelas berbaloi2. Hari tu dia ajar 15 resepi tapi  dapat lagi satu resepi free jadinya 16resepi. Pada kelas yang sebelumnya  maaflah ye...rezeki kita orang.




Jom intai2 kelas chef Amer di Akademi Chef Amer di Jalan Kg. Jawa Klang. Resepi..? maaf ye resepi berbayar. Chef kata kalau post kat internet nanti tak jadi, tak sedap orang salahkan dia. Kalau belajar di kelasnya kita lebih faham dan tahu nak adjust atau ada alternatif lain seperti yang diberitahu dalam kelas dengan lebih detail. Pergi menuntut sendiri lagi berkat dan diberkati. Eksklusif you!

Kacang Pool Daging Kisar yang sedap. Lain dari yang lain.


  • Kelas  melibatkan :

• Teori SEMUA TENTANG PASTRI
- Belajar mengenai peraturan pastri
- Jenis tepung, fungsi & tekstur.
- Perbezaan butter, marjerin & shortening
- Apa itu mousse, bavarian cream & chocolate cream
- Perbezaan pai & tat, puding & kastad


• Demo pembuatan Kek-kek Asas
- Praktikal Kek keju, kek coklat & ganache
Skrin gergasi pun dah terpasang... Video cam dah melekat..
Menu sarapan pagi :
• Kacang Pool Daging Kisar Arab Street
• Butter toasted French Baguete
• Sunny Side Up Egg
• Coffee, tea, milo & nescafe...
Menu tengah hari :
• Asam Pedas Muor Ikan Jenahak Pak Sahak
• Sayur Kobis & tauhu Goreng Bersantan Mak Intan.
• Sambal Belacan Air Mata Ibu Mertua Ku
• Ikan Kembung Jeruk Tak Berapa Masin dari Jasin
• Ulam Raja, Selom, Timun & Salad Sihat
• Air Biar lah Rahsia Antara Saya & Dato Siti..


Kalau lepas ni ada gambar2 kek without resepi tu faham2 je lah ye. Kecuali lah aku menderhakakan resepi tu.

Harap2lah..

Bye.

#nkjoinkelaswestern
#250bebaloi
#15resepi

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.