Pages

Thursday, 23 April 2015

Hilangkan Pahit Peria


Peria secara umumnya kurang digemari ramai seperti sayuran lain kerana rasanya yang agak pahit terutama sekali peria yg dipanggil peria katak. Tapi bagi yang mengetahui khasiat peria ni memang tak ada masalah untuk memakannya....bak kata orang 'pahit pun pahitlah janji boleh jadi ubat'...hehe.

-Menurunkan dan mengawal paras gula dalam darah
-Membantu mengubati sakit kencing manis
-merawat ketagihan alkohol
-Menurunkan darah tinggi-meningkatkan penghadaman dan melegakan sembelit, ketagihan alkohol
-mengurangkan panas badan, selsema, demam dan jangkitan virus
-melegakan cirit-birit, cirit berdarah, ulser, buasir, dan bisul dalam perut
-meningkatkan antibodi
-melegakan sakit sendi, gout, dan kebas-kebas
Dulu
datuk-nenek kita terpaksa
merebus buah peria dan airnya
diminum untuk menjadikannya ubat
sebab mereka tahu khasiat peria ni
Peria biasanya sedap sekiranya digoreng dengan cili tapi akan jadi lebiih sedap sekiranya digoreng celup tepung dan kemudiannya dicicah dengan sos semasa masih panas. Yummy!

Walaubagaimanapun, pahit peria boleh dikurangkan dengan merendam peria di dalam air campuran garam selama setengah jam selepas dipotong. Ataupun bagi sesetengah masakan yang tidak memerlukan peria dipotong kecil, peria tersebut boleh dikelar dengan garpu terlebih dahulu sebelum di rendam di dalam air garam.


Selamat Mencuba!

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.