Pages

Wednesday, 24 June 2015

RESEPI BUTTERCREAM 3


RESEPI 1

NUTELLA CLOUD FROSTING
Bahan 
1 cwn butter
1 1/2 cwn gula halus
1/3 cwn nutella coklat
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar susu segar@sejat
1/2 cwn coklat masakkan ( cairkan )

Cara
1.Putar butter bersama gula hingga sebati.
2.Masukkan susu dan esen vanilla putar sebati.
3.Masukkan coklat cair putar hingga lembut dan berkrim.
4.Masukkan nutella,gaul sebati.

RESEPI 2

NUTELLA BUTTERCREAM
Bahan
1/2 cwn butter
1 cwn nutella
1 cwn gula halus
1 sudu besar susu segar@sejat

Cara
1.Putar butter hingga lembut.
2.Masukkan nutella putar sebati.
3.Masukkan susu,putar sebati.
4.Masukkan nutella putar hingga lembut.

RESEPI 3

RICH NUTELLA BUTTERCREAM
Bahan
1/2 cwn coklat chip
1 cwn butter
15g nutella
2 1/2 cwn gula halus
1/4 cwn susu segar@sejat
2 sudu teh esen vanilla
1/4 cwn serbuk koko

Cara
1.Cairkan coklat chip cara double boiler.( ketepikan )
2.Putar butter bersama nutella kelajuan sederhana - laju hingga berkrim.
3.Masukkan coklat chip cair tadi,putar sebati.
4.Masukkan gula sedikit demi sedikit sampai habis sambil putar perlahan hingga sebati.
5.Maukkan serbuk koko,susu dan esen vanilla,putar hingga lembut.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.