Pages

Wednesday, 5 August 2015

Inspiration 140 #Gula2 pil


Bagaimana kita hendak mengukur tahap kebergantungan kita kepada Allah dan macam mana hendak kekalkan perasaan kebergantungan hanya kepada Allah? lihat apakah tindak balas spontan kita apabila berlaku sesuatu ujian daripada Allah, terutama apabila kita diuji dengan sesuatu yang kita tidak suka ia berlaku ke atas kita. Adakah kita datang kepada Allah atau kita cari kuasa lain selain Allah untuk mengadu dan menyelesaikan masalah kita. Reaksi spontan kita itulah paradigma dan tahap keimanan kita. Kalau berlaku sesuatu, kita tidak melihat diri kita tetapi kita mencari siapa yang kita patut disalahkan dan dipertanggungjawabkan, bermakna kita mengguna kanta melihat luaran, kita tidak menggunakan cermin untuk melihat kelemahan diri. (PROF DR MUHAYA)

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.