Untuk berubah kepada laluan hidup yang betul, kita mesti tahu tempat yang kita hendak tuju dan tujuan kita. Barulah kita tahu jalan mana yang kita mahu ambil, jangkaan berapa lama dan perancangan untuk mencapai destinasi kita. Dalam “kenderaan kehidupan”, kalau kita tidak tahu tujuan hidup kita, kita menjadi tidak tentu arah, mungkin sekejap berhenti di sana dan sekejap berhenti di sini. Kita juga akan menggunakan masa kita secara membazir kepada perkara yang tidak bermanfaat. Hidup kita menjadi tidak berfokus atau langsung lari daripada fokus destinasi kita.
(PROF. DR. MUHAYA)
Sources:
Victor Nunes
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum.
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.