Orang yang mantap imannya melihat masalah/musibah dengan ‘mata hati’, peristiwa negatif (masalah/musibah) sebagai satu peluang memperbaiki diri dan tidak menyalahkan sesiapa, apatah lagi menyalahkan Allah! Lazimnya hanya orang yang bermasalah akan banyak masalah, sebab orang yang bermasalah ialah orang yang tidak celik ‘mata hati’, maka semua dilihat sebagai masalah dan cepat berputus asa untuk berusaha mencuba lagi memburu impian dan cita-cita setelah gagal. Surah al-Hadid ayat 23, Allah berfirman yang bermaksud, “Supaya kamu jangan berputus asa atas apa yang telah lampau dan jangan bersuka ria dengan apa yang datang kepada kamu. Dan Allah tidaklah suka kepada orang yang sombong dan membangga.” (PROF MUHAYA)
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum.
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.