MaSZiE

KU TULIS PAKAI HATI

Pages

▼

Thursday, 16 May 2013

MY RECIPES 3: Ikan Kerai Masak Lemak Cili Api Tempoyak


Assalamualaikum wbt,

Kenyang sudah saya makan hari ni. makan apa? Balik mengundi aritu Makandak bagi ikan kerai dan ikan patin.Maaflah yer..ikan patin saya tak bertegur...bukan anak pahang jati(aterrr...tekak tak lalu,nak telan macam mana...) Ikan patin untuk en.cayang dan adik ELL .

Besarkan ikan tu dlm sekilo lebih gak beratnya.


 Rasa pedas dan berlemak kuahnya membangkitkan selera ketika menikmati hidangan.Sedap....sehingga menjilat jari kaki.

                                 Ikan Goreng + rempah kari


 Ikan Kerai Masak Lemak Cili Api Tempoyak

BAHAN-BAHAN:

  1. 1 ekor ikan kerai
  2. 19 biji cili padi (dikisar)
  3. 1cm kunyit hidup (dikisar)
  4. 2 batang serai / diketuk
  5. 300ml santan
  6. 400ml air
  7. 1 mangkuk kecil tempoyak
  8. Garam secukup rasa
  9. Daun kunyit



CARA MEMASAK:
  1. Ikan dah di bersihkan dengan asam ,bahan kisar,serai ,tempoyak dan air di dalam periuk.Didihkan.
  2. Kemudian masukkan santan dan perasakan secukupnya.Kacau selalu dan perlahanlahan.
  3. Akhir sekali,masukkan daun kunyit.
  4. Sedia untuk di makan
Senangkan ?Selamat Mencuba


maszie71@gmail.com at 2:00 am

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

‹
›
Home
View web version

About Me

maszie71@gmail.com
View my complete profile
Powered by Blogger.