Pages

Sunday, 30 June 2013

Detox Your Home

Bismillahirrahmanirrahim. Assalaamu Alaykum Wa Rahmatullaahi Wa Barakaatuh




Tinggal berapa minggu je lagi untuk kita sambut bulan ramadhan.sudah menjadi kemestian bagi akak ni kira operasi cara besar2ran punya.So apa yg patut di buwang dan apa yg patut di beli boleh kita list siap2 cari sebelom bulan pose dah penat dan orang terlalu ramai di mall.Saat ampir syawal kita kemas lagi..time nie nak tukar lagsir ,sarung kusyen,gubah bunga..dll.. untuk menghias rumah kita dengan sebaik mungkin untuk memberi keselesaan kepada para tetamu yang datang ke rumah. Untuk menghias rumah memerlukan perbelanjaan yang bukan murah. Pasti banyak duit yang akan habis untuk menghias rumah.
Hal-hal menghias rumah biasanya diserahkan kepada orang wanita tapi si lelaki tak patutlah lepas tangan. Perlu juga belajar sedikit sebanyak untuk menghias rumah ni. Kenalah sama-sama membantu bagi membetulkan susun atur, menyelamatkan bajet dan dalam masa yang sama rumah anda tetap berada dalam keadaan yang menarik.

I always feel that cleaning your house really like detox one of your life element. Setiap hari kita membeli, membuat, menyimpan, bahkan memadatkan ruang di dalam rumah. Banyak dari kita yang terbatas waktu, dan lebih banyak lagi kerana kebiasaan yang suke tangguh, tidak sempat membereskannya di saat itu juga. Jadi kalau memang kita bukan tipikal yang neat-freak, lebih baik ambil waktu paling tidak 6 bulan  sekali detox rumah.

Prinsip saya dalam mengemas barang adalah :

1. yang paling penting dari semuanya adalah : SORTING & GROUPING
2. simpan barang yang urgent terlihat dan mudah dicapai,
2. barang yang jarang dipakai masukkan dalam satu kotak,
3. barang yang sudah tidak disentuh selama 1 tahun dibungkus rapi di stor,
4. barang yang sudah tidak dipakai bahkan tidak tersentuh sampai 2 tahun, ambil keputusan : sisakan 1-2 yang betul2 memorabilia & penting, sisanya…..SUMBANG atau BUANG!




So….what are you waitin for? plan your day, don’t wait for next year, just start with your wardrobe… well, you’ll find between a death cockroach (!)…oorrr….that little black dress you thought already lost at moon. Cheers!Raya sebulan aje lagi...cepatan Detoc rumah anda...


Saturday, 29 June 2013

Hanging bed....never imagine before this


Jangan ingat tidur beralaskan katil dan tilam berharga ribuan ringgit menjanjikan tidur lena. Jika tak kena gaya, badan semakin lenguh dan keesokan paginya mata menjadi sembap kerana tidak cukup tidur.

Cool Hanging Boat Bed!!!



Semestinya, kamar tidur merupakan ruang peribadi yang untuk beristirehat setelah penat bekerja seharian. Pemilihan katil yang sesuai untuk kediaman bukanlah semudah membeli perabot untuk kediaman. Harus diingat, harga menjadi soal kedua memandangkan keselesaan menjadi faktor utama yang harus dipatuhi. Bagaimanapun rancang dan teliti ruang yang ada.
Pastikan sebelum membeli, ukur ruang dan ketinggian katil untuk disesuaikan dengan ruang yang ada. Tentukan bentuk katil mengikut keperluan kerana kebiasaannya terdapat katil yang disambungkan dengan meja belajar, almari atau alat bermain. Jika kediaman anda sudah biasa dikunjungi oleh kawan anak anda, pemilihan katil yang dilengkapi dengan tilam tambahan merupakan keputusan yang bijak.
Selain itu, jangan ketepikan soal pemilihan perabot pelbagai perkara harus diteliti antaranya kesesuaian bentuk mahu pun warna katil dengan konsep ruang tidur, bahan utama yang digunakan samaada dibina daripada kayu jati atau sebagainya. Ambil kira soal keutuhan katil seperti tahan lasak dek pergerakan ketika tidur. Utamakan kualiti finishing seperti kilatan harus sempurna, sambungan antara bahagian kemas serta kualiti cat atau bahan pengilat yang digunakan agar tidak mudah luntur.

sekian lah celoteh dari maszie...nak tgk bola kelate vs johor sape agak2 yg menang ....

Keeping Track of Birthdays and Anniversaries

Ok, akak tahu ada cara yang lebih berteknologi tinggi untuk meningatkan tarikh lahir, ulang tahun dan tarikh-tarikh penting yang lain, tetapi akak cenderung untuk menjadi seorang yang berteknologi rendah(mmg akak dah sedia rendah pon). Daripada azali lagi ia adalah penting bagi akak untuk mempunyai kad dan hadiah untuk hari lahir ahli keluarga, akak mahu keupayaan untuk melihat dengan pantas tarikh bagi setiap bulan, kerana pada usia , ingatan akak nampaknya semakin foggier sepanjang masa(nak ngaku nyayok..idok ler teman), jadi akak memutuskan untuk membuat cetak untuk mengesan semua majlis-majlis khas. Boleh tampal pada peti sejuk untuk mengingatkan yang kita perlukan untuk membeli hadiah.




Hope this is helpful!
Blessings,

MY RECIPES 12: Soda Herb

 ❤ Soda Herb

Assalamualaikum & Hi all!!
Seperti yg dijanjikan, akhirnya entry ni kuor jugak...dah banyak ari terperap dalam draft, tak terpublish lagi...arini baru sempat publish, sebabnye ari nie buat lagi air feberet katakan...hehe...

Akak nak share air feberet mai kita buat balik solat jumaat boleh minum ...hehe...

serai dan daun pudina yg akak tanam sendiri

longan 1 tin
5 biji asam masin (korang panggil apa ye?)
air krim soda 1 botol

Cara-caranya:-
Untuk 1 botol besar ais krim soda,masukkan 5 biji asam masin,3 batang serai dan seikat daun pudina,dan air longan berserta buahnya sekali

pasni boleh buat sendiri dah...i loike!!!

Cuba ler ye,Memang sedap!

Friday, 28 June 2013

MY RECIPES 11: Bubur Biji Nangka

 ❤  Bubur Biji Nangka

Petang semalam lepas kemas rumah tekak terasa nak makan bubur dah lama tak buat.En.cayang minat bebenor ngan bubur nie ...semenjak dua menjak nak kurangkan lelemak yg dok bertapa  dalam badan nie yg tak buat bubur...Belajar buat dari Bonda...sedap anak2 suka simpan dalam esbok lagi nyaman tekak yg perit akibat jerubu nie...lemak dan manis, tambah sagu biji dan buah dorian bagi lagi ...ummmphhh!

 dah tinggal sikit baru ingat nak bergambar


Bahan-bahan

  • Bahan A
  • 200g tepung pulut
  • 140ml air suam
  • pewarna 
  •  
  • Bahan B
  • 2 mangkuk santan
  • 6 sudu gula
  • secubit garam
  • 5 helai daun pandan 
  •  
  • bahan C 
  • 1 liter air

Cara-cara

  1. Campurkan kesemua bahan A dan diuli sehingga sebati.Kemudian dibahagikan kepada beberapa bahagian dan diwarnakan dengan pelbagai warna yang disukai.
  2. Air didihkan di dalam periuk.Doh yang siap diuli akan digentel@bulatkan kecil seperti biji nangka dan dimasukkan ke dalam air mendidih..biji yang terapung diangkat dan dimasukkan ke dalam bekas berisi air sejuk.
  3. Bahan B dicampurkan ke dalam periuk dan didihkan.Akhirnya masukkan biji Nangka yang siap dimasak tadi...Bubur siap untuk dihidangkan...

9 Cara Mudah Kemas rumah


1. Bersihkan sink anda. Setiap malam ambil masa 5 minit untuk bersihkan dapur anda sepenuhnya. Basuh pinggan mangkuk, lapkan kaunter dapur, gosokkan sink sampai dia berkilat. Buat tiap hari jangan tunggu sink berkulat.






yg patut ada di sink akak....

            
tong sampah untuk sisa2 makanan...

 2. Basuh kain setiap hari.. Jangan tunggu hujung minggu dengan kain menimbun baru nak basuh. Jadikan tabiat basuh satu load/mesin setiap hari.Sebaik saja bangun tidur masukkan pakaina dalam mesin basuh. Dah siap jemor atau kalau ada mesin pengering kain gunakannya.balik kerja nanti , kain dah pun kering , siap untuk dilipat. Dengan kaedah ini taklah anda dan mesin terbeban dihujung minggu.

 3. Proses surat menyurat segera. Semak peti surat setiap hari,buka surat sebaik masuk rumah , yang tak penting , buang terus, letak bill dan yang penting-penting dekat satu tempat khas.
 (Pusat sehenti)

 4. Adakan pusat sehenti.   Pusat sehenti ni, satu tempat yang anda letakkan semua yang perlu tindakan seperti bil-bil. kad yang perlu dihantar dan sebagainya. ia juga temapt letak barang yang diperlukan segera bila nak keluar rumah seperti kunci-kunci, bag, talipon, Penting juga jiak ada kalendar disini . Gunakan tempat sehenti ini untuk menguruskan keluarga dan hidup anda.

 5. Buang sampah. Bunyi macam mudah kan? Tetepi berapa kali anda dan ahli rumah anda bila buang pembalut letak jer kat laci ? atau tag baju baru beli , buka tag letak atas meja ker atau terus masuk dalam tong sampah? Jom tukar , dari tangguh tadi terus jer masuk tong sampah. selesai.

 6. Buat round setiap malam. Bila bangun tidur tengok rumah kemas kan seronok? Jadi setiap malam tengok -tengok lah apa yang boleh dikemaskan . Tak perlu banyak sebab kalau buat macam ni selalu tahap bersepah tu tak lah melampau.

 7. Adakan jadual membersih. Suka hati lah nak atur . contoh -selasa bersih longkang
Rabu -vacuum lantai  jangan tunggu semua nak buat hari minggu sudahlah nanti semuanya
tak jadi sebab terlalu penat.

8. Berpada-pada. -Kurang kerja kurang tekanan, rumah kecil lebih senang nak kemas.

9.  Buat satu persatu, barang2 yang dilambak pada satu tempat senang nak cari tapi
kenalah sentiasa menyusunnya elok-elok,

MASK



comeiikan model akak....



mask nie beli di vietnam satu rm1.50



Bagaimanakah saya melindungi anak saya?

Secara umum, kesan jerebu terhadap kesihatan adalah ringan dan boleh dirawat dengan mudah. Berikut diberikan beberapa panduan yang anda boleh ikuti untuk merawat masalah kesihatan akibat jerebu.

Iritasi mata
Titikkan beberapa titik larutan garam (diperolehi dengan mudah di kebanyakan farmasi) untuk membantu melegakan iritasi. Sesetengah ibu percaya yang beberapa titik susu ibu juga berkesan.

Nafas yang berdehit ringan, hidung meleleh, tekak kering, dan batuk yang tidak berkahak
Kanak-kanak dibawah satu tahun tidak seharusnya diberi ubat selesema atau ubat batuk. Tanyalah pakar pediatrik anda untuk mengetahui apa yang sesuai untuk bayi anda, mengikut umur (dan kadangkala, beratnya). Pastikan bayi anda memperolehi banyak rehat dan cecair (tambah jumlah buah atau jus yang kaya dengan vitamin C). Sekiranya dia terasa seakan-akan demam, beri dia suspensi paracetamol di bawah arahan doktor.

Sesak nafas atau asma
Asma dalam kebanyakan kanak-kanak adalah reaksi kepada sesuatu picu, dan jerebu boleh disalahkan. Jerebu boleh menjadikan asma seseorang itu lebih teruk, jadi, jika bayi anda berdehit atau sesak nafas, berjumpalah doktor dengan segera.

Apa lagi yang saya harus lakukan?

Terdapat beberapa langkah beringat-ingat yang terus dan mudah yang boleh diambil untuk melindungi bayi anda dari jerebu.

Penyusuan badan
Penyusuan badan adalah satu cara yang amat terbaik untuk melindungi kesihatan bayi anda. Selagi dia menyusu badan dia akan memperolehi antibodi dan keimunan semulajadi anda. Walaupun ini bukan cara yang seratus peratus mujarab untuk melindungi kesihatan bayi anda, bayi yang menyusu badan selalunya mempunyai simptom yang lebih ringan apabila diserang penyakit biasa seperti selesema dan flu.

Elakkan merokok atau perokok
Pastikan anda dan bayi anda menjauhkan diri dari perokok. Sekiranya anda atau suami anda merupakan perokok, inilah masa yang paling baik untuk berhenti merokok. Berikut adalah beberapa tip tentang berhenti merokok.

Jangan keluar rumah seberapa boleh
Elakkan aktiviti di luar rumah atau di alam bebas. Kami ada idea-idea yang bagus untuk permainan-permainan yang hebat bagi anda dan bayi atau anak tatih anda supaya mereka semua leka di rumah.

Mengamalkan kebersihan
Pastikan semua orang membasuh tangan dan muka mereka sebaik saja mereka memasukki rumah.

Melindungi anda dan kanak-kanak anda yang lebih tua

• Jika anda atau suami anda, atau kanak-kanak yang lebih tua memakai kanta sentuh, adalah baik jika anda berhenti memakainya semasa jerebu berada di tahap yang teruk.

• Simptom seperti berdehit, hidung meleleh, tekak kering dan batuk boleh dilegakan dengan pil selesema atau ubat batuk. Anda boleh membeli ubat-ubat ini di farmasi.

• Pakailah topeng apabila jerebu menjadi teruk. Pada masa-masa Indeks Pencemar Udara melebihi 150 (dalam julat ‘Tidak Sihat’), fikirkanlah pemakaian topeng. Cari topeng yang disahkan gred N95. Ini bermakna topeng itu mampu menapiskan partikel halus dan mencegah anda daripada menyedut partikel jerebu dari udara. Ganti topeng anda apabila ia menjadi kotor atau kehilangan bentuk. Topeng surgeri biasa tidak memberikan pelindungan yang cukup dari partikel jerebu.


koleksi yg ador..ko adoor...

14 Hari Lagi... Ramadhan Al Mubarak 1432 H





Kami menunggu mu wahai ramadhan..

2 minggu lagi..kadang terasa lambat, kadang terasa cepat..
Menunggu tanpa sebarang persediaan tidak akan memberi makna. Ibarat menunggu tarikh mula peperiksaan..

Ramadhan bulan ujian..bukan sebagai beban, tetapi meningkat iman..


semoga Allah memberi keizinan untuk semua mengerjakan ibadah puasa di bulan yang mulia...

YA ALLAH,BERKATKANLAH KAMI DALAM BULAN RAJAB DAN SYA'BAN DAB TEMUKANLAH KAMI DENGAN BULAN RAMADHAN

Thursday, 27 June 2013

Menu jerubu

Coti2 nie kami anak beranak layan 3 jenis sepegeti ...sekali sekalo meme sedap...(bkn sekali sekala overall )every weeks pon tak pe... meme menu my kids


123.....

   
Spaghetti Carbonara
Mmmmmm.......


 SPAGETTI OLIO
 mama mia.....

sepegeti bolognise

mood : tak biru gak biji mato ..merah lagi ador.. (jerubu)

IRON MAN


IRON MAN 


Hasil Kretiviti Irfan Jerubu ini....

Monday, 24 June 2013

Daiso Setia Mall

Kedai favourite ku dekat dengan rumah.Kalau boring petang2 ajak irfan teman ke Setia mall (si kenit tu dah tau)ibu mesti nak ge Daiso kan...Bijak3x...

Aku kalau dok dalam Daiso leka  rasa semua nak beli..pada sapa yang tak pernah singgah try lah ke Daiso??memang best i tell u..macam-macam ada.aku pernah ajak mummy lynn dan mama uda ,dia orang berdua pon dah jatuh cinta kat Daiso..cian kat kuantan tak de Daiso.Tak pe nak barang rojer kat ibu zie..sedia berhidmat untuk mummy dan mama yang gojes gitu...


Kat sini banyak barang home organizing,toiletries and sundries to makeup,stationary goods and tools ada kat sini.Kalau anda kreatif,macam2 barang anda boleh jumpa di sini. In addition, the products are of high quality, and mostly available at the amazing low price of 100 yen equal rm5.











 nie kotak kasut aku suka sebatu lagi dah nampak kasut aku kat dalam tu..(tak akan timbul istilah tak jumpa kasut)


 nie yang beli semalam clay utk projek sekolah irfan,yg lain tu projek ibu ler...


lihat hasilnya...kitchen cabinets akaks...

hoo,,, jerebulah


 Disebalik jerubu keindahan ciptaan Allah SWT berjaya dirakam ketika 15hari lagi umat islam bakal mengerjakan ibadah puasa pada bulan Ramadhan.Sebelah petang matahari kelihatan lah sikit banyak perubahan dari semalam.. jadi kalau korang berada di luar tu pakai-pakailah mask untuk melindungi kesihatan korang.. kalau takde keperluan duduk jer dalam rumah diam-diam..




 Dada dah rasa sesak.....mata dah pedih2....aduhhh batuk lagi....
 Terkini IPU shah alam 162 , PJ 193

Jerebu boleh menyebabkan masalah kesihatan terutamanya kepada:

  • Kanak-kanak
  • Orang tua
  • Pesakit lelah dan penyakit pernafasan lain
  • Perokok
Antara gejala akibat pendedahan kepada jerebu ialah:

  • Iritasi kerongkong dan batuk-batuk
  • Kesukaran bernafas atau hidung tersumbat
  • Iritasi di mata serta mata yang merah
  • Kulit terasa gatal
Antara perkara yang boleh dilakukan untuk mengelak masalah-masalah di atas ialah:

  • Jangan keluar rumah serta tutup semua pintu dan tingkap
  • Pakai topeng muka yang mempunyai penuras jika terpaksa keluar
  • Kurangkan pengunaan kenderaan terutama motosikal
  • Sentiasa basuh bahagian yang terdedah; mandi
  • Selalu minum air
  • Sediakan ubat jika anda mempunyai penyakit pernafasan

Terkini di Muar, Ledang telah diisytiharkan darurat IPU telah melebihi tahap bahaya. Jom kita doa bersama-sama semoga keaadaan pulih seperti sediakala. Hanya dengan turunnya hujan saja dapat menamatkan jerebu yang semakin teruk ini.



Friday, 21 June 2013

Selalu Stress

Selalu Murung dan Tertekan ? Emosi terganggu ? Selalu Stress ? Cuba try makan buah pisang banyak2...

Buah pisang adalah antara buah-buahan yang kaya dengan mineral serta kandungan vitamin yang tinggi. Selain daripada itu pisang juga amat berguna dalam membantu melegakan stress. Bila kita stress, kadar metabolisme tubuh kita akan meningkat sehingga mengurangkan potassium dalam tubuh badan kita. Potassium diperlukan untuk mengekalkan imbangan cecair badan, menghantar isyarat saraf, pelepasan insulin, dan kontraksi pada otot. Pisang mengandung potassium iaitu mineral yang boleh meneutralkan degupan jantung seterusnya mengalirkan oxygen ke otak seterusnya mengimbangkan kadar cecair dalam badan.

Khasiat - khasiat Pisang:

✔Menurunkan tekanan darah tinggi dan strok.
Ia membantu menurunkan tekanan darah tinggi kerana kandungan potasiumnya yang tinggi.

✔ Menurunkan kolestrol
Ia rendah dari segi kalori lemak dan sodium yang membantu menurunkan kolestrol.

✔ Cirit-birit
Potasium dan magnesium yang terkandung di dalam pisang amat sesuai merawat cirit-birit.

✔ Anaemia
Anaemia ialah penyakit kurang darah. Oleh kerana pisang kaya dengan zat besi, ia boleh merangsang penghasilan haemoglobin di dalam darah.

✔ Kemurungan
Orang yang sedang murung lebih cepat ceria apabila makan pisang. Ini kerana kandungan sejenis protein membantu kita menjadi tenang.

✔ Pening-pening
cara paling cepat merawat rasa pening-pening ialah dengan meminum minuman susu pisang kocak (banana milkshake) yang dicampur madu.

Info !

- Pisang yang paling sesuai dimakan untuk menjaga kesihatan ialah pisang yang masih ada warna hijau di hujungnya.
- Jika anda digigit nyamuk, gosokkan bahagian dalam kulit pisang pada tempat yang digigit.
- Pisang boleh diberi pada bayi seawal usia 3 - 6 bulan sebagai makanan pejal kerana mudah dihadam
 kalau kita rasa sealu stress, cuba tengok kalau2 ada dalam list ni,,, kalau ada...boleh lah pakat2 ubah strategi...



Buah Pisang Untuk Ibu Hamil


Wanita yang tengah hamil dianjurkan untuk mengkonsumsi pisang, karena mengandung asam folat tinggi yang penting bagi kesempurnaan janin, pembentukan sel-sel baru dan mencegah terjadi cacat bawaan.Sebuah pisang matang, akan mengandung sekitar 85-100 kalori. Sehingga dengan memakan dua pisang segar, kebutuhan asam folat yang sekitar 58 mikrogram dapat terpenuhi. Di samping itu pisang akan membantu menjaga kadar gula darah yang dapat mengurangi morning sick, sehingga pisang sangat baik untuk cemilan ibu hamil.

Stress gak nie Report Day Irfan
kongsi dr fb jek ni...
 

Thursday, 20 June 2013

MY RECIPES 10 :Nasi ayam penyet

❤ Nasi ayam penyet

Asal pagi je perut lapor,asal lapor je pening apa nak masak...piker punya piker... mailer cuba resepi ni....



Nasi Ayam Penyet
Sumber resepi: Mummy Lynn

 

Untuk Nasi
  • 3 cawan beras dibasuh dan ditoskan
  • 3 ulas bawang putih
  • satu btg kayu manis
  • 4 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • sedikit butter
  • garam
  • kiub pati ayam/daging
  • 6 cawan air rebusan ayam (yg disimpan td)
  1. Panaskan butter. Tumis bawang putih, kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga wangi.
  2. Masukkan beras yg dah ditoskan. Kacau lebih kurang 3-5 minit.
  3. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kiub ayam/daging. Tunggu sehingga menggelegak sedikit.
  4. Pindah ke periuk nasi letrik dan masak macam biasa. 



 sambal :-

  • Sedikit minyak masak
  • 10 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
  • 10 biji Cili padi
  • 10 biji Bawang kecil/merah, hiris
  • 3 biji Bawang putih, hiris
  • 5 biji Tomato, potong 4
  • 5 cm Belacan
  • 3 sudu gula merah/secukup rasa
  • ( zie buat separuh je dari bahan2 ni )
Masukkan bawang merah, belacan dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu.Tambahkan gula dan garam Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.





  1. Untuk Sup
  2. Masukkan garam secukup rasa pada air rebusan ayam.-kite tambah kayu manis, bunga lawang, pelaga dan ketumbar (boleh masukkan terus sup bunjut kalo ade).
  3. Panaskan sebelum dihidangkan. Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup semasa disajikan.




pelakun tambahan.... tahuhu dan tempe goreng...., timun(zucchini) kobis,kacang panjang dan tomato.
(ayam perap dgn rempah2)
  • Untuk Ayam
  • 1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan (simpan air rebusan ayam untuk buat sup)-kite guna air nie jgk utk masak nasi dan sup
  • ½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • ½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • 3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • 1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
  • 1 sudu besar Serbuk Kunyit
  • ½ sudu besar Serbuk Lada Putih
  • 3 ulas Bawang Putih 
  • 1cm Halia
  • Sedikit Air
  • 1 sudu kecil Garam
  • Minyak masak untuk menggoreng.


  • Untuk Ayam Penyet
  • Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.
  • Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.-perap lama2 cenggini best.
  • (Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu.)
  • Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras.. 
  • Panaskan minyak dan goreng hingga garing.

Untuk yang bertanyakan resepi hari tu...
disini saya share kan balik gambar & resepinye..Tq!