Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Dah sarapan ...nak sarapan ape ye...itu soalan setiap hari...sekali sekala mai kita buat sarapan Doraemon...wokey gak anak2 mesti melompat anak tekak lebih lagi...hahaa
❤ Dorayaki @ Doraemon ❤
Jom kita cuba nak?
½ sudu kecil baking soda
60gm gula halus (i kurangkan jadi 50gm)
2 sudu besar madu
2 biji telur
½ sudu besar minyak masak
½ sudu kecil esen vanilla
Sedikit susu segar sekiranya adunan terlalu pekat (i gunakan jenama Dutch Lady Full Cream)
Inti : 1½ cawan kacang merah yg manis @ kaya
Cara-cara :
60gm gula halus (i kurangkan jadi 50gm)
2 sudu besar madu
2 biji telur
½ sudu besar minyak masak
½ sudu kecil esen vanilla
Sedikit susu segar sekiranya adunan terlalu pekat (i gunakan jenama Dutch Lady Full Cream)
Inti : 1½ cawan kacang merah yg manis @ kaya
Cara-cara :
1. Dalam mangkuk besar, pukul telur bersama gula sehingga kembang. Kemudian, masukkan madu, minyak dan esen vanilla. Kacau sehingga sebati.
2. Masukkan tepung dan baking soda yg telah diayak ke dalam campuran telur. Kacau adunan secara kaup balik. Boleh tambah sedikit susu segar/cair jika adunan terlalu pekat.
3. Panaskan kuali yg tidak melekat (non-stick pan) dengan api kecil, masukkan 1/4 cawan adunan buat bulatan bersaiz 4". Masakkan sebelah bawah sehingga berwarna perang, selepas itu balikkannya sebelah atas pula sehingga adunan nampak masak. Ulang sampai dapat 20 keping.
4. Letak 1 sudu besar kacang merah (i gantikan dengan peanut butter) ditengah sekeping pancake, tutup dengan satu keping pancake yang lain. Tekan dgn tangan pelahan-lahan untuk meratakan kacang merah. Jadilah Dorayaki (hoorey!) kalau menjadi Tapakaki..ehh...ehh naik kaki...
terima kasih resepi dari (reena’s online)
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum.
Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.